MMC || D U A

217 7 0
                                    

"Skuad! Skuad keluar baris!" setelah di beri arahan untuk keluar baris, para tentera terus sahaja keluar dan berjalan ke arah teduhan.

Kapten Umar tersenyum memandang ke arah ibunya, dia terus sahaja berjalan ke arah puan Fazylah. Dia membuka topi merahnya dan si peluk uminya.

"Tahniah anak umi, dah berpangkatkan captain Syed Umar Mikhael." Umar tersenyum dan memeluk ibunya.

"Terima kasih umi, ini pun atas doa yang umi dan abah titipkan untuk Mikha. Tanpa doa dan restu umi dan abah, Mikha takkan berdiri di sini." puan Fazylah tersenyum lebar dan mengangguk faham.
"Umi, mana abah?" soal Umar dan mencari kelibat bapanya.

"Tu dengan adik kamu Uyaina." Umar tersenyum tatkala ibunya menyebut nama adik kesayangannya.

"Abang!" Umar tersenyum dan memeluk erat adiknya Sharifah Uyaina Mayra yang berumur 20 tahun.
"Tahniah anak abah."

Umar tersenyum.

"Terima kasih abah." Umar memeluk erat abahnya sambil tersenyum lebar, impiannya ingin menjadi tentera telah tercapai.

Datang satu pasangan ke arah keluarga Umar sambil tersenyum manis.

"Eh uncle Zain dan aunty Zahirah." Dato Zain dan Datin Zahirah tersenyum memandang jejaka kacak itu.
"Tahniah Mikhael dah jadi captain. "

Umar tersenyum dan memberikan satu tanda hormat.

"Jom malam ni kitaorang rancang nak buat dinner. So korang datang tau!" pelawa datin Zahirah. Dato Zain hanya sekadar mengangguk dan tersenyum manis.


"Smile! Ok nice! "

Kecekak!

Kecekak!

Kecekak!

"Okey thats all for today, thank you Azalea. You do a great job girl! Good job everybody! "

Azalea tersenyum, dia mencapai telefonnya dan membuat satu tangkapan gambar sebelum dia menghantar ke media sosial.

"Hye babe! " Azalea memandang suara tersebut, terukir senyuman di bibir si gadis cantik itu.
"Hye girl!"

"U dah siap shooting? " Azalea mengangguk dia berjalan keluar untuk menukar bajunya dan menghilangkan segala make up yang berada di wajahnya.

"Dah siap dah kenapa?" soal Azalea dan mencabut anting-anting yang tergantung di cuping telinganya.
"Hm I nak ajak U malam ni pergi party Damien. Dia ada buat party." ujar Ally, berharap agar Azalea mengikutinya ke party tersebut.

Azalea memandang seketika Ally sebelum dia berinjak pula untuk menukar baju.

"Hm U pergi ke babe ?" soal Azalea.
Ally mengangguk laju.
"Of course I pergi. Lagipun boyfriend I pergi."

Setelah beberapa minit, Azalea keluar dari bilik persalinan dengan hanya memakai baju paras pusat serta seluar panjang.

"Hm I macam malas lah nak pergi. Lagipun esok I dah nak terbang balik Malaysia, mommy and daddy I panggil untuk kerja dengan diaorang." jelas Azalea, dia kembali duduk di meja solek untuk memakai sedikit make up supaya tidaklah nampak pucat sahaja.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now