MMC || D U A P U L U H L I M A

119 1 1
                                    

Mikhael meraba ruang di sebelahnya, mencari di mana keberadaan isterinya. Apabila dia merasakan Azalea tiada di sebelahnya, Mikhael membuka mata dengan perlahan.

"Sayang.." Tiada sahutan dari Azalea, Mikhael berdiri untuk mencari keberadaan Azalea.

Apabila dia sampai di tingkat bawah, dia mendapati bahawa Azalea sedang sibuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka, terukir senyuman kecil di bibir jejaka kacak itu.

Mikhael datang ke arah Azalea dan di peluk dari belakang wanita itu. Sempat dia mencium leher Azalea untuk menghidu haruman wanita kesayangannya itu.

"Eh abang, good morning. Dah lama bangun? Tunggu kejap ye, tinggal ni je lepastu dah siap Lea masak." Mikhael menggeleng lemah, di pusingkan tubuh Azalea.

"Abang, Lea tengah masak ni." Mikhael tersenyum dan mengangguk faham, dia memerhati setiap inci wajah isterinya. Sudah banyak berubah, pipinya semakin berisi, bibir kesayangannya itu semakin bertambah seksi!

"Makin cantik isteri abang semenjak mengandung ni." Azalea tertawa kecil.
"Bagi Lea masak dulu ye?" Mikhael menggeleng.
"Biar abang sambung, senang je ni. Sayang nak masak supkan?" Azalea mengangguk dan tersenyum lebar.

Mikhael menolak perlahan isterinya ketepi dan dia meneruskan masakan isterinya.

"Abang nak tanya sikit boleh?" Azalea tersenyum dan mengangguk.
"Nak tanya banyak pun tak pe." Mikhael tertawa kecil.

"Abang sayang tu semuanya islam ke?" Berkerut dahi Azalea, abang?
"Hm yang abang maksudkan ni abang Arran dan abang Danish eh?" Mikhael mengangguk, sedikit sebanyak dia berasa cemburu apabila dia mendengar isterinya memanggil Arran dan Danish abang.

"Oh, ya. Abang Arran dan abang Danish islam." Mikhael mengangguk faham.
"Maafkan abang.." Azalea memandang ke arah suaminya dan tersenyum lebar. Di matikan dapur gas tersebut dan dia memegang pipi suaminya.

"Abang tak salah, Lea faham perasaan abang. Kalau Lea di tempat abang, sudah tentu perkara yang sama Lea akan buat dahlah abang penat pulang dari outstation lepas tu tengok lagi isteri jalan dengan lelaki yang dia tidak kenali." Mikhael menggeleng kepala.

"Tapi abang sepatutnya tanya dulu isteri abang, bukan terus menghukum. Abang bukan suami yang baik untuk Lea sayang. Bunga abang ni terlalu sempurna." Azalea tertawa kecil di cium lama bibir suaminya.

Dia menggeleng kepala perlahan, pipi si suami di pegang dengan lemah lembut.

"Bukan Lea yang terlalu baik, tapi abang yang terlalu menyanyangi. Dah okey? Benda pun dah lepas, kita redha okey?" Mikhael tersenyum.

Azalea tersenyum manis.
"Abang..."

"Ya sayang?"

"Erm.. Abang dah selesai dekat luar negara?" Mikhael cuba untuk tersenyum, dia tidak mahu berjauhan dari isterinya lagi-lagi Azalea sedang mengandung, namun bagaimana sudah itu pekerjaannya.

Azalea tersenyum.

"Lea akan sentiasa faham pekerjaan suami Lea, Lea kan berkongsi kasih abang dengan negara. Abang milik Lea dan abang juga milik negara ni, kalau Lea memerlukan abang dan sudah tentu negara ni lebih memerlukan abang. Lea faham." Mikhael tersenyum lebar, terharu mendengar kata-kata isterinya. Azalea Nadhirah sentiasa memahaminya dan akan memahaminya selalu.

"Ya Allah, terima kasih ya Allah. Kau telah hantar seorang bidadari kepadaku. My beautiful flower, Azalea Nadhirah dan anak daddy." Azalea tertawa kecil dan mengangguk.

"Erm.. Petang ni abang akan terbang semula ke luar negara." Azalea tersenyum, cuba untuk memaniskan senyumannya. Dia mengangguk lemah.

"So hari ni, abang nak luangkan masa dengan isteri abang. Kita pergi makan dekat luar okey?" Mikhael memeluk isterinya dan di cium pipi munggil Azalea.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now