MMC || S E M B I L A N

99 3 0
                                    

Azalea tersenyum melihat dirinya di pantulan cermin. Cantik sahaja dia melihat dirinya bertudung. Ally masuk ke dalam bilik Azalea.

"Babe! Aww! Cantiknya u." Azalea tersenyum melihat sahabat baiknya itu.
"U datang juga akhirnya." Ally mengangguk laju.
"Of course, majlis bestfriend I kot."

Azalea tertawa kecil.

"U datang sendiri je?" Ally menggeleng.
"I datang dengan Ayden dan Damien. Mana lah Ayden nak bagi I jalan sorang diri." Azalea tertawa kecil dan mengangguk.
Datin Zahirah masuk ke dalam bilik anaknya.

"Eh Ally, bila sampai?" Soal datin Zahirah dan memeluk rakan karib anaknya itu.

Ally tersenyum manis.

"Baru je aunty."
"Alhamdulillah, Nadhirah jom pengantin lelaki dah tunggu kita dekat bawah tu." Azalea hanya tersenyum kelat. Lagi berapa jam dia akan menjadi isteri kepada Syed Umar Mikhael.

Kaki mengatur langkah turun ke tingkat bawah, semua anak mata melihat Azalea yang cantik memakai baju pengantin dan bertudung.

Mikhael yang melihat Azalea menyembunyikan senyuman, dia sedikit kagum melihat Azalea yang cantik menutup aurat.

Zaquan melanggar bahu abangnya.
"Sabar bang, nanti dulu terkam lepas akad nikah." Usik Zaquan dan tertawa kecil.

Mikhael hanya menggeleng kepala, ada-ada sahaja adiknya hendak mengusiknya. Mikhael melihat abangnya Zariel tersenyum manis ke arahnya.

"Adik aku dah nak kahwin." Bisik Zariel.
Mikhael tersenyum lebar.

"Boleh kita mulakan?" Soal tok kadi apabila melihat pengantin perempuan telah duduk.

Dato Zain dan tuan Firdaus mengangguk. Di ikuti dengan Zariel dan Zaquan.

"Syed Umar Mikhael bin syed Firdaus."
"Ya saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Azalea Nadhirah binti Zain dengan mas kahwinnya lima puluh ribu tunai dan senaskah Al-quran."

Mikhael menarik nafas.

"Aku terima nikah Azalea Nadhirah binti Zain dengan mas kahwinnya lima puluh ribu tunai dan senaskah Al-quran."

"Sah?" Saksi pertam mengangguk tamda setuju.
"Sah?" Saksi kedua juga turut mengangguk tanda setuju.

"Alhamdulillah."

Mikhael menarik nafas panjang, dia gelar menjadi suami. Manakala Azalea tersenyum kelat, tidak menjangka dia telah menjadi hak mutlak kepada Syed Umar Mikhael.

"Anak mama dah jadi milik orang." Ujar datin Zahirah dan mengesat air mata di pipinya. Azalea tersenyum dan memeluk mamanya.

Setelah mengaminkan doa, Mikhael datang ke arah isterinya untuk menyarungkan cincin. Azalea hanya tersenyum ke arah suaminya.

Mikhael menyarungkan cincin dan menyalam isterinya dan di cium dahi isterinya.

"You look so beautiful my wife." Bisik Mikhael dengan nada romantiknya.

Azalea tersenyum.

"Jom, kita pergi ke acara seterusnya." Mikhael dan Azalea hanya sekadar mengangguk.

iiiiiiiiiii

Damien datang ke arah Azalea, apabila dia melihat Azalea berehat seketika di luar rumahnya setelah penat seharian bersanding.

"Congratulation Lea." Azalea tersenyum dan mengangguk.
"Terima kasih. Dan terima kasih juga sebab u sudi datang ke majlis perkahwinan I dan suami I." Dia memandang sekilas ke arah suaminya yang sedang seronok berbual dengan rakan-rakannya.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now