Sembilan

6K 250 17
                                    

Setelah beberapa hari Tasnim bertapa di rumah kembarnya, Dia segera mengangkat beg untuk pulang. Mana taknya suami kesayangan akan tiba di Taiping tak lama lagi, Dia pula perlu meneruskan pekerjaannya setelah dua hari cuti.

Sebelum pulang ke rumah, Tasnim singgah sebentar di Tesco untuk membeli beberapa barang dapur untuk dimasak. Sedang leka dia menolak troli ke arah bahagian ikan, dia terlanggar susuk tubuh yang berhadapan dengannya, lebih tepat menghalang pemandangannya. 

Lelaki yang lebih kurang 178cm berpakaian kemeja blueblack bersama seluar jeans gelap memandang gerangan yang melanggarnya sebentar tadi.

"Oopps maaf tak sengaja."Ujar Tasnim. Tasnim memerhati seraut wajah lelaki itu.Ahhh masak jangan kata...

"Tasnim?"Soal lelaki itu.

Tasnim menjongket keningnya erkkk..Macam mana ni. Tasnim tersenyumkecil sebelum membuka langkah besar lari dari pandangan lelaki itu. Mujur sahaja trolinya masih kosong.

"Ya Allah hidup lagi mamat kerek tu."Tasnim mengomel kepenatan disebali rak-rak minuman tin.

Lelaki tadi merupakan lelaki yang paling dia tidak suka. Baru sahaja pulang dari luar negara emm.. Mana tah Huzair cakap haritu UK? Ha.. Lari daricikgu. Konon mak bapak tak restu jadi cikgu. Almaklumlah anak bangsawan.

Ape entah nama lelaki tu..Lupa pula.

Dia memandang sekitarnya.Mujur lelaki itu tidak mengejarnya. Dalam banyak banyak tempat kat dalam Malaysia n, dia pilih untuk datang ke Taiping,Perak kenapa!!!

Aish tak boleh jadi ni. Tasnim bergerak semulamenuju kearah bahagian basah dengan harapan bahawa lelaki itu sudah berambus.

Bukan dia tak suka jumpa kawan lama, cuma dia tak suka langsung dengan lelaki itu.

'Yes mamat selenga tu dah tak da!'Umpat Tasnim dalam hati.

Dengan penuh rasa tenang, Tasnim bergerak semula ke bahagian ikan-ikan segar. Ikan yang dicari sudah dijumpai.Ikan patin dan ikan pari.

"Ikan patin masak tempoyak dengan ikan pari bakar, Ya Allah kecur liur aku!" Omel Tasnim.

"Assalamualaikum!" Sergah seseorang.Ah Masak! Kenapa dia kembali ke sini!

Tasnim pusing kearah lelaki tersebut.

"Ya Allah, Safwan Ali boleh tak kalau tak sergah orang" Marah Tasnim

"Eh ada mulut nak menjawab rupanya..Ingatkan dah tak da mulut dah ha.. Hilang waktu lari.." Perli si Safwan.

Ya Allah Kang ada orang kena lempang kang. Ha nampak tak kenapa Tasnim tak suka gila dengan mak jemah ni.

Mereka berdua bergerak bersama-sama kearah kaunter pembayaran. Tasnim tak jadi nak membeli belah dek kerana lelaki tak siuman ni mendesak dia untuk ikut bersama.

"KIta pergi kedai Thai kat bawah nak? Kau kan suka makanan Thai." Ajak Safwan. Ya Rabbi, Sejak bila lelaki ni tau yang Aku suka makanan Thai. Dia korek manalah rahsia ni.

Mereka berdua bergerak bersama-sama ke kedai Thailand yang menyajikan makanan-makanan sedap disitu. Setelah duduk mereka berdua didatangi pelayan. Mereka berdua memesan makanan mengikut citarasa masing-masing.

"Kau nak cakap something ka dekat aku?" Soal Tasnim tanpa berselindung.

"Suami kau tunang orang." Ujar Safwan tanpa berlapis.

