BAB XXII

2.1K 40 2
                                    


Daniel berjalan menuju ke pintu belakang pejabat untuk menghirup udara segar sambil membawa segelas kopi ais. Terasa segar kerongkongnya sebaik sahaja meneguk kopi sejuk digelasnya.

'Kenapa dengan Farhan duduk seorang diri di sana?' Soal Daniel dalam hati sambil matanya merenung kearah Farhan yang duduk sambil menangkup wajahnya menggunakan tapak tangannya.

"Farhan, kamu kenapa duduk sini seorang diri?" Tanya Daniel sambil meletakkan gelas kopinya diatas kerusi di sebelah Farhan.

Hatinya seakan luluh apabila melihat wajah sembap Farhan akibat menangis teresak-esak. Terus dia merangkul bahu Farhan sehingga tubuh mereka merapat dan wajah Farhan terbenam didada Daniel yang bidang.

"Kenapa Farhan nangis?" Tanya Daniel sambil mengusap belakang Farhan untuk meredakan tangisan Farhan.

"Farhan kecewa." Balas Farhan.

"Kecewa dengan siapa?" Tanya Daniel lagi.

"Tuan Iqwan suka dengan orang lain."

Terpanar dengan kata-kata Farhan, Daniel terkedu seketika sebelum perlahan-lahan bertanya lagi kepada Farhan.

"Jadi selama ini Farhan suka dengan Tuan Iqwan?" Tanya Daniel.

"Iya." Balas Farhan sepatah.

Tangan Farhan yang sedari tadi melekat di perut kental Daniel menambah gemuruh di dalam dada Daniel.

'Comel juga budak Farhan ni.' Desis hati kecil Daniel.

'Aku suka dengan Farhan ke?' Tambahnya lagi.

"Kalau abang ganti Tuan Iqwan boleh?" Farhan terkejut dengan kata-kata Daniel yang menawarkan dirinya untuk mengganti posisi Tuan Iqwan. Daniel turut terkejut dengan apa yang dirinya katakan tadi.

"Tapi a...abangkan lurus." Ujar Farhan.

"Sebenarnya, abang memang sudah lama tengok adik. Cuma malu nak bagitahu, lagipun abang tahu adik suka dekat Tuan Iqwan, jadi abang diamkan saja." Terang Daniel sambil membelai-belai bahu Farhan.

Farhan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Daniel terhadap dirinya walaupun dirinya pernah menyukai Tuan Iqwan. Terus Farhan merangkul tubuh Daniel dan pelukannya dibalas oleh Daniel.

"Terima kasih abang Daniel." Ujar Farhan sambil satu ciuman dihadiahkan ke pipi Daniel.

"Sama-sama adik." Balas Daniel sambil mengucup dahi Farhan.

"Dah, jangan nangis lagi ya sayang." Kata Daniel sambil mengesat sisa air mata yang mengalir di pipi Farhan.

"Manja juga abang bomba ni ya?" Seloroh Farhan sambil mencucuk pinggang keras Daniel.

ARGHH!

Menjerit Daniel apabila Farhan mencucuk pinggangnya.

"Sayang jangan cucuk pinggang abang. Kawasan bahaya tu, takut nanti abang pukul sayang sebab cucuk pinggang abang." Terang Daniel kepada Farhan.

"Iya abang, Farhan janji tak buat lagi." Balas Farhan.

Daniel tersenyum apabila melihat jawah kecut Farhan yang mendengar apa yang telah dikatakan oleh dirinya sebentar tadi.

"Farhan Mutalib."

Terangkat wajah Farhan apabila nama penuhnya disebut oleh lelaki dihadapannya. Degupan jantungnya turut menjadi kencang dan daranya menyirap ke otanya, matanya melihat wajah Daniel tanpa berkelip.

"Sudi tak jadi boyfriend abang?"

Melotot mata Farhan apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Daniel. Seakan bermimpi dirinya dilamar untuk menjadi kekasih kepada lelaki yang sudah lama menaruh perasaan terhadap dirinya.

"Han sudi." Jawab Farhan sambil wajahnya dibenamkan kedada bidang Daniel sambil mereka berpelukkan.

"Terima kasih sayang." Kata Daniel sambil mengucup dahi Farhan.

"Sama-sama abang." Balas Farhan.



Bersambung...

TERPIKATWhere stories live. Discover now