MMC || D U A P U L U H T I G A

67 3 1
                                    

Sudah dekat enam bulan Mikhael berada di luar negara, kandungan Azalea juga sudah semakin membesar dan telah mencecah enam bulan.

Azalea duduk di tepi kolam sambil merendamkan kakinya, tangan mengusap perlahan perutnya yang semakin menonjol.

"Abang.. Bila nak pulang? Lea rindu abang." Luah Azalea sendiri.

Arran memandang ke arah adik sepupunya, kesian dia melihat adik sepupunya itu. Terlalu rindu dekat suaminya, namun bagaimana jikalau kerja si sang suami sungguh lah besar tanggungjawabnya.

"Arran.." Arran memandang ke arah dato Zain.
"Uncle.. Kenapa?" Dato Zain tersenyum dan menggeleng.
"Kenapa dengan Nadhirah tu?" Soal dato Zain risau. Arran menggeleng perlahan, cuba menepis segala kegelisahan dato Zain yang sedang terbuku di dalam dadanya.

"Nadhirah okey je uncle, cuma biasalah rindu suami. Dekat enam bulan dah suami Nad dekat luar negara." Dato Zain tersenyum dan mengangguk faham. Kesian juga dia melihat anak perempuannya namun harus bagaimana kalau sudah itu pekerjaan suaminya.

Uyaina datang ke arah Arran. Dato Zain tersenyum melihat mereka berdua kini telah menjadi pasangan kekasih.

"Uncle nak pulang ni, jaga baik-baik Nad ye? Arran jaga baik-baik juga anak dara orang. Jangan buat yang bukan-bukan." Arran mengangguk faham. Setelah sahaja dato Zain hilang dari kelibat, Danish datang ke arah Arran dan Uyaina.

"Korang nak makan apa masa buka puasa nanti? Nanti aku masak." Soal dingin Danish. Arran dan Uyaina memandang ke arah jejaka kacak itu.
"Aku tanya ni, bukan tenung muka kacak aku. Nak makan apa?" Soal geram Danish, sabar Danish sabar puasa ni.

Arran tersenyum.

"Masak je lah apa-apa janji Nadhirah boleh makan sekali." Danish hanya sekadar mengangguk.
"Jaga Nad, aku nak keluar beli barang." Arran dan Uyaina hanya sekadar mengangguk.

"Assalamualaikum.. Eh Danish nak pergi mana?" Soal Zaquan yang baru sahaja sampai di rumah agam itu.
"Waalaikummussalam, nak jalan beli barang dapur." Zaquan hanya sekadar mengangguk.
"Mana isteri kau?" Soal Danish.
"Dekat hospital, kejap lagi kitaorang pergi hospital sama-sama." Danish hanya sekadar mengangguk dan terus berlalu pergi.

"Abang!" Zaquan tersenyum dan memeluk adiknya.
"Mana kak Lea? Adik sendiri je dengan Arran? Apa korang dua buat berdua-duaan ni?" Soal bertubi-tubi Zaquan. Kawan tak kawan, aku bunuh juga kalau korang berdua cuba buat benda yang bukan-bukan.

Uyaina menggeleng laju.

"Kak Lea ada duduk tepi kolam." Zaquan hanya sekadar mengangguk.

"Aduh!" Semua anak mata tertumpu ke arah Azalea.
"Akak!"
"Nadhirah!" Arran berlari ke arah Azalea yang jatuh terduduk.

"Ab-abang sakit.." Adu Azalea dengan tubuhnya yang basah kuyup.
Zaquan memandang ke arah Arran.
"Abang! Ada darah!" Jerit Uyaina dengan kuat.

Semua melihat ke arah kaki Azalea yang mengalir darah. Arran terus mengangkat Azalea untuk ke hospital. Zaquan terus sahaja menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

Mikhael tersenyum melihat bunga yang di pegang, tidak sabar dia hendak bertemu dengan isteri tercintanya.

"Senyum-senyum sendiri ni kenapa kapten?" Soal nakal Faizul. Mikhael tersenyum.
"Tak sabar nak jumpa isteri." Faizul mengangguk faham.

"Kapten nak terus pergi mana?" Soal Faizul dan fokus dengan pemanduannya.
"Hospital lah dulu, adik ipar aku dah bersalin so nak melawat." Faizul hanya sekadar mengangguk faham.

Sampai sahaja di hospital, Mikhael melihat adik-adiknya sedang berdiri di salah satu wad.

"Irzat.. Aina?" Dua beradik itu memandang ke arah abangnya.
"Abang Mikha.."

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now