Ahhh mak jemah ni, cakap biar berlapis.

"Dah tau lama dah bang. Kau ada masalah ke?" Soal Tasnim sinis. Dia malas nak melayan perasaan cengengnya saat ini.

"Oh dah tau tapi kau still rampas,Perempuan jenis apa kau ni hah?" Bentak Safwan

"Hey, Kalau kau datang nak bagi komen pedas tak berbayar baik tak payah jumpa aku lah. Cerita ni kau tau dari mana?" Tasnim separa menengking.

"Look sorry, aku malas panjangkan cerita. AKu tak sengaja pon nak keluarkan topik ni..Cuma aku teringat akan apa yang kawan-kawan ayah aku pernah share. Ayah mertua kau kan ada syarikat perkapalan, so kami ni one of the shareholder so, aku terdengar la cerita kurang enak ni." Jelas Safwan

Tasnim meraup wajahnya. Stress mungkin. Ahhh Tolonglah berhenti sebarkan cerita ni.

"Abaikan pasal kau.Tasnim, tolong aku."

"Tolong apenya?"

"Aku nak Faya."

WHATTTTT

Tasnim pulang ke rumahnya dan segera masak makanan yang hendak dia masak. Suaminya bakal tiba tak lama lagi, jadi dia perlu masak dengan segera.

Puas berhempas pulas masak di dapur, dia dengan segera mandi kerana risau akan bau tempoyak melekat pada bajunya.

Setelah siap mandi, Tasnim bergerak keluar dan duduk di ruang tamu.

Tasnim mencapai kerja sekolah yang diberikan olehnya kepada pelajar. Hasil seni catan yang menarik perhatiannya diperiksa dengan teliti. Markah-markah yang diberi berdasarkan kriteria sebelum dia meletak tepi kerja itu.

Bunyi passcode yang ditekan dipintu membuatkan Tasnim terhenti. Dah balik agaknya suaminya itu.

"Assalamualaikum." Ujar Rafiq.

"Waalaikumusalam." Tasnim bergerak karah Rafiq. Blazer serta beg milik Rafiq diambil. Muka kepenatan Rafiq membuatkan Tasnim berasa kasihan.

Blazer dan Beg diletakkan dalam bilik mereka. Tasnim melihat Rafiq yang segeramerebahkan tubuhnya keatas katil.

"mandilah dulu, Lepastu makan baru tidur ok?" Ujar Tasnim

"Five minutes more?"

Tasnim menggeleng lemah. Penat benar suaminya itu.

"Tengku Rafiq Aydan bangun. It has been more than five minutes!" Marah Tasnim dari luar.

Rafiq bangun dengan segera kerana risau diktator itu akan membunuhnya jika tidak bangun dengan segera.

Rafiq mandi dengan segera dan terus keluar untuk makan.

"Masak apa harini?"Soal Rafiq

"Patin tempoyak dengan Pari bakar."

"Aku tak suka durian lah."Keluh Rafiq

"Durian apenya, Tempoyak lah."Ujar Tasnim.Geram

"Still durian kan."

"Eleh, Rina makan je durian." Ujar Tasnim perlahan. Hampir tidak didengari.

"What Tasnim Andrisya! Apa awak kata!" Rafiq benar-benar terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Tasnim sebentar tadi. Kiranya Tasnim sudah tahu lah mengenai hal ini.

"Apa lagi yang awak tahu Tasnim?" Soal Rafiq dengan nada yang naik satu oktafnya.

"Everything Tengku Rafiq Aydan" Keluh Tasnim

"Huh. Senang kalau kau dah tau semua, I don't need to pretend anymore right?" Ujar Rafiq sinis.

p/s- Sorry baru update setelah berbulan-bulan haha, Finally dah lenggang sikit masa. tak busy sangat haha. Sorry for those yang menunggu kesinambungan cerita ni. I love u gais muah muah muah. Reach 1K before next update ya babe, nanti kita panjangkan sikit.Sorry for making u gais wait.Much love, P

Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now