Hari yang penuh debaran kini tiba, Muzz kini diperkenalkan kepada guru-guru di sekolah itu oleh tuan pengetua. Kemudian, dia meneliti jadual guru yang digantinya. Muzz ada 30 minit tersisa sebelum dirinya akan masuk ke kelas pertamanya. Matapelajaran Bahasa Melayu merupakan subjek pertama yang dia harus ajar.
Kriiiinnngggggg!!!!!!
Loceng menandakan tamat waktu persekolahan. Muzz yang sedang mengemas meja guru sebelum meninggalkan kelas, didatangi beberapa orang murid lelaki.
“Cikgu Muzz, cikgu Laila pergi mana?” Tanya Ishak seorang dari pelajar.
“Oh, cikgu Laila cuti bersalin. Jadi cikgu akan cover semua kelas yang dia ajar selama tiga bulan.” Terang Muzz sambil berdiri.
“Oh! Faham cikgu.” Jawab Ishak.
“Cikgu nak kami tolong bawakan buku-buku tu?” Pelawa Ryan sambil menghulurkan tangan.
“Tak berat pun, tapi kalau kamu nak tolong boleh je.” Kata Muzz sambil buku-buku bertukar tangan.
Kami berjalan menuju ke bilik guru sambil berbual kosong. Setibanya di bilik guru, Muzz mengarahkan buku-buku latihan tersebut diletakkan di atas meja kemudian mengizinkan murid-murid itu pulang.
Usai punch card, Muzz bermonolog sendirian tentang makan tengaharinya. Memandangkan dia tidak sempat membeli makanan yang banyak sebelum datang ke sekolah hari sebelumnya, stok makanannya sudah habis.
“Baik aku makan di luar je, lepas tu beli barang dapur.” Ujarnya sambil berjalan mendekati keretanya.
Sementara itu di balai bomba…
Tokkkk! Tokkk!
“Masuk.” Kata Iqwan sebaik sahaja mendengar ketukan di pintu pejabatnya.
“Wan, kau tak nak makan ke?” Soal Daniel dari pintu.
“Eh! Dah waktu lunch ek?” Soalnya kembali.
“Tak, waktu tido.” Seloroh sahabatnya itu.
“Kau ni, aku tumbuk kang.” Kata Iqwan sambil menolak Daniel yang berada di pintu.
Mereka menuju ke pekan berdekatan untuk makan tengahari. Menu kegemaran Iqwan mestilah nasi goreng kampung telur mata dan teh ais.
Keadaan gerai makan yang agak sesak dengan pelanggan menyebabkan tangannya terlanggar cawan air milik Muzz sehingga tertumpah diatas seluarnya.
“Encik, encik, saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Ucap Iqwan pantas sambil mengeluarkan saputangan miliknya untuk mengesat sisa air yang terkena bahagian paha Muzz.
“Eh! Takpa encik. Saya okay je. Basah sikit je ni.” Balas Muzz sambil memberhentikan perbuatan Iqwan.
Sebaik mata mereka bertemu, mereka terasa ada aura yang tidak asing. Namun di nafikan. Iqwan berhasrat hendak membeli minuman baru untuk Muzz namun ditolak sebelum Muzz memohon diri untuk pulang.
“Apalah nasib aku hari ni. Nasib baik aku dah beli barang dapur tadi sebelum pergi makan. Kalau tak memang membeli belah dengan seluar basahlah jawabnya.” Kata Muzz sambil berjalan menuju ke keretanya.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasíaMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...