Hayunan langkah kaki Muzz dilajukan untuk mengajar masa apabila kelas yang diajarnya terletak pada blok yang berlainan. Keadaan koridor yang agak lengang memudahkan dirinya untuk berjalan menuju ke kelas yang dituju.
Sebaik sahaja tiba di pintu bilik kelas yang tertera Tingkatan 4S2, salam turut diucapkam oleh anak muridnya sebelum dia membenarkan mereka untuk duduk.
Walaupun hanya berkhidmat sebagai seorang guru sandaran, Muzz sangat disenangi oleh rakan-rakan guru dan anak murid yang diajarnya. Keramahan dan ketekunan dirinya dalam mendidik turut menjadi daya tarikan untuk para muridnya belajar dengan tekun.
"Okay kelas, sebelum waktu tamat korang ada apa-apa soalan?" Tanya Muzz sambil meletakkan bukunya keatas meja.
"Cikgu, saya ada soalan." Kata Ikram yang merupakan pelajar cemerlang kelas itu.
"Baiklah, apa soalan kamu?" Ujar Muzz.
"Nanti kalau cikgu dah tamat tempoh perkhidmatan sebagai guru sandaran di sekolah ini, cikgu nak buat apa?"
Soalan itu sedikit-sebanyak menyedarkan diri Muzz bahawa tempoh perkhidmatannya hanya berbaki satu bulan.
"Soalan cepumas betullah yang kamu beri dekat cikgu ye." Seloroh Muzz sambil terukir senyuman manis di wajahnya.
"Cikgu masih takde rancangan lagi tentang apa yang cikgu akan lakukan setelah habis tempoh perkhidmatan di sekolah ini nanti. Mungkin cikgu akan cuba cari nasib di tempat lain." Jelas Muzz panjang lebar sambil anak muridnya mendengar dengan tekun.
"Cikgu nak nasihatkan, kamu semua kena belajar dengan tekun sebelum korang akan menghadapi ujian SPM tahun depan. Ingat masa depan korang adalah didalam genggaman korang sendiri." Kata Muzz dengan penuh ketegasan.
"Baik cikgu." Jawab kelas 4S2 serentak.
Kringggggggg!!!
Waktu Muzz bersama anak murid pun tamat dan dia meninggalkan anak muridnya untuk menyediakan diri mereka menghadapi subjek seterusnya.
_______________________
Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 tengahari, Iqwan yang tidak sempat menjamah apa-apa untuk sarapan berasa perutnya sudah mula memainkan irama yang rancak. Segelas air suam diteguk untuk menenangkan perutnya yang lapar.
Seketika kemudian dia teringat Muzz dan teringin untuk mengajaknya makan tengahari bersama. Lantas Iqwan membuka aplikasi WhatsApp dan menaip di skrin.
Iqwan: Hai Muzz, lunch hari ini kita makan sama-sama boleh? Abang belanja.
Beberapa minit kemudian Iqwan mendapat balas daripada Muzz:
Muzz: Boleh je abang Wan. Lepas tamat waktu persekolahan nanti kita jumpa.
Iqwan: Nanti abang jemput Muzz di sekolah.
Muzz: Baiklah abang, nanti Muzz tunggu di depan pejabat am.
Iqwan: Jumpa nanti ya.
Muzz: Okay abang, jumpa nanti.
Keterujaan Iqwan bertambah apabila Muzz tidak menolak pelawaan dirinya untuk kali yang pertama.
____________________
Seperti yang dijanjikan Muzz menunggu ketibaan Iqwan di lokasi yang di janjikan. Hampir sepuluh minit menanti, kelihatan kereta pacuan empat roda Ford hitam berhenti di hadapan tempat letak kereta.
Muzz yang tidak mengenali kenderaan itu hanya mampu merenung tanpa sebarang pergerakan. Wajahnya merona merah apabila melihat susuk tubuh sasa keluar dari kereta lengkap berpakaian pejabat pegawai bomba.
'Tampannya dia.' Desis hati kecil Muzz.
"Sorry abang datang lambat sikit." Ujar Iqwan sambil berlari kecil mendapatkan Muzz.
"Takpe, Muzz tahu abang masih ada kerja tadi." Jawab Muzz walaupun perutnya sudah mula mendendangkan irama yang lain.
"Okay, jum kita makan." Pelawa Iqwan sambil menjemput Muzz untuk menaiki keretanya.
Kedua-dua mereka hanya mampu menyimpan perasaan gugup dan berdebar-debar apabila mereka hanya berdua dan duduk bersebelahan di dalam kereta. Hanya kedengaran radio yang memecah keheningan diantara mereka.
"Muzz nak makan apa hari ni?" Tanya Iqwan memecah kesunyian diantara mereka.
"Makanan apa yang best kat area sini?" Balas Muzz yang sememangnya agak memilih makanan yang hendak dimakannya.
"Ada sebuah kedai makan yang cukup terkenal di kawasan sini. Muzz nak try makan kat sana tak?" Soal Iqwan lagi.
"Muzz on saja."
Muzz yang hanya fokus menikmati permandangan sekeliling tidak menyedari bahawa mereka hampir tiba di destinasi yang dituju.
"Kita dah sampai." Kata Iqwan sambil mematikan enjin keretanya.
"Bukankah tadi abang nak bawa Muzz makan di gerai ke?"
Muzz kehairanan apabila melihat tempat yang dihadapannya adalah sebuah restoran yang tersergam indah dan dihiasi dengan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang cantik. Dekorasi yang berasaskan ciri-ciri moden kontemporari turut menarik perhatian para pengunjung.
"Inilah tempat yang abang maksudkan." Ujar Iqwan sambil menarik tangan Muzz memasuki restoran.
Muzz yang masih terpinga-pinga hanya mampu mengikuti langkah Iqwan yang dari tadi memegang erat tanganya. Genggaman Iqwan yang lebih besar berbanding dengan Muzz berasa hangat walaupun restoran itu tertutup dan mempunya penghawa dingin di setiap penjuru.
Sesampainya mereka di meja penyambut tetamu, Iqwan terus menanyakan tentang tempahan yang telah dibuatnya. Kemudian mereka terus berlalu menuju ke meja yang telah ditempat.
"Mesti mahal makanan kat sini kan?" Tanya Muzz sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kerusi.
"Jangan risau Muzz, abang yang tanggung." Ujar Iqwan sambil memegang tangan Muzz.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
خيال (فانتازيا)Mengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...