MMC || E M P A T B E L A S

78 4 1
                                    

Ally membuka matanya, dia mendapati bahawa dia bukan lagi berada di hospital. Damien masuk ke dalam bilik Ally dengan membawa sedulang makanan dan air susu bersertakan ubat.

"Eh u dah bangun. I bawa makanan untuk u sekali bawa ubat untuk u makan." Ally memandang Damien.
"Ayden macam mana Damien?" Soal Ally.
"Jenazah Ayden dah selamat di kebumikan." Ally menangis teresak-esak.

"Kenapa Ayden tinggalkan I sendiri Damien? Dia dah tak sayang kat I ke?" Soal Ally dan menangis. Damien melepaskan keluhan berat. Dia menarik Ally ke dalam dakapannya.

"Tuhan lebih sayangkan dia Ally, u kena terima kenyataan. I ada selalu dengan u. Itu janji I dengan arwah Ayden." Ally menangis dan menggeleng kepala.
"Kenapa Tuhan tak ambil I sekali? I tak sanggup berpisah dengan Ayden." Damien menggeleng kepala.
"I perlukan u Ally. I need you by my side." Ally terdiam dan hanya menangis.

"Nanti u bawa I pergi kuburan Ayden boleh?" Damien tersenyum dan mengangguk.
"Boleh, tapi u kena makan baru I bawa u pergi kuburan Ayden. U kena bertenaga baru Ayden happy tengok u kuat." Ally tersenyum kelat dan mengangguk.

"Makan ubat ni." Ally menggeleng laju. Damien menarik nafas dalam.
"Betullah kata Ayden, u ni memang susah nak makan ubat. Macam mana u nak sihat kalau tak makan ubat? Makan Raja Ally!" Arah Damien dengan tegas. Kalau Ayden layan Ally dengan lemah-lembut dan sabar, tidak pada Damien. Damien seorang yang tegas.

Ally memuncungkan mulutnya.

"Hah muncung mulut muncung mulut. I tarik bibir u karang. Makan!" Arah Damien. Ally hanya menurut arahan Damien dan memakan bubur tersebut.

Terukir senyuman kecil di bibir Damien.

Terimbau kembali sehari sebelum Ayden pergi

"Hey Mien!" Sapa Ayden dengan mesra. Damien tersenyum ke arah sahabatnya itu.
"Eh mana Ally? First time kau tak bawa dia sekali kalau kita lepak sama." Ayden tertawa kecil.

"Hari ni aku nak spendtime dengan kau, dah lama dho tak lepak sama. Aku asyik busy layan Ally je." Damien tertawa.
"Tahu pun, tapi takpe. Aku tak kisah, as long as korang berdua happy aku pun happy." Ayden tersenyum lebar.

"Kau asal ni Den? Aku nampak kau semenjak dua menjak ni asyik banyak termenung je. Kau okey ke? Ke begaduh dengan Ally lagi? Apa lagi kali ni budak Ally tu buat?" Soal pelik Damien. Ni confirm, tak gaduh dengan Ally dia yang merajuk dengan Ally.

Ayden tersenyum.

"Entah lah, semenjak dua menjak ni hati aku rasa kosong doh." Berkerut dahi Damien.
"Kenapa? Kau dah tawar hati dengan Ally? Kau jangan buat hal, korang berdua dah nak kahwin." Ayden menggeleng.

"Aku tak pernah tawar hati dengan dia Mien, aku sayang sangat dekat dia."

"Jadi?"

"Ok aku ada beberapa permintaan dengan kau." Damien mengangkat keningnya.
"Kalau satu hari nanti aku dah takde kat dunia ni, aku nak kau ganti tempat aku untuk jagakan Ally. Ally dah takde siapa-siapa, dia tinggal ada aku, kau dan Azalea. Tapi Lea pun kau tahu lah kan? Dia pun dah ada keluarga sendiri." Damien memandang tajam ke arah sahabatnya.

"Apa kau merepek ni setan?! Kau nak tinggalkan Ally ke apa ni?" Ayden menggeleng.
"Aku tak pernah tinggalkan dia, tapi jodoh dan ajal tu semua di tangan Tuhan. Aku minta sangat, kau bantu Ally. Bantu dia untuk berubah ke jalan yang benar." Damien menggeleng.

"Macam mana aku nak bantu dia kalau aku sendiri pun jahil?" Soal Damien. Ayden tersenyum.

"Sudah tiba masanya korang berdua pulang semula ke Malaysia, cari Azalea dan minta ajar dengan dia. Dia boleh bantu korang berdua. Janji dengan aku, kau akan jaga Ally, sayang dia dan kahwini dia!" Pesan Ayden penuh pengharapan.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now