Tasnim memandang stereng kereta dengan cukup lama. Cuba memikirkan sama ada ingin melarikan diri dari masalah atau nak teruskan peperangan bersama Mr. Pilot yang merupakan suaminya itu.
Tasnim meninggalkan lapangan terbang. Dia memandu semula ke rumah meskipun mengambil masa yang agak lama.
Setibanya di Kondominium, Kereta diparkir di tempat parkir khas bagi penghuni kondo tersebut.
Tasnim memandang kearah kiri serta kanannya. Setelah pasti bahawa tiada siapa di situ, Tasnim terus menekan hon dengan kadar lama.
Cermin kereta diketuk dari luar. " Miss, are you okay?" Tanya seorang pak guard yang sedang bertugas.
Tasnim membuka pintu keretanya. "Maaf, maaf saya ternampak lipas terbang tadi"
Pak Guard yg memakai nametag Salman itu hanya menggeleng-geleng kepalanya. "Miss, please lain kali kalau lipas jadi kamen rider pun janganlah tekan hon lama lama macam tadi. Menganggu ketenteraman orang lain disini." Leter pakcik Salman bukan khan.
Tasnim hanya tersengih kerang selepas mendengar leteran Pak guard tadi. Setelah mengucapkan terima kasih, Tasnim naik ke tingkat paling atas untuk ke penthouse milik mereka
Kata kunci dimasukkan."Eh salah?" Tasnim menggumam sendirian.
Tasnim menekan semula kata lalun tersebut. 1708
"SALAH LAGI?!"
Setelah cubaan keempat, Tasnim tidak dibenarkan untuk memasukkan kata kunci lagi. Tasnim mula menyelongkar beg miliknya. Cuba mencari sekiranya terdapat kad akses penthouse tersebut. Malangnya tiada.
Tasnim mencapai telefon bimbit miliknya. Dia menelefon suaminya.
Setelah deringan ketiga, Suara suaminya bergema menembusi corong speaker.
"Hmm apa?"
"Saya kat luar, nak masuk"
"Tekan la password. haduii"
"You've changed it Encik Rafiq Aydan. Saya bukan biul sangat"
"Wahhh tahniah cikgu yang tak biul, Maknanya awak paham la yang ini rumah saya seorang."
"What do you mean?"
"Cari rumah baru"
tutt tuttt tuttt
Talian dimatikan. Berani betul mamat ni main mainkan aku.
Tasnim menelefon semula suaminya itu.
Talian terus diangkat. Bersyukur dia.
"Open it or i'll break it."
"Macam lah kuat sangat"
"Cabar saya Tengku Rafiq Aydan? Ok"
Talian dimatikan oleh Tasnim.
Dia mungkin tak buat background check terhadap isterinya itu. Seorang Tasnim Andrisya mempunyai black belt in Taekwando.
Tapi kalau tendang sahaja pintu tu memang takkan tercabut lah. Maka, fire extinguisher yang berada di sebelah pintu itu diambil.
Sekali hentakan terhadap automatic door lock system itu menyebabkan ianya rosak. Terus Alarm yang dipasang berbunyi dengan nyaring.
Rafiq Aydan terus bergegas keluar apabila alarm berbunyi dengan nyaring sekali.
"TASNIM! APA YANG AWAK BUAT NI?!"
"I told you, jangan cabar kan." Balas Tasnim bersahaja.
Rafiq Aydan mula naik tangan. Tasnim mencapai tangan itu dan memulas tangan suaminya itu kebelakang.
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...