MMC || D U A P U L U H

60 3 1
                                    

Mikhael memusing tubuhnya untuk memeluk isterinya, namun dia berasa pelik kenapa tiada isterinya di sebelah.

Mikhael membuka perlahan matanya, dia melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul enam tepat. Mikhael menggosok matanya.

Pintu di buka.

"Good morning abang! Dah bangun?" Sapa Azalea dengan mesra. Mikhael tersenyum kecil.
"Morning flower." Balas Mikhael dengan suara serak-serak basahnya.

"Abang pergi mandi, Lea dah siap masakkan abang sarapan. Abang kerjakan hari ni?" Mikhael hanya mengangguk. Dia meregangkan tubuhnya.

Azalea kembali duduk di meja soleknya, dia memberikan sentuhan terakhir iaitu mengemaskan tudungnya. Mikhael memeluk isterinya dari arah belakang.

"Abang pergi mandi lah, nanti lambat pula masuk kem." Mikhael hanya tersenyum dan mencium pipi isterinya.
"Baju, name tag dan beg abang Lea day sediakan. Abang pergi mandi tau. Lea tunggu abang." Mikhael tersenyum lebar, seronoknya bila sudah berkahwin. Segalanya di sediakan oleh isteri kesayangan.

Azalea turun ke tingkat bawah untuk menyediakan apa yang patut.

iiiiiiiiiii

Damien menyatukan tangannya, dia termenung memikirkan permintaan terakhir arwah sahabat baiknya itu.

"Kahwin? Ally nak ke kahwin dengan aku?" Soal Damien sendiri.
Dia melihat Ally sedang tertawa bersama pembantu rumahnya, sedikit sebanyak dia berasa bersyukur melihat peningkatan Ally.

Dia berjalan ke arah Ally dan duduk di sebelah wanita itu, pembantu rumah mereka seperti memahami permintaan Damien dan segera memoloskan diri.

Ally memandang Damien.

"U ni kenapa Damien? Ada benda yang u nak cakapkan kat I ke?" Soal Ally pelik.
Damien menarik nafas dalam.
"I nak tanya pasal package perkahwinan u dengan Ayden. Dah cancel?" Soal Damien.

Membulat mata Ally, dia belum lagi menguruskan soal itu. Terlalu sedih atas pemergian Ayden.

"Belum! I belum urus pun. Macam mana ni Damien? Semua dah di uruskan oleh Ayden dulu, tinggal nikah. Dah lah majlis minggu hadapan. Tetamu dah di jemput, semua kawan-kawan artis I." Damien menggeleng kepala.

Wajah Ally semakin kerisauan, dia tidak mahu malu!

"I taknak malu Damien, macam mana ni?" Soal Ally dan menggoncang lengan sasa Damien.
Damien memegang tangan kecil Ally untuk menghentikan gadis itu.
"U kahwin lah." Balas selamba Damien.
"Dengan siapa I nak kahwin?!" soal geram Ally.

"Dengan I." Balas Damien selamba. Ally memandang lama ke arah Damien.
"U yakin ke?" Damien mengangguk dan memandang lama gadis itu, cantik juga rupanya dia ni.

"Tapi.." Damien menggeleng.
"Nanti I yang atur. U taknak malu kan? Then let me help you." Balas Damien dan terus berlalu pergi.
"Tapi I masih cintakan Ayden!" Damien tersenyum dan mengangguk.

"And if you ask me did I still love Azalea or not. My answer is, yes I still love her. But I know Azalea Nadhirah is not for me, she belongs to syed Umar Mikhael, her husband. So, we can trying to love each other after we married and I will promise that I will love you."

Ally terdiam, manakala Damiem terus sahaja masuk ke dalam rumah memberi ruang kepada Ally untuk memikirkannya.

iiiiiiiiii

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now