Hanya mampu menyandar di dinding sambil memeluk lutut, Muzz berasa kecewa apabila dia menunggu lebih dari tiga jam namun Iqwan tidak muncul seperti yang dia janjikan.
Namun Muzz tetap menggagahkan dirinya untuk bangkit dari tempat duduknya dan menanggalkan pakaiannya lalu mengenakan pakaian tidur. Dia berhasrat untuk memesan makanan melalui aplikasi Food Panda memandangkan perutnya mula berasa lapar.
Usai membuat pesanan, Muzz melangkah menuju ke meja kerjanya lalu membuka beberapa naskah buku latihan yang dia bawa balik untuk disemak. Perhatiannya kini sudah diletakkan sepenuhnya kepada tugasannya sebagai seorang guru sandaran.
_________________________
Akibat kepenatan dari kepuasan setelah batangnya dihisap oleh Farhan, Iqwan terus merebahkan tubuh sasanya ke tilam dan langsung matanya terpejam. Berasa tubuhnya lega apabila bil airnya sudah dilangsaikan setelah sebulan airnya bertakung.
Terjaga dari lena, Iqwan melihat rumahnya masih gelap.
'Dah pukul berapa ni?' Desis hatinya.
Melihat ke dinding, matanya membutang apabila jam menunjukkan sudah jam sebelas malam.
"Alamak! Aku ada date dinner dengan Muzz." Bentak Iqwan sambil mencari telefon pintarnya.
Seletah terjumpa nombor yang dikehendaki, Iqwan terus membuat satu panggilan.
__________________________
Tinggg!
Mendengar notifikasi di telefon pintarnya, Muzz membuka pesanan SMS yang dihantar oleh penghantar makanan.
Food Panda: Encik, saya sudah di depan.
Muzz: Baiklah, saya datang.
Ujar Muzz sambil berlari mendapatkan pesanannya sambil membawa beberapa bil untuk membuat pembayaran.
Muzz: Terima kasih.
Ucap Muzz sebaik sahaja makanan dan duit bertukar tangan.
Sambil menjinjit makanannya kambali ke kuarters, Muzz mendapat satu panggilan dan tertera nama Abang Iqwan. Menekan butang hijau lalu mendekatkan telefon ke telinganya.
Muzz: Hello abang Wan.
Iwan: Hello Muzz, abang minta maaf sebab terlupa pasal date kita.
Muzz: Tak apa abang, mesti abang banyak kerja dan penat.
Mendengar kata-kata Muzz Iqwan hanya mampu mengetap bibir apabila terkenang kembali kejadian yang berlaku di dalam pejabatnya petang tadi.
Iqwan: Abang betul-betul minta maaf tau.
Muzz: Jangan risau abang. Ni abang dan makan ke belum?
Iqwan: Belum, abang baru je bangun tidur.
Muzz: Kalau macam itu, abang datang ke kuarters Muzz saja makan kat sini.
Iqwan: Abang seganlah.
Muzz: Kalau segan, abang berlaparlah malam ni.
Seloroh Muzz membuat Iqwan sedikit terpana.
Iqwan: Baiklah, abang datang. Dalam lima belas minit abang sampai.
Muzz: Okay!
Talian pun dimatikan dan Muzz berjalan kembali ke pondok pengawal untuk menunggu kedatangan abang Iqwan.
_________________________
Pengawal yang bertugas pada malam itu hanya memandang Muzz yang berjalan menuju kearah pondok pengawal sambil menjinjit bungkusan makanannya.
"Kenapa cikgu patah balik?" Tanya pengawal.
"Ada kawan nak datang makan sekali, saya yang jemput." Terang Muzz sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan.
"Oh! Kalau macam itu, saya nak minta diri sebab nak tengok sekeliling sekejap." Kata pengawal.
"Hati-hati encik." Ujar Muzz sambil memperhatikan sekeliling.
Suasanan sepi dan hening cukup mendamaikan sanubari Muzz yang sedikit kacau dengan kejadian-kejadian yang menimpa dirinya semenjak hari pertama dia datang ke sekolah itu.
Sedang lamunannya meninggi, Iqwan muncul dari balik tembok pagar sambil mengenakan seluar pendek dan baju polo putih.
"Amboi, jauhnya mengelamun. Teringat kat buah hati ke?"
Kata-kata itu membawa Muzz kembali ke alam nyata, namun tiada senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat Iqwan berdiri di hadapannya.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasiMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...