16-MERAJUK

9 2 0
                                    

Melur membuat keputusan untuk berehat di dalam bilik...Dia ingin menenangkan dirinya...

"Memang betullah kata Naziha...Natasha tu memang menyakitkan hati..."-Ucap Melur kepada dirinya sendiri...

Tiba-tiba,pintu bilik dibuka oleh Adam...Melur merebahkan diri ke atas katil dan berpura-pura bahawa dia sudah tidur...

"Sayang merajuk dengan abang,ka?Abang mintak maaf...Abang mengaku tu salah abang...Sayang janganlah diam macam ni..."-Ucap Adam panjang lebar...Namun,tiada respon daripada Melur...

"Sayang marah ka sebab abang layan Tasha sampai tak sedar sayang dekat situ?"-Sambung Adam lagi tapi tetap sama,tiada respon daripada Melur...

Adam keluar dari biliknya dan mengeluarkan telefon daripada pojet seluarnya...Dia mendail nombor Kak Sal...Dia meletakkan telefon di tepi telinganya...Akhirnya,panggilannya telah dijawab...

"Assalammualaikum,Adam...Kenapa tetiba telefon akak ni?"-Soal Kak Sal yang berasa hairan...

"Waalaikumsalam...Adam nak mintak tolong akak sikit,boleh?"-Soal Adam yang berasa serba salah...

"Tolong?Kalau akak boleh tolong,akak tolong..."-Balas Kak Sal...Adam menghela nafas...

"Kalau Melur merajuk,macam mana nak pujuk dia?"-Soal Adam kepada Kak Sal...

"Melur merajuk ke sekarang ni?Adam buat apa dekat adik akak?"-Soal Kak Sal berbaur dengan nada marah...

"Adam pun tak tahu kenapa Melur merajuk dengan Adam...Kak Sal ada apa-apa tips tak,nak bagi Melur tak merajuk dengan Adam dah?"-Soal Adam panjang lebar...

"Senang je...Adam belikan je kat dia,coklat,anak patung ataupun bunga...Nanti,cairlah tu..."-Jelas Kak Sal kepada Adam...

"Lagi satu..."-Tambah Kak Sal lagi...

"Apa kak?"-Soal Adam ingin tahu...

"Kalau nak Melur tak merajuk dengan Adam dah,tunjuk je dekat dia gambar artis korea tu...Nanti,tak merajuk dahlah tu..."-Jelas Kak Sal lagi...Adam mengangguk tanda faham...

"Terima kasih,kak..."-Ucap Adam...

"Sama-sama...Jaga adik akak elok-elok...Assalammualaikum..."-Ujar Kak Sal...

"Baiklah,kak...Waalaikumsalam..."-Ucap Adam lalu menamatkan panggilan telefon...

Adam pun pergi ke kedai bunga yang berdekatan...Dia membeli bunga ros yang berwarna merah...

"Mesti Melur suka..."-Ucap Adam kepada diri sendiri dan tersenyum...

Dia pun bergerak pulang ke rumah dengan perasaan gembira...

Tbc...

[C]ISTERI AKU,KPOPERS!!!Where stories live. Discover now