Hidangan makan malam yang mereka nikmati langsung tidak mampu meredakan kegusaran dibenak hati Firdaus. Tambahan kedudukannya yang menghadap Muzz membuatkan dirinya bertambah gemuruh.
"Bro, saya ada perkara penting yang saya nak bagitahu. Saya harap kamu tak marah?" Soalan Iqwan itu membuat Firdaus mendongak laju.
"Okay." Jawab Firdaus.
"Muzz ialah milik saya." Terang Iqwan sambil menggenggam tangan Muzz.
Muzz hanya melihat wajah Iqwan yang berkelakuan tegas dan nekad untuk menegakkan hubungan mereka.
"Betul ke Muzz?" Soal Firdaus kepada Muzz.
"Iya abang, kami sudah lama bersama." Terang Muzz.
"Muzz betul-betul sudah tidak ada hati untuk abang?" Soal Firdaus lagi untuk kepastian.
"Muzz sudah lama lupakan abang setelah abang tinggalkan Muzz sebab kejar Saiful."
Mendengar penjelasan Muzz, Saiful terkejut dan menoleh ke Firdaus untuk mendapatkan kepastian.
"Betul ke ni abang?" Soal Saiful
Firdaus hanya mengangguk kerana itulah yang dia lakukan beberapa tahun yang lalu sehingga Muzz merana.
Usai memberi keterangan tentang hubungan mereka masing-masing, Firdaus kini akur dengan nasib dirinya yang tidak mampu menuntut kembali cinta Muzz.
Iqwan dan Muzz berjalan beriringan menuju ke kereta sambil berpegangan tangan. Rasa bahagia dan gembira dirasai oleh Muzz tidak mampu diungkap dengan kata-kata kerana Iqwan berani mempertahankan hubungan mereka.
Setahun kemudian...
Suasana balai riuh-rendah dengan suara pengunjung yang datang untuk menyaksikan acara perbarisan untuk penyampaian anugerah khidmat kecemerlangan kepada pegawai-pegawai dan ahli-ahli aktif bomba.
Kelihatan ibu bapa dan sanak saudara yang datang untuk memberi sokongan kepada mereka yang mendapat anugerah.
"Tuan Iqwan, boleh ikut saya sebentar?" Kata penyambut tetamu pada hari itu.
"Baiklah." Kata Iqwan sambil membuntuti penyambut tetamu itu.
Sesampainya dia di meja penyambut tetamu, wajahnya mengukirkan senyuman manis apabila melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Lantas tubuh itu dirangkul erat seakan tidak mahu dilepaskan.
"Tahniah Tuan Iqwan Adzri diatas anugerah yang diperoleh. I am proud of you." Ucap Muzz.
"Terima kasih sayang." Ujar Iqwan sambil menghadiahkan satu kucupan didahi Muzz.
"Ini untuk abang."
Muzz memberikan sejambak bunga mawar yang berisi coklat sambil Iqwan meleraikan pelukannya sebelum menyambut hadiah yang dibawa oleh Muzz.
"Thank you dear." Ucap Iqwan sambil mengucup pipi Muzz yang merona merah.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasyMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...