Dua

13.7K 465 8
                                    

Penerbangan dari Malaysia ke Manchester amatlah membosankan ini kerana suami si Tasnim ni..Terpaksa bertugas.Haihh..

Kapal terbang Airbus yang dibawa oleh Rafiq serta rakan setugasnya iaitu co-pilot,Si Izzat mendarat dengan selamatnya di Lapangan terbang.Semua penumpang diminta turun dari Kapal Terbang.

Tasnim berjalan melalui lorong penumpang keluar.Dia tidak menunggu lama,Dia terus ke kerusi menunggu kerana dia tahu yang suaminya akan lama.

Tasnim terlelap buat seketika.Beberapa minit berlalu,badannya terasa panas.Tasnim membuka matanya dan mendapati bahawa dia diculik!

-

"AHHHHKK!!!" Jerit Tasnim.Rafiq terus memandang isterinya.

"Woi!Kau dah kenapa!Nak menjerit segala!"Tengking Rafiq yang kelihatan bengang.

Rafiq masih teringat pertemuan secara tidak sengaja antara dia dan Adrina.Jelas kelihatan gembira disebalik wajah kekasihnya itu.

"Apa awak dah buat!"Marah Tasnin secara tiba-tiba.Rafiq melangkah kearah isterinya yang telah dibalut dengan selimut hotel yang tebal.

"Tak..Buat apa..Cuma melaksanakan tanggungjawab saya sebagai suami awak.. " Ujarnya dengan muka yang separa sinis.

Mata Tasnim terbeliak.Dia seperti ingin menangis ketika itu.Dia masih tak bersedia meskipun dia tahu bahawa suaminya itu nempunyai hak keatasnya.

"Rafiq..Please buka balutan ni.Saya nak mandi wajib..Saya nak solat..Tolonglah.."Rayu Tasnim dengan air matanya yang ingin jatuh ketika itu.

"Kenapa nak mandi wajib and why are you nearly cry? " Soal Rafiq.Dia yang baru sedar akan apa yang Tasnim ingin beritahu terus tersengih nakal seraya mendekati Tasnim.Balutan di badan Tasnim dirungkaikan.

Tasnim memeluk tubuhnya.Dia masih berpakaian??!

Rafiq mendekatkan wajahnya pada Tasnim hingga Tasnim terbaring kerana cuba mengelakkan wajah Rafiq yang semakin menghampiri wajahnya.

"Why don't..B..I mean..Kita realisasikan apa yang Cha pikirkan"

Tasnim buntu.Tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya.Nak izinkan ke?

"Awak!Saya nak mandi..And then solat!" Tegas Tasnim sambil menolak kuat tubuh Rafiq yang sasa itu.

"Jom sekali!!" Usik Rafiq.Nakal.

Tasnim menunjukkan buku limanya pada batang hidung Rafiq.

"Amboi..Cik adik manis..Si suami awak ni mengajak awak untuk solat bersama..Bukan mandi bersama.." Kata Rafiq dengan sengihan yang membuatkan Tasnim seperti ingin menghempuk kepala suaminya itu.

Tasnim mengganguk.

"Tapikan Cha..Untuk part mandi sekali tu..not yet"Usik Rafiq lagi.

Bagi Rafiq itu satu usikan biasa namun bagi Tasnim yang mendengar perkataan not yet sahaja sudah mampu menggoncang hebat jiwanya.Bukan apa..Dia sendiri tidak tahu mengapa.

Tasnim segera mandi.Dia cuba menghilangkan rasa gemuruh yang bergelora di jiwanya ketika itu.

Rafiq mencapai iphone 6 miliknya dan terus ke balkoni hotel.

Calling Rinayang

"Hello,Yang"

"Waalaikummusalam..Kenapa call saya ni Captain Iyan.."Balas satu suara yang amat dirinduinya.

"Amboi..Pandai mengata!Nak kena ni!Yang,Buat apa tu?"

"Tengah jawab call dari Captain Iyan la.." Balasnya seloroh.

"Yela..Ada sajalah modal dia untuk menjawab!"

"Apalah..Iyan..Sejak bila dah jadi sensitif ni..Nak Rina belikan Sensodyne..Rawat semula sensitif si buah hati pengarang jantung saya seorang ni?"Seloroh Rina lagi.

"Yang..I miss you.So damn much"

"Me too..I gotta go..Ada disscusion..Jaga diri,My man.Assalamualaikum."

'waalaikummusalam..'Balas Rafiq dalam hati.

Namun tanpa dia sedari..Ada seseorang yang mendengar segalanya.

"B,Cha solat dulu.."Ujar Tasnim,Lirih saja bunyinya.

Rafiq mengganguk.Dia terus masuk ke tandas dan mandi untuk menyegarkan dirinya.

Tasnim solat bersendirian.Seusai solat,Lama dia bersujud.Cuba untuk mengusir segala perasaan yang tidak patut hadir.

Air mata yang ditahan,Jatuh lagi.Bibir bawahnya sengaja digigit agar dia tidak mengeluarkan suara ketika itu.

Tasnim bangun dan bersiap.Dia meninggalkan nota kecil untuk Rafiq.Tasnim keluar dari hotel itu untuk mencari ketenangan.

Dia keluar dengan air mata yang masih bersisa.

"Rafiq..Masih tak boleh terima aku..Sebagai isterinya.Ada yang sedang menantikan Rafiq rupanya."

Tasnim berhenti duduk di sebuah kerusi yang sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau

Air matanya gugur lagi..

Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now