Tasnim melihat jam dinding di kelas yang dia sedang mengajar.Waktu berdetik dengan sungguh pantas sehinggakan dia tidak perasan akan waktu mengajarnya sudah tamat.
Setelah murid-murid memberikan ucapan terima kasih, Tasnim melangkah keluar.
Telefon bimbit berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Tasnim mengambil telefon tersebut daripada beg tangannya.
From- My Husband
-Arrived at Miri just now.Gonna stay here for two days and then gotta meet u soon babe, Good luck in teaching ur student.Tasnim tersengih apabila membaca mesej tersebut.Tasnin masuk kedalam bilik guru.Oleh kerana harini dia mempunyai jadual yang sangat lenggang jadi dia pulang awal.
Kunci kereta yang berada didalam beg tangan dicapai.Sambil dia mencari tangannya terpegang sesuatu.Benda yang asing itu diambil.
Gelang?Apa yang dia pasti gelang itu bukan miliknya atau 'bakal menjadi miliknya'.Gelang itu dibelek.
AyAd? Milik siapa..Tak mungkin milik sesiapa yang dikenalinya kerana nama itu asing baginya.
Dia cuba meningati sesuatu yang agak samar-samar baginya.Ya! Rafiq pernah menelefon seseorang di Manchester..
Tasnim mengabaikan apa yang dipikirnya.Dia pulang kerumah dengan segera.
Setibanya dirumah, Tasnim terus mandi dan melakukan apa-apa yang patut terdahulu.Setelah selesai mandi, Dia bersolat mohon untuk diberi petunjuk.Naluri seorang isteri mula merasakan ada yang tidak kena.
Setelah puas berbicara dengan tuhan yang Esa, Dia bergerak ke bilik pilot milik suaminya.Didalam bilik itu dia cuba melihat apa-apa yang menarik perhatiannya.
Setelah puas merenung setiap sudut didalam bilik itu, Tasnim bergerak pula kearah almari berdekatan yang menempatkan epaulette milik suaminya di atasnya.Apabila diperhatikan, Dia pasti di bahagian bawah sekali mempunyai sebuah buku.
Almari yang tidak berkunci itu dibuka.Oh..Catatan harian suaminya sepanjang berada di Akademi penerbangan.
'Nak baca atau tak' Pikirnya.Akhirnya dengan tanpa melengahkan masa, Tasnim membuka buku itu lalu dibacanya satu persatu.
Memori yang manis dan pahit dicatat didalam buku itu.Apabila tiba di satu muka surat, Dia berjeda.Gambar polaroid seseorang.Yang pastinya bukan salah seorang ahli keluarga Tengku Rafiq Aydan.Dia sangat cantik..Sangat cantik bertudung hitam dan berbaju kurung moden berwarna cream.
Maghrifathul Adrina Bt Husni, Be mine
Tamparan hebat.Itulah yang dirasa Tasnim.Siapa sebenarnya dia ni?
Kekasih lama?
Secara tiba-tiba, Perbulan telefon antara Rafiq dan seseorang bermain semula di fikirannya.
Jadi, Ini bukan kekasih lama, Tetapi kekasih semasa.Aish..Bukan semasa tetapi..Sekarang..
Tasnim berlari masuk kedalam bilik tidurnya.Beg tangannya dicapai lalu gelang tangan yang dijumpainya dibelek semula.
Kalau berdasarkan lojik fikirannya sekarang, AyAd
Aydan dan Adrina..AyAd..Adakah ini semua benar?
Segala-galanya dirasakan tidak real! Tasnim bergerak ke almari pakaiannya.Sedang dia menyelak segala jenis benda yang berada didalam almari itu sesuatu jatuh betul-betul dihadapan kakinya.
Walimatul Urus
Tengku Rafiq Aydan dan Maghrifathul AdrinaTerasa seolah-olah tercabut jantungnya.Dia hanya pinta sedikit sahaja petunjuk dari Allah..Tetapi kini segala-galanya terhidang di depan mata.
Tasnim Andrisya bukanlah seorang yang dungu.Malah dia telah dikurniakan dengan IQ yang tinggi untuk menganalisis apa yang difikirnya.
Suaminya itu mempunyai hubungan istimewa sebelum dan selepas mereka berdua kahwin.
'Aku perampaskah?'
Buku catatan milik suaminya itu dicapai semula lalu dibaca apa-apa info yang boleh dia perolehi mengenai Adrina ini.
Mereka pernah bertunang, Beberapa minggu sebelum Tasnim dan Rafiq bernikah.Ya Allah!
Terasa berpinar-pinar otaknya.
Setelah dibelek buku itu, Dia menjumpai nombor telefon milik Adrina.Harap-harap dia masih menggunakan nombor tersebut.
Samsung S5 miliknya dicapai.
Setelah ditekan nombor telefon tersebut, Mesej ditaip.
To-+60 195 123 75
-Assalam, Maghrifathul Adrina..Saya Tasnim.Saya nak jumpa awak.Urgent! Tolong call saya kalau awak boleh jumpa saya.Mesej itu dihantar.Pelik.Itulah yang dirasakan oleh Tasnim.Kenapa tiada setitik pun air mata yang mengalir dari tubir matanya.Kalau dalam novel yang dibacanya, air mata yang tumpah boleh diisi tiga baldi air.
Ok jom nangis sekarang!
Sebaik sahaja otaknya berkata begitu air matanya terus mengalir.
Telefon bimbit berdering menandakan ada panggilan yang masuk.Panggilan itu dijawab.
"Assalamualaikum, Tasnim ka? Boleh saya tahu kenapa nak jumpa saya?"
Salam itu dijawab didalam hati.
"Tengku Rafiq Aydan bin Tengku Taufiq.It is all bout' him"
"Tasnim duduk di mana? Saya tinggal di Taiping? Boleh ka kita berjumpa?"
"Ok then, Tutti Frutti, Taiping Central.Esok,around 3 p.m."
"Ok.Jumpa esok.Assalamualaikum"
Panggilan itu dimatikan.Baru sahaja satu panggilan tamat, Tasnim menerima satu lagi panggilan dari rakannya yang bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah.Huzair.
"Assalamualaikum, Tasnim..Ingat tak lagi, Permohonan kau untuk tukar ke Kedah?Ada satu kekosongan di Sungai Petani..Dia orang nak dengan segera..Sebab kena mengajar budak form 5..Kan SPM tak lama dah.."
Sedas sahaja si Huzair tu bercakap.
"OK.Give me a day to think bout' it.Thanks Huzair"
Panggilan tersebut ditamatkan.Tasnim duduk diatas sofa dalam biliknya itu.Dia berfikir sejenak.
"Tunggu kau,Mr.Pilot.Aku nak main tarik tali dengan kau!"
●◆●◆●
Selepas ni saya nk buat mcm ni, Bg siapa yg baca HMPILY/Hey,Mr Pilot I Love You...Saya akan update chapter baru selepas sahaja, reader untuk satu chapter tu mencecah 1K
#SayaKejam hahaha.
Muah Setempek
YOU ARE READING
Hey Mr.Pilot I Love You!
RomanceDia si Pilot yang berkarisma.Tengku Rafiq Aydan. Dia pula si Guru yang berkaliber.Tasnim Andrisya. Di jodohkan bersama.Cuba hidup bersama.Si gadis cuba menerimanya.Tetapi si lelaki pula tidak cuba menerima segalanya. Ditambah pula pertunangan rahsia...