BAB XX

2.3K 42 1
                                    


Berlari pantas mendapatkan buah hatinya yang hampir keluar dari pintu utama gedung pasaraya itu, Iqwan akhirnya berjaya menggapai pergelangan tangan Muzz lantas memberhentikan langkah Muzz.

"Muzz tunggu, nak kemana ni?" Soal Iqwan sambil membetulkan pernafasannya.

"Kita balik sajalah abang Wan." Jawab Muzz dengan muka masam.

"Kita kan belum beli barang lagi, kenapa nak balik pula?" Soal Iqwan lagi.

"Kita beli lain kali sajalah, Jom abang." Ajak Muzz separa merengek.

Melihat perlakuan Muzz yang agak merengek, Iqwan akhirnya akur dan mengikuti langkah Muzz yang berjalan dihadapannya. Tangan mereka tidak lekang sehingga beberapa pasang mata memerhati mereka.

'Tersengih-sengih pula mereka tengok aku dan Muzz.' Monolog Iqwan dalam hati.

"Awak, tengoklah dua orang itu. Manja betul." Kata perempuan yang duduk didalam kafe kepada suaminya.

"Tapi abang tengok muka yang sorang lagi tu musam saja?" Balas lelaki itu.

"Alah, mungking mereka tengah bergaduh terus yang sorang lagi tu tengan nak pujuk." Ujar perempuan itu kembali.

Ternyata perilaku Muzz dan Iqwan membuatkan ramai yang membuat spekulasi sendiri berkenaan perbuatan mereka.

ROMANTIK

MANJA

BAHAGIA?

Sambil matanya fokus dengan pemanduan, tangannya cuba untuk mencapai tangan Muzz yang dari tadi hanya mendiamkan diri sambil memalingkan mukanya ke tingkat.

"Sayang, kenapa ni?" Iqwan mula bersuara untuk memecahkan keheningan.

"Tak ada apa-apa abang Wan." Jawab Muzz bersahaja.

"Habis tu kenapa muka macam berkerut saja?" Soal Iqwan lagi.

Muzz hanya mendiamkan diri sekali lagi. Tingkah laku Muzz membuatkan Iqwan berasa tidak keruan. Lantas kereta di berhentikan di tepi jalan.

"Kenapa berhenti?" Soal Muzz terkejut apabila Iqwan memberhentikan keretanya.

"Abang tak faham, kenapa Muzz lari bila berjumpa dengan Firdaus?"

Mendengar pertanyaan dari Iqwan, Muzz hanya mampu mengetap bibir dan menahan air matanya yang bertakung di kelopak matanya. Esakan Muzz yang lembut kini semakin kuat dan air matanya turut berlinangan membuatkan Iqwan menjadi tidak keruan.

"Sayang kenapa nangis ni?" Soal Iqwan sambil merapatkan wajah Muzz ke dadanya.

"Muzz sayang abang Wan." Ujar Muzz dalam esakkan.

"Iya sayang, tapi kenapa nangis macam ni?" Tanya Iqwan lagi.

"Muzz ada perkara yang Muzz nak bagitahu abang." Kata Muzz sambil meleraikan pelukan.

"Okay, kita ke taman." Cadang Iqwan sambil keretanya meluncur laju dijalan raya.

_________________________

Setelah susuk tubuh Muzz dan Iqwan hilang dari pandangan mata, Izz kembali menyedut minuman yang masih berbisa didalam gelasnya. Bayangan wajah Muzz kembali bermain di ingatan membuatkan bibit-bibit cinta yang pernah mereka jalani berdetik semula benak hatinya.

'Abang tahu, Muzz masih rindukan abang.' Detik hati Izz sebelum mengangkat punggungnya dan meninggalkan meja.

'Abang tidak akan lepaskan Muzz untuk kali yang kedua.' Kata hati Izz lagi sambil melangkah untuk membeli barangan yang dia hendak beli.

_________________________

Keadaan ditaman cukup tenang untuk Muzz menenangkan dirinya yang agak bingung dengan kehadiran jejaka yang pernah menghancurkan hatinya beberapa tahun yang lalu.

"Apa yang Muzz nak beritahu abang?" Soal Iqwan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya disebelah Muzz.

"Muzz harap abang Wan boleh terima apa yang Muzz akan bagitahu." Kata Muzz.

"Baiklah, abang Wan akan cuba." Kata Iqwan sambil menggenggam tangan Muzz.

Muzz menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum perlahan-lahan merenung ke wajah Iqwan sambil menceritakan perkara yang sebenarnya. Iqwan hanya mengangguk dan perlahan-lahan menarik Muzz kedalam pelukkannya sambil menggosok belakang Muzz yang teresak-esak menangis.

Muzz sedikit terkejut dengan tindak balas dari Iqwan namun berasa selesa dalam dakapan lelaki sasa itu.

"Abang Wan tak marah?" Soal Muzz sambil mendongak ke wajah Iqwan.

"Kenapa abang nak marah, sayang sekarang kan sudah jadi milik abang." Jawab Iqwan sambil satu kucupan dihadiahkan diatas dahi Muzz.

"Terima kasih abang Wan." Balas Muzz sambil mengeratkan pelukan di tubuh Iqwan.

"Sama-sama sayang." Kata Iqwan sambil mengusap kepala Muzz.

Rasa sayang Iqwan terhadap Muzz semakin menebal apabila insan tersayangnya itu mampu berterus terang mengenai hubungan lamanya bersama Firdaus. Ternyata Muzz memilih Iqwan untuk memenuhi ruang yang ditinggalkan oleh Firdaus setelah hubungan mereka terputus.


Bersambung...

TERPIKATWhere stories live. Discover now