MMC || D U A P U L U H E M P A T

70 1 0
                                    

Mikhael memandang lama ke arah isterinya, mahu sahaja dia mencium bibir itu dengan begitu lama untuk melepaskan rindunya terhadap isteri tercinta.

Arran masuk ke dalam wad Azalea sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Mikhael memandang lama jejaka berkacukan Italy itu.

"Kau siapa? Apa hubungan kau dengan isteri aku? Dah berapa lama korang asyik berjumpa?" Arran tersenyum dan duduk di kerusi, dia menyilangkan kakinya.

Lelaki ni tak rilek siak.

Tiba-tiba Danish masuk ke dalam wad dan berdiri di hadapan pintu.
"Cosa stai facendo qui Danish? (Apa kau buat di sini Danish?)" Danish hanya diam. Jejaka kacak itu memandang lama ke arah Mikhael, silap hari bulan ada kes bunuh dalam hospital tapi mengenang adik kesayangannya bakal jadi janda tidak mengapalah.

"Voglio vederlo se prova a toccare il mio tesoro, quindi è facile ucciderlo. (Aku nak perhati dia, kalau dia cuba nak cederakan adik kesayangan aku, senang untuk aku bunuh dia.)" Arran menggeleng kepala.

"Kenapa kau tak dengar dulu penjelasan isteri kau?" Soal Arran dengan tenang. Mikhael tersenyum sinis. Sedikit sebanyak dia berasa tergugat dengan kekacakan jejaka yang berada di hadapannya.
"Dengar apa? Depan mata aku kau berpelukan dengan dia." Arran memicit pelipisnya.

"So kalau dia berpelukan dengan papa dia kau nak terus hukum dia?" Soal sinis Danish secara tiba-tiba  membuatkan Mikhael terdiam sejenak.
"Korang siapa dia nak peluk? Korang ada pertalian darah ke dengan dia?"

Mahu sahaja Danish menikam lelaki itu menggunakan pisau belatinya namun dia menahan niatnya.

Arran tersenyum.

"For your information Mr. Syed Umar Mikhael, she is my cousin. Dia adalah adik susuan aku dengan adik kembar aku Danish. Aku Arran Denniz, dan dia.." Arran menghulurkan tangan untuk berjabak tangan dan di sambut dengan lambat oleh Mikhael.

Arran memandang adiknya memberi isyarat untuk memperkenalkan diri.

Danish membuang muka.

"Aku Arren Danish." Arran memandang ke arah Mikhael, wajahnya jelas kelihatan seperti tidak percaya.
"Nanti kalau Nadhirah dah sedar kau pergi minta maaf dekat dia atau.." Belum habis Arran hendak menghabiskan ayatnya Danish tiba-tiba mencelah.

"Atau aku hantar kau jumpa Tuhan." Arran menggeleng kepala. Danish terus berlalu pergi meninggalkan Mikhael dan Arran, dia masih sakit hati akan perbuatan yang di lakukan oleh Mikhael meninggalkan Azalea begitu sahaja dan menuduhnya tanpa soal siasat.

"Maaf, Danish memang macam tu. Mulut laser, tapi dia okey. Dia sayang sangat dekat Lea, sebab hanya Lea adik kitaorang. Meskipun dia hanya adik sepupu." Mikhael tersenyum kecil.

"Takpe, saya faham. Korang ni campuran Italy?" Arran mengangguk.
"Jadi Lea.." Arran mengangguk sekali lagi.
"Lea pun ada campuran Italy, papa dia kan campuran Italy." Mikhael hanya mengangguk faham.

"Aku gerak dulu, ingat. Jadikan ini sebagai pengajaran, kalau kau nampak isteri kau buat sesuatu tanya dulu dan dengar penjelasan bukan terus menghukum. Lagi-lagi dia tengah bawa anak-anak kau, jangan buat dia tertekan." Mikhael tersenyum dan memeluk Arran.

Arran menepuk belakang Mikhael.

"Sekali lagi benda ni berlaku, aku akan biarkan Danish bunuh kau." Mikhael tersenyum kelat, memang benar Danish ada aura-aura pembunuh. Dari cara dia memandang dan sifatnya sudah menunjukkan siapakah Harren Danish.

Arran terus sahaja keluar meninggalkan Mikhael sendirian.

Mikhael memandang lama isterinya, di usap kepala dan perut Azalea dengan lembut.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now