"Ceraikan aku." Tasnim berkata tanpa memandang Rafiq.
"No." Balas Rafiq mudah. Dia sudahlah penat, Tasnim buat perangai pulak. Rafiq tidak melayan Tasnim. Dia hanya mahu berehat sekarang. Pinggan yang baru diambil olehnya untuk makan diletakkan.
Rafiq melangkah ke rak kunci. Dia mengambil kunci kereta miliknya.
"Rafiq awak nak pergi mana tu?! Saya tak habis cakap lagi! " Jerkah Tasnim dari dapur. Dia benar-benar sudah hilang sabar apabila melihatkan kelakuan si Rafiq sebegitu.
Dia tidak berasa ingin menangis tetapi dia berasa seperti ingin mencepuk sahaja Tengku Rafiq Aydan. Bodohnya perangai. Dah tahu bertunang pergi kahwin dengan orang lain. Hello kau ingat aku patung ke suka hati nak main kahwin-kahwin.
Hey orang kalau main pondok-pondok pon mana ada suka hati kahwin dengan orang lain lepas tu ada tunang pulak. Arghhhhhh. Tasnim menjerit kegeraman. Habis tu dah kenapa kau tak nak ceraikan aku mangkuk tingkat. Kau ada tunang kot. Cantik pulak tu aduhhhh..
Tasnim tidak berhenti membebel seorang diri semenjak tadi.
'Tak boleh jadi ni'
Tasnim bergerak masuk ke dalam bilik. Dia menukar pakaiannya. Beg tangan serta kunci kereta turut dicapai. Setelah pasti bahawa pintu rumah dikunci, Tasnim menapak ke basement untuk ke keretanya.
Pemanduan dimulakan dengan Basmallah. Dia harus tamatkan semua ni. Biarlah orang kata dia tidak menghormati suaminya, nusyuz sekalipun dia tidak kesah. Kahwin baru seminggu jagung pun tak kesah dah.
Apa yang boleh dia fikirkan sekarang, dia ingin membebaskan dirinya dan mengembalikan semula hak Adrina.
Setelah memandu selama 45minit akhirnya Tasnim tiba di perkarangan rumah ibu mertuanya. Kereta diparkir luar rumah. Setelah enjin kereta dimatikan, dia menapak masuk ke dalam rumah agam tersebut.
"Assalamualaikum..." Ucap Tasnim sambil mengetuk pintu rumah. Pintu rumah tersebut dibuka oleh Ayah mertuanya.
"Waalaikumusalam, Tasnim masuklah "
Tasnim bergerak masuk ke dalam rumah tersebut. Sungguh dia tidak berasa apa apa sekarang kerana dia hanya tahu untuk berbincang bersama keluarga mertuanya mengenai perpisahannya.
Dia tidak dapat berasa apa seperti sedih mahupun takut. Dia hanya ingin menamatkan segala-galanya.
Tangan kedua mertuanya di salam dengan penuh hormat.
"Ada apa datang sini sayang? " Soal ibu mertuanya.
"Mama, Abah Tasnim ada benda sikit nak bincang." Dia berkata dengan penuh sayu sebelum menarik tangan kedua orang mertuanya ke sofa.
Setelah kedua mertuanya duduk. Tasnim pergi ke dapur untuk mengambil minuman buat mereka.
'Tasnim kau boleh lakukan.' Pujuk hatinya.
Tasnim menatang dulang minuman ke ruang tamu. Dia memerhatikan wajah ceria kedua mertuanya itu. Seronok mungkin salah seorang menantunya datang melawat.
Setelah duduk Tasnim sekali lagi memerhatikan wajah mereka.
"Kenapa Tasnim. Ada nak bagi tahu sesuatu ke?" Soal Mama.
"Mama, Abah.. minta Maaf kalau apa yang Tasnim bagitahu ni mungkin mengejutkan Mama dan Abah tapi.. " Tasnim mulai gugup
"Tapi apa sayang? " Soal Mama sekali lagi
"Tasnim nak bercerai dengan Rafiq." Kata Tasnim senafas. Jujur wajah kedua mertuanya itu tegang.
"Kenapa Tasnim sampai nak bercerai berai ni?" Soal Ayah yang cuba menahan tegang di wajahnya.
"Tengku Rafiq Aydan dah bertunang sebelum kahwin dengan Tasnim dan Rafiq sangat mencintai dia. " Jelas Tasnim.
"Tasnim, Jangan jadi bodoh. Itu tunang dan awak isteri Abang Rafiq. Siapa yang lebih utama." Tegur Rifqi Aydil yang baru sahaja turun.
Tasnim memandang adik iparnya itu. Memang betul apa yang dikatakan oleh adik iparnya itu. Tapi masalahnya sekarang ini, dia tidak suka. Hello tak kahwin lagi pun dah rasa dimadukan. Entah bila kahwin nanti silap hari bulan, menempah bilik di Hospital Bahagia gamaknya.
Mama yang sedari tadi hanya duduk diam tidak berkutik, tiba-tiba sahaja pengsan.
"Mama!" Jerit Rifqi dan Tasnim
Rifqi segera memeriksa nadi ibunya. "Ayah, Kita kena bawak mama ke hospital. Mama lemah sangat ni "
Kunci kereta Tasnim dicapai. " Tasnim aku bawak kereta kau " kata Rifqi.
Tasnim hanya mengganguk. Ya Allah semua ni salah aku.
Sepanjang pemanduan ke Hospital Columbia Asia, Kereta itu sunyi sepi tanpa sebarang suara.
Setelah mendaftar mama di wad kecemasan Tasnim bergerak menghampiri ayah mertuanya.
Rifqi awal-awal lagi sudah lari ke biliknya di deparment Neurology kerana ingin memudahkan segala urusan di hospital jadi dia perlukan bantuan orang dalam serta memudahkan pergerakan keluar masuknya di wad kecemasan yang tidak sewenang-wenangnya dimasuki oleh orang lain.
"Tasnim, Abah Cuma boleh kata satu benda jadi. Kalau kamu tak boleh berhadapan dengan masalah, larilah. Namun jika kamu sudah bersedia untuk menghadapinya maka kembalilah dan berhadapanlah dengan masalah itu." Kata Abah.
Tasnim mengangguk lemah. Jam tangan dikerling sekilas. Sudah hampir pukul 7:40 malam dalam tidak sedar.
Rifqi keluar dari wad kecemasan. Dia menapak dengan segera ke arah abah serta kakak iparnya.
"Tasnim, Mama nak jumpa." Ujarnya. Tasnim menanganguk sebelum melangakah ke wad kecemasan.
Katil bernombor 21 dicari. Itu yang dikatakan oleh Rifqi sebentar tadi sebelum dia meninggalkan Tasnim, Katil nombor 21.
Tasnim menapak dengan penuh perlahan ke arah mamanya. Dia memandang wajah ibu mertuanya itu dengan penuh syahdu.
"Maafkan Anim mama..." Rintih Tasnim perlahan.
"Pergilah Anim, Bawalah diri.. Tenangkan hati kamu." Balas mama sambil memandang wajah Tasnim.
"Fikir baik-baik Anim. Jangan sampai bercerai berai.."
'���� �
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...