tujuhbelas

5.3K 158 10
                                    

"Animm kau okay tak" Panggil Farah. Tasnim mahu bersembang dengan sahabat baiknya itu namun mulutnya tidak mampu berkata-kata.

"Nak air tak?" Tanya Farah. Tasnim mengangguk. Farah menyuap air kepadanya. Setelah berasa ringan mulutnya, Tasnim cuba bersembang dengan Farah.

"Aku rindu kau. Aku rindu Nawwal" Katanya. Farah tersenyum kecil seraya memeluk tubuh yang semakin kecil semenjak hari pernikahannya. Farah mencapai tangan kecil ibu yang sedang bersedih itu.

"Kau kena kuat Anim. Tak elok lah kau macam ni"

Tasnim mengangguk kecil. Tangannya yang diusap oleh Farah dipegang erat. "Aku nak bercerai"

Farah nyata terkejut dengan apa yang diungkapkan oleh tasnim. Namun dia tidak mampu memberikan apa apa nasihat kerana dia tidak berada didalam kasut Tasnim.

"Tasnim Andrisya, kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau"

"Aku akan sentiasa membantu kau"

Setelah selesai segala proses daftar keluar Tasnim pulang ke rumah sewanya ditemani Farah. Farah membantu tasnim untuk mengemas rumah kecil itu sebelum beransur pulang kerana kekangan kerja di Liverpool. 

"Keep on update to me okay Anim? Aku balik dulu tau takut nanti terlepas flight malam karang." Tasnim tersenyum sebelum menolak badan ramping itu keluar dari rumah sewanya. Sebaik sahaja dia pasti bahawa Farah sudah tidak berada di sekitar kawasan rumahnya, Air matanya jatuh lagi. Dia meraung akan pemergian Nawwal. 

Pintu rumahnya yang tidak berkunci dibuka setelah ketukan bertalu-talu kedengaran. Tanpa sedar Tasnim sudah pun berada didalam dakapan seorang lelaki yang bernama suami. 

"Sayang sabar. Allah lebih sayang dia."

"Awak tahu apa Rafiq? Saya yang kandung dia. Saya yang bersama dia sepanjang masa hamil. Saya yang usap dia. Awak tak ada Rafiq. Tak ada pun satu gambaran tentang awak dalam memori saya melainkan pernikahan awak dengan perempuan tu. Tinggalkan saya "

"Anim.."

Tasnim menghentak dada bidang juruterbang muda itu. "Salah saya yang masuk meminang awak. Salah saya yang suka awak. Salah saya sebab percaya awak dan serah diri pada awak baik jiwa baik raga"

"YOU NEVER LOVE ME EVEN ONCE" Jerit Tasnim.

"TASNIM ANDRISYA!" Jerit Rafiq hingga memnmbuatkan Tasnim terdiam. Tergamam. Rafiq segera menarik isterinya kedalam dakapannya.

Ayat penenang dibisikkan ke telingan isterinya. "Lillahitaala Awak cinta pertama saya"

"Tak pernah ada sesaat yang saya tak mencintai awak" Bisiknya perlahan pada telinga Tasnim sehingga mengalir air mata jantanya.

"Liar..."

"Awak pernah tanya kenapa saya terima lamaran mengejut awak. Sebab saya suka awak. Dari Tasnim pelajar tingkatan 4 sastera sampai Tasnim yang sekarang ada depan mata saya I love you so much" Katanya sambil meraih tangan Tasnim. Wajah sugul Tasnim dipandang.

"Kalau betul sayang awak takkan buat macam ni dekat saya" Keras katanya.

"Saya tak pernah terpikir orang yang melamar saya merupakan orang yang sama saya suka sejak dulu"

Wajah lelaki itu tersenyum sebelum pudar dari pandangannya.

Tasnim segera bangun dari mimpinya. Anaknya yang berada di sebelah dipandang berkali kali.

Comel!

Tasnim bangun dari pembaringan dan segera bergerak ke arah bayinya. Bayi tersebut diagah.

"Nawwal, Nawwal Malaika" ujarnya

"AWAK BUAT APA NI!" Jerit wanita sepertinya disebelah. Bayi tersebut mungkin terkejut dengan sergahan suara wanita itu. Tangisan bayi tersebut semakin kuat hingga mengejutkan ibu ibu lain yang berada didalam bilik tersebut.

