Tujuh

10.6K 404 24
                                    

Selepas sahaja tamat waktu mengajarnya, Tasnim dengan segera mempersiapkan diri untuk ke Taiping Central.Setelah pemanduan yang memakan masa hampir 24 minit.

Akhirnya dia tiba di Taiping central.Tanpa melengahkan masa Tasnim terus keluar dari perut kereta dan bergegas ke tempat yang dijanjikan setelah lewat 15 minit dari masa yang dijanjikan.Inilah janji melay--- Uppss..Janji Tasnim sebenarnya.

Dia tercari-cari wanita yang dia ingin bertemu.Setelah pasti bahawa wanita yang memakai baju kurung berwarna hitam tersebut ialah serupa dengan wanita yang berada didalam gambar polaroid milik suaminya, dia bergegas melangkah kearah wanita itu.

"Adrina?" Soal Tasnim.Adrina mengangguk dengan senyuman yang tak lokek di bibirnya.Huluran salam dari Adrina disambut.

Dah alang-alang ada di Tutti Frutti, Apa lagi? Makan Froyo lah jawabnya.Tasnim mengajak Adrina untuk mengambil Froyo yang disediakan.Bagi Tasnim yang sememangnya Choco-holic dia mengambil Choco Froyo manakala, Adrina mengambil Vanilla froyo.Pelbagai topping diletakkan.

Mereka berdua kembali duduk di tempat yang mereka berdua telahpun duduk sebentar tadi.

"Emm..Ada saudara awak pernah berjumpa saya ka? "Soal Adrina secara tiba-tiba.Soalan itu dibalas dengan gelengan dari Tasnim.

"Owh..But seriously you look like one of my male patient." Kata Adrina.

"Then, It must be my twin.Cuz we're identical twin..And perhaps..Are you a doctor?" Soal Tasnim.

Hanya perkataan ohh..dan ya yang dapat didengari.Gadis yang berada di hadapannya ini sememangnya cantik.Dia memang tak boleh nafikan fakta tersebut.

Mereka berdua makan dengan penuh senyap.Tiada siapa yang berani memecah kesunyian tersebut.Sehinggalah soalan dari Tasnim membuatkan Adrina tersentak.

"Awak tunang Rafiq Aydan?" Soal Tasnim yang berwajah agak serius.

"Ya saya tunang dia..Macam mana awak tahu?"

"Then, This must be yours" Ujar Tasnim seraya menghulurkan seutas gelang.

Adrina menyambut huluran itu dengan wajah yang berseri.Sudah lama dia mencari gelang itu.

"Adrina, Awak pernah tak dengar orang kata di awal perkahwinan segalanya manis sehinggalah tiba di waktu pertengahan..Kena hati-hati sebab banyak ujiannya.." Tasnim memandang wajah ayu milik Adrina yang bertudung litup itu.

"Apa yang Cik Tasnim cuba sampaikan ni? Saya tak faham.."

"Im sorry but, Your fiancee is my Husband"

▶♥◀

Rafiq mencapai telefon bimbitnya.Dua nama panggilan wanita yang berada didalam kenalannya kegemarannya dipandang.

Rinayang
Tasnim Andrisya .

Nama Tasnim diabaikan.Rinayang pula yang menjadi pilihannya untuk ditelefon.

Selepas beberapa saat menanti, akhirnya suara wanita yang menjadi pujaan hatinya menyapa gegedang telinga.

"Assalamualaikum"Sapa suara dihujung talian.

"Wassalam, Ya Makmumku.." Jawab Rafiq cuba berseloroh dengan Adrina.

"Awak ada apa nak telefon saya ni hah Aydan?"

Aneh.Itu yang dirasakan oleh hati lelakinya.Kenapa suara wanita pujaannya ini sangat dingin.Tak seperti selalu.

"Rina sayang..Kenapa ni?" Soalnya.

Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now