HADIAH UTK AWAK SEMUA❤
Farah menampar kuat bahu Tasnim. "Anim kau dah gila eh nak melamar senior kita tu?" Tahun akhir sekolahnya akan tamat dalam beberapa bulan lagi. Kali ini Tasnim betul betul tekad dengan apa yang dia ingini.
Majalah sekolah tahun lalu dibuka semula untuk mencari maklumat tentang lelaki yang buat tidur malamnya tak lena. Bahagian anugerah pelajar terbaik dibuka. Tengku Rafiq Aydan. Wahh bukan biasa biasa crush dia ni. Dahla ambil jurusan sains tulen tambah pula subjek seni namun masih mampu mencapai keputusan yang sangat cemerlang iaitu 11A.
"NI ALAMAT DIA WEH!"
Farah tersenyum sinis. Dah memang buang tebiat diani. "Kalau betul lah kau tunang dengan dia kereta pertama kau nanti lima bulan straight aku bayar tak kesah la berapa sekalipun"
Farah mula buat deal tak masuk akal sebab dia tahu idea buang akal Tasnim ni tak akan berjaya.
Beberapa bulan setelah tamatnya spm maka bermulalah fasa baharu bagi seorang Tasnim Andrisya yang baru sahaja berumur 17 tahun. Atas saranan rakan-rakannya, dia mengambil keputusan untuk bekerja part-time di sebuah stesen minyak petron sebagai seorang cashier.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan sampailah dia sendiri boleh beza mana bau minyak ron 95 mana ron 97. Walaupun gaji tak seberapa tapi kira cukuplah untuk dia berbelanja sakan sepanjang cuti ni. Buat apa mau simpan duit boros sahaja ehhhh
"Ini bakinya ya kak. Terima kasih" Tasnim menghulurkan dua keping not RM10 kepada seorang perempuan yang layaknya lebih tua lima tahun mungkin daripadanya.
Telefon pintarnya berdering seketika menandakan ada whatsapp masuk. Setelah memastikan line clear dan tak ada pelanggan disekitarnya, mesej tersebut dibuka.
Fayaye yang cantik ❤💙💚💛
📩Mana janji mu sistur konon nak masuk minang abe senior kita huhhhh
Ahh sudah dah kenapa tiba tiba sahabat baiknya itu bertanya soalan cepumas waktu dia sedang bekerja ni alamak ai.
Fayaye yang cantik ❤💙💚💛
📩Mana janji mu sistur konon nak masuk minang abe senior kita huhhhh
Dah kenapa kakak ni.. 📨
I tengah kerja ni hmm📨
Btw shift i habis pukul 8pm nanti📨
Jangan lupa ambil la hubby ku syg📨📩Tak ada apa pun. Saja rindu bini kat tempat kerja
📩Alrite. Boss pukul 8:10pm saya sampaiLoceng pintu berbunyi menandakan ada seseorang masuk. Telefon bimbit segera ditutup. Bagai tahu namanya disebut sebut, tudia Tengku Rafiq Aydan muncul dihadapannya. Tasnim yang masih yak bersedia untuk bertemu dengan seniornya itu hanya menunduk menanti lelaki tersebut datang ke kaunter pembayaran. Sesekali terjeling jeling juga nak mengusha ehh eh eh bukan...nak tengok takut takut dia kebas dua tiga barang tak pasal pasal dia kena ganti nanti.
Lelaki itu menuju kearahnya dan Tasnim masih lagi menunduk.
"Dunhill merah satu kotak" Pintanya. Seakan akan terkejut dengan permintaannya, Tasnim mengangkat kepala.
"Hah?" Kononnya tak dengar
"Tasnim?"
Tasnim tersenyum kecil. Wah masih kacak malah bertambah tambah kacak lelaki yang diminati semenjak tingkatan 4. Masih sama seperti dahulu. Mukanya bersih dari sebarang misai atau janggut tapi masih nampak maskulinnya. Kulit putih bersih itu masih sama seperti kali terakhir dia nampak lelaki itu.
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...