Berkali-kali Muzz sendawa semasa mereka dalam perjalanan pulang dari makan tengahari. Iqwan yang sedang memandu hanya melirik kearah Muzz sambil tersenyum.
"Kenyang?" Tanya Iqwan.
"Sangat kenyang." Jawab Muzz sambil mengurut perutnya yang seakan hendak meletup.
"Bagusla kalau Muzz kenyang, tak rugi abang ajak makan." Ujar Iqwan melihat gelagat Muzz yang seperti kanak-kanak kekenyangan.
"Terima kasih abang Wan." Ucap Muzz sambil melihat kearah Iqwan.
"Sama-sama Muzz." Balas Iqwan tanpa disedari tanganya mengelus pipi gebu Muzz.
Perbuatannya membuat diri Muzz terkejut dan menepis tangan Iqwan dengan pantas dan sekaligus menyentap Iqwan.
"Apa abang buat ni?" Bentak Muzz dengan wajah cuak.
"Abang minta maaf, abang tak ada niat pun nak buat macam itu." Terang Iqwan cuba menenangkan Muzz.
"Abang turunkan Muzz sekarang." Kata Muzz dengan nada yang tegang.
"Tapi kitakan dekat tengah jalan raya ni." Terang Iqwan.
"Berhenti sekarang, aku kata berhenti!" Jerit Muzz.
Iqwan turut terkejut dengan perwatakan Muzz yang selama ini lemah lembut dan bertolak ansur kini menjadi ganas dan garang. Namun kata-katanya tidak dipedulikan oleh Iqwan dan terus memandu menuju ke sekolah.
Sesampainya di pintu pagar sekolah, Muzz terus membuka pintu kereta dan meninggalkan Iqwan keseorangan. Iqwan yang masih terpinga-pinga dengan tingkah-laku Muzz menyedari bahawa dirinya telah melakukan sesuatu yang salah. Dengan hati yang pilu, Iqwan terus memandu menuju ke balai bomba.
Daniel yang sedang meneliti laporan mengenai kes kemalangan yang meragut nyawa dua beranak beberapa hari lepas mendongak dan kehairanan apabila melihat wajah sahabatnya sugul dan kecewa.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!" Sahut Iqwan apabila mendengar bunyi ketukan di pintu.
"Kau okay tak ni?" Tanya Daniel sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Iqwan.
"Aku okay saja." Jawab Iqwan bersahaja.
"Ala, kau tak payah nak kelentong aku. Kita kawan dah lama, dari wajah kau tu pun aku dah tahu yang kau ada masalah." Ujar Daniel.
Mendengar kata-kata sahabatnya itu, Iqwan sememangnya tidak dapat menyorokkan apa-apa dari Daniel. Dia mula menceritakan hal yang telah terjadi semasa dalam perjalanan pulang dari restoran.
_______________________
Terasa geli apabila wajahnya di pegang oleh lelaki lain menyebabkan Muzz memarahi Iqwan yang tidak sengaja berkelakuan sedemikian. Perasaan marahnya yang ditahan kini semakin reda apabila air perlahan-lahan membasahi tubuhnya.
Hampir seminggu berlalu, Muzz menyibukkan dirinya dengan menghadiri bengkel tarian yang telah di pertanggungjawabkan oleh pihak sekolah kepadanya. Melihat ketekunan dan kerjasama yang diberikan oleh para penarinya.
Pertandingan yang hanya berbaki beberapa hari itu menuntut Muzz untuk meletakkan sepenuh perhatian dan masa untuk melatih penari-penarinya. Kejadian yang pernah terjadi kepada dirinya sedikit-sebanyak semakin hilang dari ingatannya.
"Cikgu, saya nak minta kebenaran nak jumpa kawan sekejap." Pinta Gina yang merupakan seorang dari penari perempuannya.
"Kamu nak ke mana?" Tanya Muzz yang dengan membahagikan air minuman kepada penari-penarinya memandangkan mereka sedang berehat.
"Nak jumpa kawan sekejap." Terang Gina.
"Dia nak jumpa pakwe dia tu cikgu!" Seloroh Ramadan salah seorang penari lelaki yang menyebabkan seluruh pasukan tertawa.
"Mana ada!" Bentak Gina malu.
"Sudah, sudah!" Kata Muzz turut memperlahankan ketawa penari-penarinya.
"Cikgu benarkan kamu keluar sekejap, tapi jangan lama-lama." Tambah Muzz sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Terima kasih cikgu." Ucap Gina sebelum berlalu meninggalkan mereka.
"Sama-sama Gina." Balas Muzz.
Seketika itu juga, Muzz teringat akan Iqwan yang tidak menghubungi dirinya selepas kejadian minggu lalu. Lantas mengambil telefon pintarnya lalu membuka applikasi WhatsApp.
Muzz: Selamat petang abang.
Pesanan dihantar ke Iqwan.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasyMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...