BAB VI

2.9K 52 0
                                    

Setelah panggilan dimatikan, Puan Mariam berasa lega apabila mendegar bahawa anak terunanya itu berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Sambil melipat pakaian, Puan Marian dan Encik Moktar hanya bersembang kosong.

"Senang hati Yam dengar anak kita tu dah boleh berdikari sendiri." Ujar Puan Mariam.

"Abang kan sudah bagitahu Yam, anak kita tu dah bujang dan boleh berdikari sendiri." Jawab Encik Moktar.

"Yelah, mana Yam tak risau Boy itukan satu-satunya anak kita." Kata Puan Marian sambil melihat pakaian yang masih tersisa.

_________________________

Sambil membawa cawan yang berisi susu suam, Muzz melangkah ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Mengambil telefon pintarnya, dia melihat ada satu pesanan didalam aplikasi WhatsApp.

Hai! Muzz apa khabar? Abang Iqwan ni.

Mata Muzz membulat apabila melihat nama yang tertera.

'Macam mana abang Wan boleh ada nombor WhatsApp aku?' Detik hatinya sambil menaip sesuatu diskrin.

Muzz: Hello abg Wan, macam mana abg Wan boleh dapat nombor WhatsApp Muzz?

Iqwan: Hai Muzz, abang kan ada call Muzz petang tadi masa nak pulangkan dompet Muzz.

Muzz: Oh ya, lupa pula yang abg ada call petang tadi.

Iqwan: Muzz tengah buat apa tu?

Muzz: Duduk je ni, tengah rehat lepas makan tadi. Abg dah makan?

Iqwan: Dah, makan mee dengan telur je.

Muzz: Laaa, tak makan nasi?

Iqwan: Tak, malas nak masak.

Muzz: Saya ada masak lebih tadi, kalau abg masih nak makan saya boleh tlg hantarkan.

Melihat kata-kata Muzz, Iqwan terus tersenyum dan terus bersetuju dengan pelawaan Muzz. Walaupun perutnya sudah kenyang, namun Iqwan tetap ingin merasa makanan yang di masak oleh Muzz.

Disebabkan jarak balai bomba yang hanya bersebelahan dengan sekolah tempat Muzz mengajar, dia hanya berjalan kaki sambil menjinjit bungkusan berisi lauk dan nasi untuk Iqwan.

Muzz: Hello abang Wan, Muzz dah nak sampai ni.

Kata Muzz sebaik sahaja panggilannya berjawab.

Iqwan: Baiklah, abang turun sekarang. Muzz tunggu di pondok pengawal.

Balas Iqwan dari dalam talian sebelum Muzz mematikan talian.

Hanya beberapa langkah dari pintu pagar, Muzz melihat seorang pengawal dan mendekatinya.

"Pak cik, pak cik!" Muzz memanggil.

"Ada apa nak?" Tanya pengawal itu sambil mendekatinya.

"Saya datang nak hantar makanan untuk Tuan Iqwan Adzri." Ujar Muzz.

"Oh! Nak masuklah dulu tunggu kat sini." Pelawa pak cik pengawal sambil membuka sedikit pintu pagar untuk Muzz masuk.

Kelihatan kelibat Iqwan berlari anak menuju ke pintu pagar yang hanya memakai singlet dan seluar pendek menaampakkan susuk tubuh sasanya.

Mata Muzz tidak lekang dari melihat potongan tubuh badan Iqwan yang kekar.

"Muzz, kenapa tengok abang macam itu?"

Pertanyaan Iqwan menyentap lamunan Muzz. Dirinya yang hanya mampu menahan perasaan malu setelah kantoi dengan Iqwan tidak mampu menyimpan rona merah di wajah cerahnya.

"Mana makanan untuk abang?" Soal Iqwan tanpa rasa segan.

"Ini." Jawab Muzz sambil menghulurkan bungkusan makanan kearah Iqwan.

"Terima kasih Muzz." Jawab Iqwan sambil menyambut bungkusan makanan.

"Sama-sama abang Wan, Muzz balik dulu ye." Pamit Muzz.

Iqwan yang berhasrat hendak menjemput Muzz kerumahnya hanya mampu melihat Muzz keluar pagar dan kembali ke sekolah berjalan kaki.



Bersambung...

TERPIKATWhere stories live. Discover now