Kesibukan bandar yang padat dengan kenderaan bermotor ditambah lagi dengan bunyian hon dari beberapa kenderaan akibat dari kesesakan lalu lintas membingitkan telinga para pengunjung yang berjalan di luar deretan kedai berhampiran Mall XXX.
Firdaus Izz (nama pendek Izz) baru sahaja keluar dari perut kereta sewa yang dinaikinya usai membuat pembayaran tambang.
Meliarkan matanya melihat sekeliling sebelum langkahnya dihayun lalu memasuki Mall XXX. Udara nyaman dari penghawa dingin mall itu membelai lembut pipi cerah Izz yang kemerahan akibat panahan sinar UV.
Langkahnya dihayun melimpasi beberapa buah kedai serbaneka dan kedai pakaian. Memasuki Parkson terus berjalan menuju ke susunan kasut yang mempamerkan kasut-kasut yang mengikut trend terkini.
Sambil mencari kasut yang memenuhi citarasanya, matanya terlihat susuk tubuh yang seakan-akan tidak asing baginya.
Disebabkan firasat yang kuat menyatakan bahawa dirinya mengenali susuk tubuh itu, perlahan-lahan mengekori.
"Muzz!" Laung Izz.
Muzz yang leka berjalan beriringan dengan Iqwan langsung tidak menyedari kehadiran Izz dibelakangnya. Mendengan namanya dilaungkan, Muzz terus berpaling namun wajahnya kelihatan sugul.
"Abang Izz?" Soal Muzz apabila Izz menghampiri mereka.
"Syukur Muzz masih ingat dekat abang." Ujar Izz dengan penuh kegembiraan.
"Siapa ni sayang?" Tanya Iqwan kepada Muzz untuk kepastian.
"Abang Wan, kenalkan ini abang Izz, Firdaus Izz. Abang Izz ini abang Wan, Iqwan Adzri." Kata Muzz dihadapan dua jejaka macho itu.
Sesi perkenalan diantara Iqwan dan Firdaus berlangsung tanpa sebarang persoalan yang melibatkan perasaan.
Keadaan di meja hanya dipenuhi dengan suara Iqwan dan Firdaus yang baru sahaja menjalin hubungan kawan. Manakala Muzz hanya membisukan dirinya kerana tersepit diantara dua jejaka yang tidak asing bagi dirinya.
"Kau sudah berapa lama kenal dengan Muzz." Soal Izz sambil melirik kearah Muzz yang duduk bersebelahan dengan Iqwan.
"Belum lama, dalam tiga bulan." Jawab Iqwan sambil merangkul bahu Muzz hingga tubuh mereka merapat.
"Abang...jangan macam ni." Ujar Muzz sambil menjarakkan tubuh mereka.
Sedikit terasa dengan kelakuan Muzz, Iqwan mengerutkan dahinya sambil tangannya memegang tangan Muzz dibalik meja. Melihat renungan Muzz, Iqwan seakan mengerti maksud tersirat dari renungan Muzz.
"Abang nak ke toilet kejap ya." kata Iqwan kepada Muzz.
"Bro, aku ke belakang kejap." Ujar Iqwan kepada Firdaus pula sebelum berlalu meninggalkan meja.
Suasana kini mengadi hening dengan hanya tinggal Muzz dengan Firdaus duduk bertentangan arah.
"Muzz apa khabar?" Soal Izz perlahan sambil menatap wajah Muzz yang muram.
"Kenapa abang Izz muncul lagi?" Soal Muzz kembali tanpa mengendahkan pertanyaan Firdaus.
"Sebernarnya, abang masih rindukan Muzz." Ujar Firdaus sambil memegang tangan Muzz.
"Kenapa abang tinggalkan Muzz dulu?" Soal Muzz lagi sambil menarik tangannya dari genggaman Firdaus.
"Abang terpaksa sayang." Ujar Firdaus sambil menundukkan kepalanya.
Muzz hanya tersenyum sinis apabila mendengar alasan yang dikatakan oleh Firdaus kepadanya.
Iqwan yang kehairanan dengan situasi diantara Muzz dengan Firdaus terus mberkata sebaik sahaja kembali dari tandas.
"Kenapa senyap saja?" Soal Iqwan mesra.
"Abang Wan, jom kita balik." Kata Muzz kepada Iqwan sambil menolak lengan sasa Iqwan menjauhi meja.
"Izz macam mana?" Soal Iqwan kepada Muzz berasa tidak nyaman meninggalkan sahabat barunya itu.
Mendengar soalan Iqwan itu, Muzz terus berhenti menolak Iqwan dan berkata dengan nada yang sedikit keras.
"Kalau macam itu, abang stay sini lah dengan abang Izz." Tegas Muzz sebelum berjalan meninggalkan Iqwan yang terpinga-pinga.
"Bro, aku gerak luk." Kata Iqwan kepada Firdaus sebelum berlari mendapatkan buah hatinya yang semakin menjauh.
Firdaus hanya tersenyum sambil memerhati tingkah laku Muzz yang berjalan mendahului Iqwan yang mengejarnya.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
TERPIKAT
FantasyMengisahkan seorang guru sandaran yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Memandngkan ini adalah kali pertama dirinya akan menjadi seorang warga pendidik. Pertemuan dengan pegawai bomba yang tidak disengajakan telah mengubah haluan diriny...