Tasnim terjaga dari mimpi buruk buat kesekian kalinya. Mimpi realiti yang mengingatkannya kepada sang suami yang entah dimana keberadaannya.
Perut yang semakin memboyot diusap perlahan. Siapa sangka pertemuan terakhir mereka merupakan titik pertemuan baru kepada sebuah perjalanan sebagai seorang ibu.
Kandungan yang berusia enam bulan yang hampir memasuki tujuh bulan itu menendang perlahan.
"Iye sayang. Mama tahu sayang rindukan Ayah." Tasnim mengusap lagi kandungannya itu.
Sebaik sahaja Tasnim pergi meninggalkan suaminya dan menetap di Kedah selama sebulan, dia mendapati bahawa dia mengandungkan seorang bayi hasil perkahwinanya dengan Rafiq.
Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 6:00 pagi. Tasnim segera bersiap untuk ke sekolah meneruskan perjuangannya sebagai seorang guru pula.
Rindu Tengku Rafiq Aydan? Tipulah jika tak rindu. Macam mana pun lelaki itu masih merupakan suaminya juga lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
Rafiq mungkin tidak akan kembali padanya meskipun mereka tidak bercerai. Iya lah. Jika benar Rafiq inginkan dia, sudah lama dia boleh jejaki Tasnim. Kedah bukan besar mana pun. Malah berjiran dengan Perak.
Rumah sewa itu terasa sunyi. Tiada seri. Dia rindukan ahli keluarganya. Dia rindukan suaminya.
Tasnim mandi bertemankan air mata kesedihan sekali lagi.
"Okay. Kerja minggu lepas seperti yang dijanjikan perlu hantar harini. Pastikan semua kerja ada atas meja saya sebelum loceng tamat sekolah" Tasnim berpesan kepada pelajar pelajar tingkatan 4 Sas2 yang mengambil aliran seni.
Dengan perut yang semakin hari semakin memberat dek kerana kandungannya yang sihat, Tasnim berjalan dengan kengkang menghala ke arah bilik guru.
Langkahnya terhenti apabila berasa kurang selesa.
"Cikgu nak saya tolong angkat beg ni?" Soal seorang pelajar tingkatan enam.
"Eh takpelah dah nak sampai pun"
Pelajar tersebut terus mengambil beg milik Tasnim dan berjalan disebelahnya. Tasnim menoleh memandang wajah pelajarnya itu.
"Aidil Azali?!"
Pelajar itu terhenti.
"Nama saya Aidil Husairi. Aidil Azali abang saya" Ujarnya dengan senyuman yang tidak ubah seperti Aidil Azali.
~
"Aku terima nikahnya Maghrifatul Adrina binti Husni dengan mas kahwinnya RM1500 tunai."
Sah.
Senyuman pada wajah kedua mempelai amat mempersona.
Siapa sangka perkataan Sah itu sahaja boleh membuatkan Adrina dan Rafiq tersenyum.
Tengku Rafiq Aydan bergerak kearah isterinya untuk upacara pembatalan air sembahyang.
"I'm so happy"
"Me too sayang" Balas Adrina.
~
Setelah tamat waktu berkerja, Tasnim terus masuk kedalam kereta dan terus bergerak pulang.
Sebaik tiba di persimpang untuk memsaku rumahnya, Tasnim terhenti. Mujur sahaja tiada kereta di belakangnya ketika itu.
Tanpa berfikir banyak Tasnim meneruskan pemanduannya.
"Kenapa aku tergerak nak balik rumah mama ni?"
Tasnim meneruskan jua pemanduan walaupun dia tidak tahu mengapa haris berbuat demikian.
Bayi didalam kandugannya menendang perutnya.
Air mata Tasnim jatuh.
"Ya Allah kenapa tiba tiba rasa sedih sangat ni" Tasnim merintih.
Pemanduan yang memakan masa hampir 3 jam akhirnya menemui jalan penamat.
