MMC || D U A B E L A S

93 3 1
                                    

Puan Fazylah memerhati anaknya yang baru sahaja pulang.

"Assalamualaikum umi dan abah.."
"Waalaikummussalam, Irzat dari mana?" Soal tuan Firdaus memerhati anaknya.

Zaquan mengurut lehernya dan datang ke arah umi dan abahnya.

"Irzat baru pulang dari shoot." Berkerut dahi puan Fazylah.
"Takkan shoot sampai pukul sembilan malam?" Soal pelik puan Fazylah.

Zaquan hanya tersenyum kelat.

"Maafkan Irzat umi dan abah.. Tapi Irzat penat sangat, boleh Irzat naik atas?" Puan Fazylah hanya mengangguk lemah.

Zaquan terus sahaja berlalu pergi.

Puan Fazylah menggeleng kepala memerhati anak lelakinya itu. Dia dapat lihat perubahan anaknya itu, tidak tahu mengapa Irzat seperti menyembunyikan sesuatu dari mereka semua.
"Apa nak jadi dengan Irzat ni asyik-asyik pulang lewat je."
"Biarlah dia, Irzat dah besar. Dia dah pandai jaga diri, anak awak tu bukan budak kecil. Dia dah umur 23 tahun dah." Puan Fazylah hanya melepaskan keluhan berat.

Zaquan menghempas tubuh, dia sudah terlebih dahulu solat isyak.

Uyaina datang masuk ke dalam bilik abangnya.
"Abang.. Boleh Aina masuk?" Zaquan memandang seketika adiknya dan dia meletakkan kembali kepalanya.

"Masuklah, tapi adik tutup pintu dulu." Uyaina hanya mengangguk dan menutup pintu.

Uyaina duduk di birai katil sambil bersila.
"Abang ni kenapa? Abang taknak cerita apa-apa masalah abang?" Zaquan memandang adiknya sambil tersenyum.

"Dah besar dah adik kesayangan abang ni." Tertawa kecil Uyaina di buatnya.
"Abang! Apa masalah abang?!" Zaquan duduk bersila memandang adiknya.

"Abang dah jatuh cinta dengan seseorang." Membulat mata Uyaina. Wow ok tak terkejut.
"Siapa perempuan bertuah tu?" Soal Uyaina ingin tahu.
"Adik kenal ke leftenen Arisya?" Uyaina mengangguk laju.
"Kenal-kenal. Kawan abang Mikha, haritu dia ada datang masa majlis abang Mikha dengan kak Aza. Cantik orangnya." Zaquan mengangguk.

"Itu lah perempuan yang abang suka." Uyaina tersenyum lebar dan memandang abangnya.
"Abang dah confess? Dia terima kan? Mustahillah dka tolak, abang hansem kot. Dah lah hansem bisnesman pulak tu." Zaquan tersenyum kelat.

"Abang dulu pernah bercinta dengan dia, tapi putus sebab ayah dia tak suka abang." Berkerut dahi Uyaina.
"Kenapa pula ayah kak Arisya tak suka abang?" Zaquan memandang adiknya.

"Mungkin dia tak suka sebab abang pernah lawan ayah kak Arisya, sebab.."

"Abang lawan?!" Zaquan mengangguk.
"Macam mana abang tak lawan kalau dia pukul kak Arisya depan khalayak ramai? Abang paling pantang orang yang abang sayang di ganggu dan di sakiti!" Ujar Zaquan panas, hampir-hampir sahaja amarahnya meletus tapi dia lihat wajah mulus adiknya membuatkan dia kembali tenang.

Uyaina tersenyum manis.

Dia kenal benar Syed Zaquan Irzat, seorang lelaki yang periang dan murah senyum, taat kepada ibu dan bapa, hormat orang tua. Namun apabila seseorang itu menganggu orang yang dia sayang, Syed Zaquan Irzat akan berubah secara drastik seratus peratus. Lelaki itu akan menjadi lebih ganas dan kejam. Dia tidak akan berfikir sama ada orang itu adalah tua ataupun muda, berkuasa atau tidak. Dia sanggup buat apa sahaja.

"Abang cubalah ambil balik hati ayah kak Arisya." Zaquan hanya diam, andailah adiknya tahu bahawa abangnya siapa.

"Err yelah adik, abang nak rehat esok nak pergi kelas." Uyaina tersenyum dan mengangguk, dia terus berjalan menuju ke pintu.

"Selamat malam abang kesayangan Aina!" Ujae Uyaina dan berlalu pergi.

Zaquan tersenyum manis.

"Selamat malam adik kesayangan abang." Zaquan berdiri menukar bajunya dan terus sahaja baring di atas katil. Dia memejamkan mata merehatkan mindanya, esok merupakan hari yang penting untuk dia.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now