MMC || T U J U H B E L A S

90 2 0
                                    

Ace memeluk rakan baiknya itu.

"Tahniah bro, dah jadi suami orang." Zaquan tertawa kecil dan mengangguk. Zaquan memandang ke arah Arisya yang kini menjadi hak miliknya.

"Err, Zack aku pulang dulu." Zaquan hanya mengangguk. Zaquan berjalan ke arah isterinya yang sedari tadi hanya menunduk.

"Why little girl?" Arisya memandang Zaquan.
Arisya hanya menggeleng.
"Jom kita pulang."
"Rumah keluarga awak?" Zaquan menggeleng kepala.

"Rumah kita. Aku dah beli rumah tanpa pengetahuan keluarga aku, jangan risau aku seorang yang berdikari. Sudah tentu guna duit aku sendiri, jom kau tak boleh penat. Nanti anak dalam perut ni penat." Arisya hanya tersenyum dan mengangguk.

iiiiiiiiii

Azalea turun ke tingkat bawah, dari atas lagi dia dapat bau haruman wangi dari tingkat bawah. Suaminya memasak.

Azalea memperbetulkan dahulu tudungnya dan terus berjalan ke arah dapur.

"Eh good morning my flower. Have a seat, sayang makan dulu lepas tu abang hantar pergi pejabat." Ujar Mikhael dan menyendokkan isterinya nasi yang dia goreng.

Azalea tersenyum manis.

"Good morning abang. Maaflah menyusahkan abang, abang tak payah hantar Lea lah. Biar Lea drive sendiri." Mikhael menggeleng laju.
"No no no! Biar abang yang hantar, jadi nanti senang abang nak hantar bekal untuk isteri abang." Azalea tertawa kecil.

"Abang di panggil bertugaskan?" Mikhael memandang isterinya seketika. Kemudian, dia mengangguk.
"Maafkan.."
"Bukan salah abang, kan Lea dah kata. Lea akan cuba faham kerja abang. Abang bukan sahaja milik Lea, tapi abang juga milik negara. Bukan Lea sahaja memerlukan suami Lea, negara ni pun memerlukan suami Lea." Mikhael tersenyum lebar, bersyukur kerana dapat isteri yanh memahami kerjanya.

"Terima kasih sayang, dah makan. Kejap lagi abang nak hantar isteri abang pergi kerja." Azalea mengangguk.

Seusai sahaja sarapan pagi, pasangan suami isteri itu menaiki kereta dan berlalu pergi ke pejabat milik isterinya.

Setelag beberapa minit menempuhi perjalanan, mereka telah sampai di bangunan yang tinggi iaitu milik dato Zain.

Azalea memandang suaminya dan dia menghulurkan tangannya untuk menyalam suaminya. Mikhael tersenyum lebar.

"Nak abang hantar sampai atas?" Azalea menggeleng sambil tersenyum.
"Tak payah lah abang, Lea boleh pergi sendiri. Nanti lunch Lea pulang okey masakkan untuk abang." Mikhael tertawa kecil.
"Tak payah, abang nak datang pejabat sayang nanti boleh?" Azalea mengangguk laju.

"Kita lunch sama-sama?" Mikhael mengangguk.
"Kalau macam tu, Lea pergi kerja dulu. Abang hati-hati memandu. Lepas ni pergi mana?"
"Abang nak jumpa Faqi dan Faizul. Diaorang ada benda nak cakap." Azalea tersenyum dan mengangguk.

"Bye abang!"
"Bye my flower." Azalea tersenyum malu dan keluar dari kereta.

Kaki terus melangkah masuk ke dalam bangunan tinggi itu.

iiiiiiiiiiii

Mikhael memandang ke arah Faqi dan Faizul yang kemas memakai baju tentera.
"Eh Umar! Sini!" Mikhael tersenyum dan mengangguk.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now