limabelas

4.9K 196 27
                                    

Setelah selesai urusan pengebumian Tengku Nawwal Malaika Binti Tengku Rafiq Aydan selepas solat zuhur, Rafiq terus bergegas ke hospital semula ingin melihat keadaan isterinya.

Sebaik sahaja dia mendapat berita daripada Aidil dia tidak dapat mendiamkan diri. Jahitan luka isterinya terbuka semula kerana terlalu banyak bergerak.

Setibanya di Hospital, Rafiq terus pergi ke bilik isterinya.

"Sayang. Abang datang ni" Panggilnya meskipun dia tahu bahawa Tasnim sedang tidur.

"Tengku Nawwal Malaika. Sebuah pemberian bidadari. Kita sayang dia sangat sangat sayang namun Allah lebih sayangkan dia." Ujar Rafiq teresak.

'Kau tak pernah sayang dia Rafiq.' Rintih hati Tasnim yang mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

Tasnim terasa seluruh dunianya dimatikan. Dia tidak tahu ingin bereaksi apa. Dia hanya mahu mendiamkan diri. Dia dapat merasakan bahawa Rafiq bangun pergi meninggalkannya. Mungkin ingin solat kerana sekarang sudah masuk waktu asar.

Selepas insiden yang berlaku subuh tadi, Tasnim telah dipindahkan ke ward kelas satu dimana wad persendirian diletakkan.

Pintu biliknya diketuk.

"Assalamualaikum dik. Makanan petang dah sampai" ujar petugas yang sedang meletakkan makanan diatas meja katil.

"Emm kak tolong saya kejap. Saya nak bangun" pinta Tasnim.

Petugas tersebut membantu Tasnim untuk bangun duduk. Selepas sahaja dia selesai membantu Tasnim, dia pergi meninggalkan Tasnim.

Makanan dipandang sepi. Tidak terasa sepeti ingin disentuh makanan tersebut.

Sakit bengkak susunya diabaikan. Sakit yang dirasakan seluruh tubuhnya juga sudah tidak membawa apa apa makna. Anaknya sudah pergi. Kini dia hanya ingin pergi dijemput bersama anaknya.

"Tasnim" Panggil seorang wanita tua. Umi.

Umi Tasnim terus berlari anak kearah anak perempuannya. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Air mata tuanya jatuh menitis.

"Umi. Anim taknak bersama Rafiq dah. Dia tak sayang Anim dah umi. Anim taknak ada apa apa dengan dia dah umi. Tolonglah"

Uminya terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya. Tasnim cuba dipujuk agar tidak berkata begitu namun sebaliknya yang berlaku.

Tasnim menceritakan segala-galanya pada kedua orang tuanya itu.

Abah Tasnim yang mendengarkan permasalahan anaknya itu terus keluar dari bilik tersebut dan duduk di kerusi luar.

Rafiq yang ternampak bapa mertuanya itu terus mendapatkan orang tua itu. Tangan dihulur untuk bersalam. Namun tidak disambut olehnya.

"Rafiq. Abah beri tangan puteri abah untuk kamu pegang dan jaga. Tapi abah rasa sekarang abah nak mintak kamu lepaskan tangan dia. Abah sakit tengok satu satunya puteri abah menangis terseksa sebab kamu." Pinta Abah Tasnim tegas.

Rafiq terasa lemah lututnya mendengar permintaan bapa mertuanya itu. Dia terus melutut. Tangan lelaki tua itu dipegangnya.

"Abah. Rafiq minta maaf. Rafiq sangat sayangkan Tasnim. Sangat sayangkan dia. Janganlah macam ni abah" Pintanya. Air mata jantannya jatuh buat kesekian kalinya.

"Kalau kamu sayang anak abah kamu takkan kawin lain. Tinggalkan dia terkontang-kanting. Kamu takda disamping dia sepanjang dia mengandung. Malah kamu nikah satu lagi." Air mata tuanya jatuh mengenangkan nasib perkahwinan anak perempuannya itu.

Aidil yang berada berdekatan mendengar segala butir percakapan mereka. Ahli keluarga Rafiq yang berada disebelahnya terdiam. Riak wajah mereka sedih. Wanita yang berada di belakang ibu tua itu kelihatan sedang menahan sakit.

Dia tidak mahu masuk campur urusan keluarga itu namun apabila dia melihat wanita yang bersama kandungan mungkin dalam 3 bulan itu menahan kesakitan, naluri kedoktorannya muncul tanpa diminta.

"Puan boleh bagitahu rasa sakit yang macam mana puan rasa sekarang?" Soal Aidil.

"Mencucuk" Jawabnya sepatah tanpa mengendahkan Aidil. Matanya masih melekap memandang suaminya yang masih melutut.

"Ikut saya sekejap. Kita check baby boleh tak?"

"Tak perlu. Kejap lagi okay la."

"Awak doktor juga kan. Saya rasa awak tahu komplikasi kalau baby ada masalah sekarang dan awak tak nak check" Adrina tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

Dia segera bergerak mendapatkan suaminya yang fitinggalkan melutut.

"Abang. Bangun la" Pinta Adrina lalu menarik tangan suaminya itu.

"Rafiq. Anim nak jumpa Rafiq." Panggil ibu mertuanya.

Rafiq melepaskan pegangan Adrina. Dia bergegas lari masuk kedalam bilik isterinya.

"Anim..."

"Lafazkan talak awak sekarang please" Pinta Tasnim

"sayang. Apa awak cakap ni"

Rafiq terus memeluk isterinya.

"Lepaslah" Tasnim menolak pegangan suaminya itu.

"Saya sayang awak Tasnim..Jangan buat macam ni please"

Tasnim diam. Pandangannya seolah olah berubah. Dia terus menerus memandang sesuatu disebelahnya.

"Shuhhh.."

Rafiq mengangkat kepala memandang Tasnim.

"Jangan buat bising. Nawwal nak tidur lah. " Ujar Tasnim seraya merenung tajam mata Rafiq.

"Awak keluarlah dulu saya nak susukan Nawwal. Saya tak suka awak ada dekat sini. Soal penceraian kita bincang nanti" Ujar Tasnim seraya mengangkat sesuatu disebelahnya.

"Shuhhh tidurlah sayang... nanti papa Aidil datang tengok Nawwal pulak ye" Kata Tasnim sambil mendodoikan angin.

"Tidurlah sayang. Mama ada ni"



Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now