MMC || T U J U H

84 3 0
                                    

Azalea menyorok di sebalik dinding apabila Mikhael memandang ke arah cermin tersebut. Terdengar sahaja motor itu berlalu pergi, Azalea kembali mengintip Mikhael. Tercebik Azalea di buatnya.

"Heish, harap je muka hansem tapi mulut puaka sungguh benci!"

"Apa yang kamu cakapkan sorang diri tu Nadhirah?" Soal dato Zain.

Dato Zain dan datin Zahirah menyaksikan segalanya perbualan di antara Mikhael dan Azalea. Tertawa kecil mereka di buatnya apabila melihat Azalea yang berabis menentang syarat yang di kenakan oleh Mikhael.

"Err.. Papa, takde apalah. Papa Nad naik atas dulu bye!" Dato Zain hanya tersenyum manis.

"Dah kenapa anak kita tu abang?" Soal datin Zahirah pelik, dia baru sahaja dari dapur meneguk segelas air. Kembali sahaja dia, dia melihat anaknya berlari naik ke tingkat atas.

"Takde apalah. Saya rasa Mikha dah tahu dah kita nak kahwinkan dia dengan Nadhirah." Datin Zahirah hanya mengangguk faham.

"Mama! Papa!" Jerit Azalea dengan lantang.
Terdongak pasangan itu melihat ke atas.
"Mikha kirim salam dengan mama dan papa. Tu je bye I love you guys!" Datin Zahiran mengurut dadanya. Sabar.

"Sabar je lah dapat anak macam ni, tahunya nak menjerit je." Dato Zain tertawa kecil.
"Nanti pandai-pandai lah Mikhael didik anak kita tu jadi wanita yang solehah. Abang yakin Mikhael mampu didik anak kita." Datin Zahira mengangguk, dia juga berharap Mikhael dapat mendidik Azalea dengan baik dan jadikan Azalea wanita solehah dan menutup aurat.

iiiiii

Mikhael merebah tubuh di kerusi luar rumahnya. Penat memikirkan hal hari ni, sungguh banyak kejutan di buatnya. Dengan umi dan abahnya tidak berbincang kepadanya, dapat bakal isteri pun terlalu brutal. Mampukah dia mendidik isterinya dengan baik? Argh stres!

"Eh Mikha, buat apa di sini? Kamu dari mana?" Soal Atiekah kepada adik iparnya. Dia duduk di hadapan adik iparnya.

Mikha hanya tersenyum ke arah Atiekah.

"Err.. Tiekah.. Aku masuk dalam dulu." Pamit Mikhael. Tidak mahu duduk lama-laha dengan Atiekah.
"Kenapa Mikha kenapa?" Soal Atiekah tiba-tiba.

Langkah Mikhael terhenti.

"Kenapa awak layan saya macam ni? Saya ni kakak ipar awak." Mikhael hanya menggeleng kepala.
"Tak boleh ke awak lupakan je kisah lalu kita?" Mikhael memandang Atiekah.

"Siapa kata aku masih ingat kisah lalu kita? Kau dah jadi kakak ipar aku pun, kau dah dapat apa yang kau mahu. Then? Lagipun aku dah nak kahwin, kau jangan risau isteri aku jauh lebih baik berbanding kau." Atiekah tersenyum sinis.

"Awak yakin? Saya dah nampak dah bakal isteri awak. Seksi. Itu jauh lebih baik?" Soal sinis Atiekah.

Mikhael tertawa.

"Ya, memang seksi. Tapi sekurang-kurangnya dia tak munafik macam kau!" Terdiam Atiekah.
"Maafkan aku Atiekah, jangan ganggu aku. Aku cuba kawal amarah aku Atiekah. Kau anggap jelah kita takde apa-apa masalah. Aku nak masuk rehat."

Mikhael terus berlalu pergi.

"Eh kau dari mana?" Soal Zariel memegang bahu adiknya.
"Dari rumah Azalea, jumpa dia." Balas dingin Mikhael.
"Buat?"

"Aku berbincang dengan dia pasal perkahwinan kitaorang tu je. Bang, aku nak naik atas rehat." Zariel hanya mengangguk dan melepaskan pegangannya di bahu adiknya.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now