"Thank you datang Nimmmm!!!" Ujar Farah sambil memeluk tubuh Tasnim. Tasnim memandang sahabatnya didalam sepersalinan songket peplum berwarna hijau tua. Cantik!
"Tak sangka aku ehh dalam diam kau bercinta dengan Safwan Ali jugak" Farah memandang Safwan. Tasnim tergelak halus mengingatkan kejadian terdahulu dimana Safwan merayu bantuan Tasnim untuk mendapatkan Farah.
Namun disebabkan Tasnim sangat mengenali Farah dan tahu bahawa dia tidak akan menyukai lelaki tersebut, Tasnim awal awal lagi minta maaf kerana tidak dapat membantu.
Hampir 3 tahun Tasnim mendiamkan diri setelah penceraiannya. Hari harinya makin sibuk dengan pekerjaannya sebagai seorang guru seni.
"Careful!"
Tasnim tergerak ke belakang apabila kuah dalca panas itu tumpah betul betul dihadapannya. Tangannya terasa ditarik kebelakang.
"Akak maaf. Saya tak sengaja." Ujar pekerja katering itu. Tasnim memandang budak tersebut. senyuman dihadiahkan pada budak itu. mujur sahaja kuah itu tidak terkenanya.
"tak apalah" Tasnim tersenyum kecil sebelum dia bergerak kearah meja vip. Padangannya menghala ke sepasang merpati dua sejoli di sebelahnya. Ibu yang hamil itu kelihatan bahagia apabila perutnya yang berisi bayi yang mungkin dikandung dalam 5-6 bulan. Tanpa dia perasan tangannya mula mengusap perut sendiri.
"Akak pregnant ke?" Soal perempuan yang berada disebelahnya. Tasnim tersengih tanpa berkata apa. Dia mengeleng kecil sebelum kembali fokus mendengarkan apa yang diperkatan oleh juru acara majlis.
...
Rafiq mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam masjid kecil di Seoul. Penerbangan antarabangsa kali ini membuatkan dia semakin rindu pada seseorang. Wajah kanak-kanak yang menghiasi skrin telefon bimbitnya menabah senyum pada wajahnya. Tengku Adam Bin Tengku Rafiq Aydan. Perasaan rindunya semakin membuak-buak apabila memandang wajah Tengku Adam.
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari masjid tersebut, Rafiq hanya mengambil masa yang aea untuk berjalan tanpa arah tuju menikmati suasana kota raya Seoul yang sangat mewah pada pandangan matanya. Segala ole-ole buat isi rumah sudah dibelinya.
Jam tangan casio yang sudah sekian lama dipakainya dipandang. Segala jenis kenangan tiba tiba sahaja menerjah fikirannya. Perkahwinannya yang terdahulu menjadi titik yang menunjukkan bahawa tidak matangnya seorang Tengku Rafiq Aydan tetapi kini mungkin tidak lagi. Rasa sayangnya masih sama. Dan hanya pada seorang sahaja rasa sayang itu akan ada.
...
Tasnim pulang ke rumah setelah hampir dua jam berada di majlis perkahwinan Farah. Tasnim dengan malasnya membersihkan diri dan keluar semula dari bilik untuk memasak maggie kari bagi mengisi perutnya yang terasa lapar semula. Telefon bimbit yang berdering membuatkan dia terpaksa masuk semula ke salam bilik untuk mengangkat panggilan.
"Assalamualaikum"
Suara dihujung talian disapa. Tasnim tersenyum kecil. Panggilan antarabangsa yang mahal kini tidak menjadi masalah lagi apabila wujudnya whatsapp call.
"Abang sihat?" Soal Tasnim. Lelaki yang berada dihujung talian sepertinya kedengaran penat.
"Sihat aja sayang. Adam sihat?" Soalnya. Adam yang berada di rumah ibu bapanya membuatkan dia teringat semula yang dia merupakan seorang ibu sekarang.
"Abang baru pergi berapa hari dah tanya tentang Adam. Taknak tanya ke isteri abang ni macam mana? Rindu tahu tak" Tasnim merungut manja.
"Alahh kat Seoul ni ramai gadis gadis cute la sayang, kalau abang tambah kuota lagi boleh?" Suaminya mengusik.
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...