MMC || T I G A B E L A S

87 3 2
                                    

Suami dan isteri itu masuk ke dalam butik baju muslimah.

"Sayang pergilah pilih tudung dan baju sebanyak mana sayang nak. Jangan risau, baju dan tudung dekat sini semua murah-murah dan berkualiti." Arah Mikhael dengan lembut. Azalea tersenyum dan mengangguk laju.

Dia membiarkan isterinya memilih baju dan tudung yang isterinya gemari. Sedang dia leka memerhati isterinya, Mikhael menoleh ke arah pintu apabila mendengar lonceng butik itu berbunyi.

"Irzat?" Zaquan hanya tersenyum manis, aduhai kenapa dia boleh lupa bahawa abangnya bercuti di Langkawi.
"Eh bang, tak sangka boleh jumpa kau dekat sini." Ujar Zaquan dengan tenang, dia menyalam abangnya itu.
"Apa kau buat dekat sini? Kau takde kelas ke?" Zaquan menggeleng.
"Takde, err. Bang kau tunggu siapa? Mana kak Aza?" Soal Zaquan ingin menukar topik berbualan.

"Tu tengah pilih baju dan tudung." Zaquan tersenyum manis, alhamdulillah kakak iparnya terdetik hendak menutup aurat.
"Kau tunggu siapa?" Soal Mikhael pula.

"Takde tunggu client." Mikhael mengangguk faham.
"Abang.." Mikhael memandang ke arah isterinya.

Tersenyum lebar Mikhael di buatnya. Isterinya cantik bertudung. Mikhael berdiri dan pergi ke arah isterinya.

Mikhael menarik tudung tersebut dan di labuhkannya lagi.

"Gorgeous flower!" Azalea tertawa kecil, matanya terlihat ke arah adik iparnya.
"Eh hye Irzat, buat apa dekat sini?" Zaquan tersenyum dan menyalam kakak iparnya.
"Tengah tunggu client kak. Cantik akak bertudung. Akak pakai jelah terus." Azalea mengangguk sambil tersenyum.

"Memang akak nak pakai terus, akak dah pakai anak tudung. Dah cantik dah akak kat dalam tu ajar style tudung ni. Suka sangat! Abang suka?" Soal Azalea memandang suaminya.

Mikhael tersenyum dan mengangguk laju.

"Dah pilih baju dan tudung?" Azalea mengangguk.
"Lea dah pilih handsock dan stokin sekali." Ujar Azalea sambil tersenyum selamba.

Mikhael mengangguk dan membayar kesemua sekali.

"Berapa sekemua sekali termasuk baju dan tudung yang isteri saya sedang gunakan?" Soal Mikhael dan memegang kad kreditnya sedia untuk membayar.

"Semua sekali RM1000 encik. Tidak termasuk dengan baju dan tudung yang isteri encik gunakan, kerana ia percuma. Dan tanda kami memberi sokongan kepada isteri encik yang berhijrah untuk menutup aurat." Mikhael dan Azalea tersenyum lebar ke arah wanita itu.

"Terima kasih, saya amat menghargai hadiah ini. Insha Allah doakan saya semoga terus istiqomah." Wanita itu mengangguk sambil tersenyum.

"Selamat pengantin baru." Azalea tersenyum. Mikhael mengangkat semua beg-beg pakaian isterinya.
"Abang taknak Lea bantu?" Mikhael menggeleng.

"Dekat je sayang, tak payahlah." Azalea tersenyum dan mengangguk.
"Irzat, kau masih nak tinggal sini?" Soal Mikhael kepada adiknya. Zaquan hanya mengangguk.

"Aku dengan isteri aku pulang dulu." Zaquan mengangguk sambil tersenyum, cantik sahaja dia melihat kakak iparnya kini telah menutup aurat.


iiiiiiii


Ally berlari ke arah Damien yang sedang menangis teresak-esak.

"Damien, macam mana dengan Ayden?" Soal Ally apabila melihat kawannya itu bersandar dengan air matanya mengalir di pipi.
Damien memandang Ally dan dia terus memeluk Damien dengan erat.
"Ally, Ayden masih di dalam sedang di bedah." Ujar Damien sambil menangis.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now