Empatbelas

4.6K 192 8
                                    

"Astaghfirullahalazim"

Tasnim mengucap panjang apabila tersedar dari lenanya dek kerana mimpi sewaktu sekolah menengah.

Tasnim mengusap perlahan perutnya.

"Sayang?"

Tasnim berasa aneh. Selalunya apabila dia mengusap kandunganya itu, pasti sahaja bayinya akan bergerak-gerak. Namun tidak pada kali ini.

Tasnim gagahkan diri untuk bangun dari tidurnya dan menukar pakaian. Dia harus ke hospital dengan segera.

Jam dinding dikerling. Pukul 3:45 pagi. Dia tahu kudrat wanitanya tidak mampu untuk memandu sekarang ini kerana kesakitan yang terlampau mula dirasai.

Telefon bimbit dicapai.

"Aku nak telefon sapa ni? Aduhhh aku mana boleh nak drive time time macam ni"

Tasnim tidak berfikiran panjang. Kunci kereta miliknya dicapai. Tudung naelofar yang dibelinya dipakai. Segala kelengkapan bayi dan dirinya yang baru sahaja dibeli minggu lepas dicapai.

Dengan langkah yang perlahan Tasnim melangkah ke kereta miliknya. Kereta dipandu laju keluar dari kawasan rumah sewanya.

Setibanya di hospital, kereta terus diparkir diluar kawasan kecemasan.

Pembantu keselamatan yang bertugas di kawasan sekitar itu terus berlari mendapatkan Tasnim.

"Maaf puan. Puan tak boleh parking disini" ujar pembantu keselamatan itu.

Tangan pembantu keselamatan itu dipegang Tasnim. "Pakcik, tolong saya.."

Pembantu keselamatan tersebut tidak berfikir panjang dan terus mengambil kerusi roda untuk membantu Tasnim.

Tasnim diserahkan kepada jururawat yang bertugas. Setelah menyelesaikan prosedur yang ditetapkan Tasnim terus dibawa masuk ke dewan bersalin.

"Puan akan dibedah caesarean, Baby dalam keadaan kritikal so kami perlukan tandatangan waris puan sekarang juga. " Jelas doktor yang bernama Jusra itu.

"Apa yang dah terjadi dengan anak saya doktor tolonglah lagipun saya tak ada waris yang berdekatan doktor." Balas Tasnim

"Emm puan boleh tak contact waris puan  untuk kebenaran pembedahan sebab puan akan dibius sebentar lagi" Dokter tersebut memandang Tasnim dengan wajah serba salah.

Baru sahaja Tasnim ingin mengambil telefon bimbitnya untuk menelefon orang tuanya, dia pengsan. Paramedik yang bertugas segera membantu Tasnim.

Lampu yang menyilau matanya membuatkan dia berasa ingin mencelikkan matanya. Mata cuba dibuka. Pergerakannya cuba dihadkan. Terasa sangat sakit dibahagian separuh badannya dibawah.

Tangan cuba diangkat dengan segala kudrat yang ada untuk mencapai gelas yang berada disebelahnya. Namun batas tenaganya menghadkan pergerakannya.

'Pranggg'

Pecah berderai gelas tersebut. Jururawat yang berdekatan terus pergi mendapatkan Tasnim setelah terdengar bunyi tersebut.

"Akak okay tak ni?" Soal jururawat yang terlihat jauh muda darinya. Mungkin pelajar kejururawatan.

"Haus. Naik air" Tasnim menjawab.

Jururawat tersebut tersenyum sebelum keluar mengambil cawan miliknya kerana cawan milik Tasnim sudah pecah.

Sekembalinya dia kedalam bilik tersebut air terus dituang kedalam cawan. Gelas yang pecah tadi juga segera dibersihkan olehnya.

"Mana baby?" Soal Tasnim pada jururawat tersebut.

Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now