MMC || D U A P U L U H D U A

64 1 0
                                    

Azalea memperbetulkan tudungnya sebelum dia turun ke tingkat bawah. Dia terdengar Uyaina sedang seronok berbual, berkerut dahinya. Dengan siapa Uyaina berbual? Takkan adik ipar aku gilakan?

Apabila dia sudah sampai di tingkat bawah, dia melihat Uyaina bersama Arran sedang seronok berbual, terukir senyuman di bibirnya.

"Eh good morning akak. Meh join sekali dengan kitaorang." Azalea hanya mengangguk.
"Morning abang Arran." Arran tersenyum dan mengangguk.
"Morning adik abang, jom makan lepastu kita sama-sama pergi pejabat okey? Biar abang hantar." Azalea hanya tersenyum.

"Tak payahlah bang, menyusahkan. Baik abang hantar Aina pergi kelas, Lea takut Aina tak pergi kelas tapi melencong pergi tempat lain." Uyaina memukul perlahan lengan kakak iparnya. Uyaina tersenyum malu. Akak! Janganlah bagi kantoi ish malu titerr.

"Akak ni." Arran hanya tersenyum manis melihat Uyaina tersenyum malu.
"Mayra nak ke?" Azalea dan Uyaina memandang serentak ke arah Arran. Mayra? Wow!

Uyaina mengangguk lemah.
Azalea menggeleng lemah, tahu sangat adik iparnya ni mula tertarik dengan abang sepupunya. Tengoklah cara dia pandang Arran semacam sahaja. Abang sepupu dia ni pun satu, duk layan je perangai manja Uyaina. Jangan bagi harapan pula.

"Kalau macam tu, jomlah abang hantar Mayra pergi kelas. Nanti lambat susah pula." Uyaina mengangguk laju dan meneguk kasar airnya.

Arran tertawa kecil.

"Perlahan babygirl." Wajah Uyaina semakin kemerahan apabila mendengar panggilan yang di berikan oleh Arran, aduhai hati sabar!

Azalea sudah tersenyum, nampak bahawa abang sepupunya mula tertarik dengan adik iparnya ini. Ada lah lepas ni Arran hari-hari bertendek di rumahnya kerana Uyaina sahaja.

"Lea taknak abang hantar? Abang pun lepas ni nak pergi pejabat Lea sebab abang ada urusan dekat sana dengan manager adik." Azalea hanya mengangguk.

"Ye bang, dah pergi hantar budak kecik tu. Nanti dia lambat pula masuk kelas." Arran hanya mengangguk faham.
"Akak hati-hati tau bawa kereta. Apa-apa terus call Aina ye?" Azalea mengangguk sambil tersenyum.

"Bye kak! Jumpa petang ni." Azalea tertawa kecil melihat adik iparnya ni, patutlah abang sepupunya tertarik dengan Uyaina.

Arran memerhati Uyaina yang sedang memakai kasut. Lepas sahaja Uyaina memakai kasut, dia berdiri di hadapan Arran Denniz. Lelaki ini berketinggian 189 cm dan seorang yang kurus dan sado.

"Shall we babygirl?" Uyaina mengangguk laju. Mereka terus sahaja masuk ke dalam kereta lamborghini kuning milik Arran.

Hazel memandang ke arah jam, mana Uyaina ni! Ish! Tiba-tiba dia melihat kereta mewah berwarna kuning masuk ke dalam universiti mereka dan berhenti di depannya.

'Kalau nak showoff pun kereta tu, janganlah berhenti di depan ku aduh! Ni bukan cerita wattpad ye nak acah-acah hero keluar dari kereta lepastu tarik aku masuk dalam kereta. Sumpah sweet!' Desis hati Hazel sambil tersenyum-senyum sendiri.

"Bye abang Arran, thanks sebab hantar Mayra!" Pamit Uyaina dan menutup pintu kereta, Arran turut turun dari kereta.
"Mayra!" Uyaina memusingkan tubuhnya melihat wajah kacak Arran.

"Petang ni abang jemput Mayra okey? Kalau dah habis kelas call je abang." Uyaina mengangguk laju. Arran tersenyum dan kembali masuk ke dalam kereta, kereta mewah itu terus memecut meninggalkan universiti Uyaina.

"Weh! Kau tak bagitahu pun boyfriend kau mat saleh, muka-muka pun macam abang Italy yang macam dekat dalam watak hero wattpad aku! Kaya pula tu, sweet argh!" Jerit Hazel. Uyaina menutup mulut gadis itu.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now