Sudah hampir pukul 7 petang pada ketika dia tiba. Mujur sahaja dia sudah bersolat asar di RnR.
Memang benar gerak hatinya. Ada sesuatu yang tidak kena.
Kereta kereta mewah yang berada di luar rumah Mama menimbulkan satu tanda tanya namun dibiarkan sepi tanpa jawapan.
"Assalamualaikum" Tasnim memberi salam.
"Waalaikumusalam. Ya Allah Anim dah balik!" Jerit mamanya mengundang mata keseluruh warga rumah yang berada di ruang tamu.
Selepas bersalaman dengan mama, Tasnim dijemput masuk ke dalam rumah.
Para tetamu yang berada di ruang tamu turut disalam oleh Tasnim sebagai tanda hormat.
Tasnim terdiam seribu bahasa apabila melihat dekorasi rumah mamanya namum dia tidak mahu bertanya kerana dia rasa dia sudah punya jawapan bagi persoalan itu.
"Anim masuk bilik kejap ya." Tasnim bergerak menaiki tangga dengan langkah berhati hati.
Pintu yang satu ketika dahulu pernah dijejakinya selepas pulang dari so called bulan madu dibuka.
Banyak benda yang masih sama. Tiada yang berubah. Bunyi pili air diberhentikan kedengaran.
"Sayang, I told you jangan masuk bilik I lagi" Jerit suaminya. Dia yakin bahawa itu suaminya kerana walaupun telah berjauhan selama hampir tujuh bulan, Tasnim amat mengenali suara itu.
Air matanya ingin tumpah sekali lagi namun dia cuba untuk bertahan.
Pintu bilik itu dikunci.
Tasnim melepaskan lilitan seledang yang melemaskannya. Rambut ikalnya yang semakin panjang dibiarkan lepas.
Tasnim bergerak kearah balkoni cuba untuk menenangkan hati. Balkoni yang menghadap rumah sebelah yang tidak berpenghuni diamatinya.
Dia perasan akan tubuh suaminya yang hanya berbaju sweatshirt berwarna hitam dan masih memakai tuala di pinggangnya bergerak kearahnya.
Langkah Rafiq terhenti betul betul setapak di belakangnya.
"I know this smell. Tasnim"
Tasnim tersenyum kecil sebelum berpusing menghadap suaminya.
"I.. i " Rafiq tidak mampu berbicara apabila melihat Tasnim bersama perut yang besar menandakan dia sedang hamil.
"Can i get a hug?" Soal Tasnim. Belum sempat Rafiq membalas persoalan itu, Tasnim sudah merangkul suaminya.
"I miss you so much" kata Tasnim dalam esakannya.
Sebaik sahaja melepaskan rangkulan Tasnim terus memegang wajah suaminya. Bibir merah bak delima milik suaminya dirangkul semula.
Rafiq yang tidak tahu ingin bereaksi apa hanya mengikuti langkah isterinya.
Tasnim melepaskan ciuman itu.
"Hold him. He miss his papa so much" ujar Tasnim sambil menarik tangan suaminya agar menyentuh perutnya.
"Hope this time you'll enjoy your love life and Bila i dah bersalin nanti boleh i daftar nama anak kita ber'bin'kan nama you?" Soal Tasnim. Usapan pada perut Tasnim terhenti.
"Kenapa tanya I soalan tu. This is our son. Takkanlah tak boleh" Rafiq tidak tahu hendak apa reaksinya sekarang. Dia marah kerana soalan Tasnim namun dia tersangat gembira dengan perkhabaran baik ini. Rafiq mengenggam tangan Tasnim. Dia hampir lupa akan kesemua permasalahan yang berlaku.
"I balik dulu ya" Kata Tasnim sambil perlahan lahan melepaskan pegangan suaminya.
"But Anim.."
Tasnim bergerak ke pintu bilik tersebut dan dia memulas tombol pintu tersebut.
"Tasnim"
"Tahniah Adrina"
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...