Rasa rindu yang semakin menebal membuatkan tumpuan Firdaus dalam melakukan tugasan pejabatnya sedikit terganggu. Wajah Muzz selalu muncul didalam imaginasinya sehingga dirinya selalu melamun.
Ketukkan dipintu langsung tidak didengari oleh Firdaus sehingga setiausahanya terpaksa membuka pintu tanpa mendapat kebenaran dari majikannya.
"Encik Daus."
Tersentap dengan sapaan Hana, Firdaus terpinga-pinga lantas bersuara.
"Ada apa Hana?"
"Amboi, jauhnya encik melamun. Teringat kat buah hati ke?"
Soalan itu membuatkan Firdaus tersedak dan terbatuk kerana ternyata dirinya sedang memikirkan kisah silamnya bersama Muzz.
"Tak adalah, memandai saja kamu ni." Kata Firdaus sambil ketawa.
"Baiklah boss." Ujar Hana.
"Hana, saya nak tanya satu soalan."
"Apa dia boss?"
"Apa patut saya buat kalau saya rindu dengan bekas kekasih saya?"
"Boss ada bekas kekasih?" Soal Hana.
"Ada." Sepatah jawab Firdaus.
"Kalau ex boss tu masih single, tak salah rasanya encik nak dapat dia balik. Tapi..."
"Tapi?" Soal Firdaus apabila perkataan itu terpancul dari mulut Hana.
"Tapi kalau dia dah ada kekasih lain, encik sama ada biarkan dia bahagia atau tuntut hak encik semula." Jelas Hana panjang lebar.
Mendengar kata-kata setiausahanya, Firdaus semakin bersemangat untuk menawan hati Muzz sekali lagi.
Aku akan cari jalan.
_____________________________
POV Iqwan.
Hatinya semakin bahagia apabila insan dihadapannya kini sudah berjaya dia miliki. Menatap wajah mulus Muzz yang terbaring pulas akibat aktiviti yang mereka lakukan membuat dirinya berasa sedikit bersalah.
'Maafkan abang sayang, abang ghairah sangat sebab sayang seksi sangat.' Desis hati Iqwan sambil membelai rambut Muzz.
______________________________
Tinggg!
Deringan telefon pintar Muzz yang terletak di meja sisi meja menarik perhatian Iqwan yang masih menatap wajah kekasih hatinya. Perlahan-lahan mejauhkan tubuhnya dari Muzz agar tidak mengejutkannya, dia menggapai telefon pintar Muzz untuk memuaskan kemuskilannya.
Abang Izz masih sayangkan Muzz.
Pesanan itu mampu dibaca walaupun skrin telefon tidak dibuka sepenuhnya. Iqwan terpana dengan pesanan yang dihantar oleh Firdaus yang menyatakan hasrat hatinya. Dalam kegusaran untuk mendapatkan jawapan dari Muzz, Iqwan hanya mampu menunggu insan di hadapannya bangun.
"Mungkinkah Muzz turut masih menyimpan perasaan terhadap Firdaus?" Monolog Iqwan sendiri sambil duduk di kerusi menghadap Muzz.
"Abang." Mendengar suara serak Muzz yang baru bangun tidur, Iqwan hanya mendongak.
"Kenapa abang senyap saja?" Soal Muzz apabila lelaki di depannya berdiam diri.
"Sayang jujur dengan abang boleh?" Soal Iqwan kembali apabila Muzz berlutut dihadapannya.
"Jujur tentang apa?" Tanya Muzz
"Muzz masih ada hati dekat Firdaus?"
Soalan itu memberi tamparan tepat kewajah Muzz apabila soalan mengenai insan yang pernah meninggalkannya itu diungkit kembali.
"Tak ada abang, Muzz sudah lama kuburkan perasaan untuk abang Izz." Jelas Muzz sambil menggenggam tangan Iqwan erat.
"Habis itu, kenapa dia masih menagih cinta Muzz?"
"Muzz sudah bagitahu dia, yang Muzz dah tak cintakan dia. Muzz hanya cintakan abang Wan."
Mendengar penerangan ikhlas Muzz, Iqwan memegang kedua bahu Muzz untuk mendirikan buah hatinya.
"Baiklah, abang percayakan sayang." Ujar Iqwan sambil memeluk tubuh Muzz erat.
Deringan telefon bimbit Firdaus memenuhi ruang keretanya menandakan ada panggilan masuk. Dilihatnya nama pemanggil membuatkan dirinya kehairanan.
IQWAN
Iqwan: Hello bro.
Firdaus: Iya bro, ada apa?
Iqwan: Kau sibuk tak petang nanti?
Firdaus: Tak, kenapa?
Iqwan: Aku nak jumpa kau boleh, ada benda nak bincang.
Firdaus: Boleh je, nak jumpa dimana?
Iqwan: Nanti aku bagi location.
Firdaus berasa hairan apabila Iqwan ingin berjuma dengan dirinya untuk membincangkan sesuatu.
Nak bincang pasal apa?
Tujuh petang...
Langkahnya dihayun menuju ke meja yang telah ditempah oleh Iqwan untuk bertemu dirinya. Namun dirinya tidak keseorangan kerana Saiful turut bersama dirinya. Langkahnya digagahi apabila melihat kelibat Muzz sedang duduk disamping Iqwan dan baju mereka kelihatan sedondon.
"Sorry bro, aku lambat sikit sebab jemput Saiful balik kerja tadi." Terang Firdaus.
"Tak apa bro, silakan duduk." Jemput Iqwan.
"Kenalkan, ini Saiful." Firdaus memperkenalkan insan disisinya. Saiful hanya mengukir senyuman manis kepada Muzz dan Iqwan. Begitu juga Muzz dan Iqwan turut memperkenalkan diri.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasíaMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...