"Kau betul ka suka dia weh?" Soal Farah.
"Huhu gila tak suka dekat ketua pengawas kita tu" Balas Tasnim. Tasnim memandang ketua pengawas yang merupakan idaman semua pelajar perempuan.
Nur Yusuf bin Halim. Ketua pengawas bagi batch ini. Dia merupakan senior bagi Farah dan Tasnim.
"Wei Tasnim! Aku benci gila crush kau. Kerek nak mampus" Farah membentak.
Tasnim yang baru sahaja selesai kunyahan terakhir nasi lemak pada waktu itu terus tergelak. Itulah rutin Farah hari hari. Membentak kerana kerja pengawas yang terlalu banyak.
"Malaun mana lah yang undi aku waktu pemilihan pemangku presiden majlis pengawas ish!" Farah terus mengadu.
"Kau tak nak makan ke?" Soal Tasnim.
"Nak la emm" Balas Farah. Tasnim terus menghulurkan nasi lemak ayam yang dibelinya siap siap kerana tahu Farah tidak akan sempat makan kerana perjumpaan pengawas.
"Wei Faya. Aku nak confess la dekat Yusuf. Sebab tak lama lagi sekolah nak tamat. Tahun depan dia dah tak da"
Pufff
Nasi lemak yang dimakan oleh Farah tersembur. Mujur sahaja tidak kena pada wajahnya.
"WOI MAKAN SOPAN SIKIT" Marah Tasnim. Geram.
"WOI KAU TU NAK CAKAP TAK TENGOK KIRI KANAN" Balas Farah. Gila tak terkejut. Bestfriend dia yang introvert ni nak confess. Berani teruk.
"Okayyy sorry la. By the way, Ni surat and chocolate dari buah hati kau Si Safwan Ali" Tasnim menyerahkan kiriman itu pada Farah.
Safwan Ali. Classmate si Tasnim. 4Art1. Pelajar Art stream. Kacak orangnya. Kaya pulak tu. Hari hari balik dari sekolah ada kereta yang datang menjemput. Takde la bodoh mana. Cerdik la juga. Tapi bak kata Farah, Tak setaraf.
"Burung merak tu tak boleh move on ka? Serabut la" Farah geram. Hampir setiap hari pasti akan ada surat. Bukan dia tidak terharu. Siapa tak nak berkenalan dengan Safwan Ali? Pelajar popular kerana dia menjadi Kapten Pasukan bola sepak dan membawa pulang trophi kemenangan. Tak cukup dengan itu, dia merupakan pendebat bahasa inggeris yang berjaya membawa pasukan debat sekolah ke peringkat kebangsaan.
Tapi satu ja. Dia tu player. Semua perempuan dia nak. Itu yang Farah tak suka.
Bunga Mawar jangan dipetik,
Biar kembang mekar setaman.
Matamu bersinar dengan cantik,
Renungan matamu membuatku nyaman.-selalui menyukaimu, safwan.
"Kau baca lah ni Anim. Nama ja budak art. Tapi pantun kelaut" Farah mula membebel.
Tasnim hanya tersengih. Coklat yamg tidak terusik dihadapan Farah dicapai. Farah takkan makan coklat yang diberi oleh Safwan. Sebabnya Farah nak jaga badan.
Itulah Farah. Dia nampak sangat cantik atas usahanya sendiri. Berpantang makan. Tapi entah mengapa nasi lemak kantin ni dia tak boleh nak lepas.
Sebaik sahaja rehat tamat, Mereka berdua masuk ke kelas masing masing.
'Aku tak kira. Aku nak confess dekat Yusuf harini jugak'
-
"Okay pelajar semua. Harini saya ada bawa senior kamu yang ambil art seramai 7 orang. Kamu akan dipimpin oleh mereka. Oh satu lagi, senior kamu juga tapi dia science stream tapi ambil subjek art." Terang Puan Yasmin, guru kesukaannya.
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...