Sergahan itu turut mengejutkan Tasnim. Bayi yang berada di pangkuannya bukan Nawwal. "Akk..Akak minta maaf. Saya... Saya salah"

Bayi tersebut diserah semula ke pangkuan ibunya. Ibu yang mungkin sedikit tua dari Tasnim mengambil semula bayinya dengan wajah yang geram.

"Anim.." Panggil suara yang amat dikenalinya.

"Aidil...." Tasnim berlari masuk kedalam dakapan Aidil tanpa memikirkan batadnya sebagai isteri orang. Tetap di ketika itu juga, suami kepada Tasnim masuk kedalam bilik tersebut dalam keadaan tercengang.

"Tasnim" Panggilnya tegas sebelum cuba menarik Tasnim dengan harapan agar dia melepaskan pekukan pada lelaki itu.

Tasnim melepaskan pelukannya. Wajah garang Rafiq dipandang. "Kita cakap dekat taman luar kejap"

Setelah tiba di taman luar meskipun dalam keadaan lemah, Tasnim tetap memandang suaminya.

"Lepaskan saya." Pinta Tasnim.

"I'm not going to"

"Buat apa awak nak gantung saya tak bertali? Awak berkahwin dengan saya bukan sebab cinta kan? Jadi susah apa awak nak lepaskan saya?

Sebab saya pernah mengandung? Mengandungkan Malaika? Sebab awak pernah sentuh saya?

Itu sebab awak nak terus gantung saya macam tu je?" Tasnim melepaskan segala yang terbuku. Wajah wajah aneh yang memeandang mereka berdua tidak dihiraukan.

"Tasnim. Jangan cakap macam tu!" Tegur Rafiq sambil memandang sekeliling.

"Huh? Apa lagi alasan awak ni? Kita dah takda apa yang membuatkan awak masih terikat dengan saya. Rahim saya dah bersih dari benih awak!" Marah Tasnim apabila Rafiq tidak mahu mengikuti permintaannya.

"Awak terima lamaran saya pun sebab mak awak kan! Bukan sebab awak sukakan saya. You never look me the same way i looked at you. The same way how i love you for the past years. Saya yang bodoh nak jugak dekat awak"

"Tasnim.."

"Hey, Mr Pilot I love you. I love you so much but sayangnya saya ni tak nampak yang hati awak ada orang lain sedari awal. Saya ingat saya boleh ubah perasaan awak. Serah diri dekat awak pun tak merubah apa apa....

Tasnim terdiam

--- Lepaskan saya Rafiq Aydan. Saya merayu. Saya sakit bila ada dengan awak"

Rafiq pula yang membisu. Setelah beberapa minit terdiam tidak tahu bagaimana ingin berkata kata. Mulutnya dibuka.

"Kalau itu awak nak. Kalau awak rasa awak akan lebih bahagia tanpa saya..awak yakin?" Tanya Rafiq perlahan.

"Saya mungkin akan sakit sekejap jika awak lepaskan saya sebab saya sangat cintakan awak macam orang bodoh. Tapi saya tak boleh terus jadi bodoh sakitkan diri saya dalam perkahwinan kita ni Rafiq"

Air mata Rafiq menitis lagi. Drama sebabak yang tertayang di taman tersebut membuatkan orang lain turut bersedih dengan apa yang mereka dengarkan.

"Just to let you know. You're my first love. From the first day i saw you. Till the day we apart. You'll always be my first one and first love....

---- Baiklah Tasnim seprti apa awak minta . Mulai hari ini saya lepaskan awak dan pergilah mencari kebahagiaan yang awak idamkan." Wajah Tasnim diusap. Dahinya dikucup buat kali terakhir dengan kudusnya seperti hari akad pernikahan mereka.

"Bismillahirahmanirrahim, Tasnim Andrisya Binti Ahmad aku ceraikan kau dengan talak satu" Air mata kedua dua mereka menitis lagi.

"Terima Kasih Rafiq"

Kadang-kadang tidak semua cerita cinta sesebuah pasangan akan berakhir dengan kebahagiaan. Mungkin kali ini kebahagiaan bukan berpihak kepada mereka.

....

Tamat


Hey Mr.Pilot I Love You!Where stories live. Discover now