enambelas

5K 176 9
                                    

"Okay semua harini saya akan lepaskan awak semua bersama senior awak untuk selesaikan projek seni awak ok? Saya akan ke mesyuarat selepas ini"  Cikgu Yasmin memberi arahan.

Oleh kerana harini senior yang conduct kumpulannya hadir, dia tidak perlu lagi menjadi ketua pada hari ini.

'EH LAKI KELMARIN!'

"Hai semua. Saya Rafiq Aydan. Panggil Rafiq je. Boleh perkenalkan diri awak semua?" Soalnya.

"Saya Rahayu. Panggil Ayu"

"Saya Faris"

"Saya Iman"

"Awak pulak?" Soalnya sambil memandang Tasnim yang terdiam.

"Tasnim. Tasnim Andrisya"

Rafiq tersenyum memandang juniornya yang malu-malu kucing itu. Sebaik sahaja dia memahami apa yang diperlukan untuk membantu juniornya mendapatkan gred bagi projek seni mereka, Rafiq terus memulakan kerja bersama kumpulannya.

"Petang ni semua boleh stay dekat sekolah tak?" Soal Tasnim.

"Sorry Nim.. Aku busy sangat sangat" Balas Ayu. Tasnim memandang ahli lain pula. Mereka juga kelihatan berat untuk stay petang ni.

"Emm macam ni jelah. Aku siapkan kerja separuh lepastu korang sambung lagi? Boleh?"  Tanya Tasnim. Dia perasaan akan renungan seniornya itu namun dia tidak ambil endah akan perkara itu.

Setelah mencapai kata sepakat, Tasnim bergerak meninggalkan kelas kerana kelas seni merupakan kelas terakhir bagi hari ini. Tasnim terus pergi menunaikan solat zohor di surau sebelum menyambung kerjanya.

Taman Bali menjadi destinasi pilihan untuk menghabiskan kerja kerja yang tergendala. Disebabkan masa masih panjang dia mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja matematik terdahulu.

Buku matematik dibawa keluar dan kerja dimulakan. Setelah melakukan beberapa soalan dia menjadi yakin untuk menyiapkan keseluruhan kerja rumahnya dengan segera. Apabila dia terasa seperti ada susuk tubuh yang menghalang cahaya dia menegur.

"Faya, tepi la sikit. Aku tak leh fokus ni" Pinta tanpa mengangkat kepala. Barangkali stress apabila tidak dapat menjawab soalan yang terakhir.

"Salah dari awal tu. Kau tak boleh selesaikan dengan cara buang pembawah belah kiri. Kau kena samakan denominater dulu"

Tasnim baru perasan. Tu bukan suara Faya. Bau maskulin yang tidak terlalu kuat namun menyerlakah aura gentleman itu membuatkan dia tersedar. Ni bukan Faya tapi ni....

Tasnim mendongak. "Tak paham ke apa aku cakap?"

Tasnim tidak mampu untuk mengangguk atau menggeleng. Bukan dia tidak paham tapi sistem otaknya terganggu hingga tidak dapat menyampaikan maklumat seterusnya. Lelaki tersebut terus mengambil pencil mechanical pilot tersebut dan menunjukkan cara yang sebenar.

Tumpuan diberikan sepenuhnya. Ohh begitu caranya. Patutlah tak dapat selesaikan.

"Suka hati kau je kan ambil pencil orang?" Katanya. Tasnim tersentak. Eh? Pencil orang? Dia memerhatikan pencilnya itu. Betullah. Warna biru tu aku punya.

"Tu aku punya la" bentak Tasnim.

"Aku punya la. Aku kenal bentuk pencil aku". Aku guna tiap kali aku nak buat kerja kot" Tasnim terus merampas pencil tersebut. Ah! Pencil dia kelmarin. Dia ada meletakkan didalam kotak pencil jugak. Tasnim mengambil kotak pencilnya lalu mencari pencil tersebut. Setealah jumpa apa yang dia cari dia letakkan kedua dua pencil sebelah menyebelah untuk membandingkannya.

"Nampak tak beza dia? Walaupun warna sama?" Soal Rafiq. Tasnim mengangguk. Ya rasanya lain. Patutlah bila aku pakai tadi rasa pelik je.

Tasnim memegang erat pencilnya. Rasa jari aku lebih mengenali pencil ni. Tasnim tergelak kecil memikirkan perkara bodoh itu.

Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now