BAB XXIII

2.6K 43 0
                                    


Kesibukan dalam alam pendidikan kini kembali menuntut masa dan fokus Muzz tambahan dengan pertandingan tarian semakin dekat. Pelajar-pelajar yang berada di bawah bimbingannya turut bersemangat untuk melakukan persiapan terakhir sebelum pertandingan melabuhkan tirainya.

"Cikgu, malam nanti kita buat latihan lagi boleh?" Soal salah seorang dari penari perempuan.

"Kalau semua setuju nak adakan latihan malam ini, cikgu akan minta kebenaran dari tuan pengetua supaya membenarkan kamu semua datang malam ini." Ujar Muzz kepada anak muridnya.

"Kami mahu saja cikgu." Balas mereka.

"Baiklah, lepas ini cikgu akan berjumpa dengan tuan pengetua untuk meminta kebenaran." Kata Muzz.

"Kamu semua tunggu di sini." Tambah Muzz lagi sebelum meninggalkan anak muridnya di meja bulat lalu menuju ke pejabat am.

Tittt!

Deringan telefon pintarnya menandakan ada pesanan masuk, lantas tangannya menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefonnya. Sambil langkah kakinya diperlahankan, matanya mengamati nama yang tertera di skrin.

017xxxxxxx

'Inikan nombor abang Izz.' Desis hati Muzz namun pesanan itu tidak diendahkan lantas langkahnya dilajukan untuk bertemu dengan tuan pengetua.

Usai membuat perbincangan dengan tuan pengetua dan mendapat kelulusan yang diminta, Muzz bergegas mendapatkan anak muridnya lantas mengedarkan surat kenyataan dari pihak sekolah.

"Tuan pengetua bersetuju untuk membenarkan kita mengadakan latihan malam ini, dan berikan surat kenyataan ini kepada ibu bapa kamu semua." Arah Muzz sebaik sahaja kertas bertukar tangan.

"Baik cikgu." Jawab anak muridnya serentak.

"Jadi sekarang ini, kamu semua boleh balik dulu. Malam nanti cikgu akan tunggu kamu semua disini." Ujar Muzz.

"Okay!" Balas mereka sebelum mengangkat beg untuk pulang.

Mereka bersalam dengan Muzz seorang demi seorang sebelum berjalan menuju ke pintu pagar untuk pulang.

Muzz kembali duduk sambil menghela nafas lega setelah anak muridnya pulang. Teringat akan pesanan yang dia terima, kekunci telefon pintarnya dinyahkan lalu menekan ikon WhatsApp.

Abang rindu dengan Muzz.

Hatinya menjadi sayu dan marah apabila membaca pesanan yang dihantar oleh pengirim. Kerana dia masih mengenali nombor pengirim walaupun namanya sudah dipadam lama dahulu.

Apa yang abang nak?

Itulah jawapan yang diberikan oleh Muzz memandangkan dirinya masih terkesan dengan tindakan Firdaus.

_______________________

Suasana rumah yang sepi hanya dipenuhi dengan suara tv yang dihidupkan sementara Firdaus menyediakan makan malamnya.

Tingggg!

Deringan dari telefon pintarnya menandakan ada pesanan masuk. Laju tangannya mencapai telefon pintar yang diletakkan diatas meja dapur lalu kod keselamatan dinyahkan. Mengharapkan balasan dari Muzz namun harapannya meleset.

SAIFUL!

Nama yang menjadi penyebab kepada berakhirnya hubungan diantara Muzz dengan Firdaus beberapa tahun yang lalu.

Saiful: Abang tengah buat apatu?

Firdaus: Tengah masak, kenapa?

Saiful: Petang ni kita date nak tak?

Firdaus: Abang penatlah.

Saiful: Boleh lah abang Aus, saya rindu kat abang. Dah lama kita tak berjumpa.

Melihat rayuan daripada lelaki yang pernah dikejarnya dahulu itu, akhirnya Firdaus pun bersetuju untuk keluar bersamanya.

Matanya ternampak satu lagi pesanan yang diterima tapi belum dibaca;

MUZZ

Terukir senyuman apabila nama itu tertera. Namun senyumannya terus mati apabila membaca pesanan yang dihantar. Hasrat hatinya untuk kembali ke pangkuan Muzz sengat menebal kerana rasa rindu dan cinta yang selama ini disimpan akibat dari kebodohan yang pernah dirinya lakukan.


Bersambung...

TERPIKATTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang