MMC || L I M A B E L A S

87 3 0
                                    

"Assalamualaikum umi! Abah!" Laung Mikhael dan mengangkat beg-beg mereka masuk ke dalam rumah.
"Waalaikummussalam, dah pulang dah pengantin baru." Ujar puan Fazylah. Mikhael tersenyum dan menyalam uminya.

"Eh mama pun ada?" Datin Zahirah mengangguk.

"Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam.." Datin Zahirah memandang tidak percaya ke arah anaknya, Azalea kini telah bertudung dan menutup aurat. Puan Fazylah tersenyum melihat perubahan menantunya, sejuk hatinya melihat.

"Nadhirah?" Azalea mengangguk dia tereenyum lebar memandang ke arah ibunya.
"Ya Allah, cantiknya anak mama bertudung." Ujar datin Zahirah dan memeluk anaknya erat. Tuhan sahaja tahu petapah bersyukurnya dia melihat anaknya terdetik hendak menutup aurat.

"Zahirah.. Eh Nadhirah?" Soal dato Zain. Azalea mengangguk dan memeluk dato Zain dan datin Zahirah. Anak beranak itu berpelukan.

Manakala Mikhael, puan Fazylah dan tuan Firdaus tersenyum lebar.

"Syukur kalau Nadhirah dah bertudung." Azalea mengangguk sambil tersenyum manis.
"Mikha, bawa isteri kamu naik atas. Dia nak rehat tu." Mikhael hanya mengangguk faham.
"Jom sayang.." Azalea tersenyum dan naik ke tingkat atas.

"Tak sia-sia kita satukan mereka berdua tu. Mikhael dapat mengubah Nadhirah." Puan Fazylah tersenyum.
"Atas semangat Nadhirah juga nak menutup aurat. Kalau Mikha sokong tapi Nadhirah belum sedia takkan punya dia tutup aurat. Kira semua ni atas usaha Nadhirah sendiri." Datin Zahirah mengangguk faham.

Sejuk hatinya melihat anaknya yang sekarang, lebih sopan dan menutup aurat.

"Sayang, nanti lusa kita pergi rumah kita nak?" Azalea memandang suaminya.
"Erm, rumah abang dekat mana?" Soal Azalea dan memerhati bilik suaminya, kemas dan cantik. Semua serba putih dan kelabu.

"Boleh tahan jauhnya juga sayang, sebab dia atas bukit dekat laut." Azalea tersenyum lebar.
"Mesti cantikkan pemandangan dekat sana?" Mikhael mengangguk.

"Tak sabar nak pergi sana." Mikhael tertawa kecil.
"Untuk hari ni dan esok kita tinggal rumah umi dan abah dahulu." Azalea mengangguk laju.

"Bila sayang mula kerja?"
"Minggu depan." Mikhael hanya mengangguk faham.

"Sayang taknak pergi mana-mana?" Azalea menggeleng kepala. Penat!
"Takde abang, lagipun Lea selesa duduk bilik ni. Rasa macam taknak keluar dari bilik ni, cantik sangat." Mikhael tersenyum nakal.

"Betul ni taknak keluar?" Azalea mengangguk.
Mikhael memanjat tubuh Azalea.

"Abang.. Kenapa ni?" soal pelik Azalea.
"Abang rasa bosan lah sayang, jom buat pahala." Azalea tersenyum malu.

"Nanti mama, umi, abah dan papa panggil macam mana?" Soal Azalea, dia menghentikan suaminya sebelum Mikhael pergi jauh.

"Then let's do quickly!"
"Q-quickly?" Mikhael mengangguk dan meneruskan pelayaran mereka berdua.

iiiiiiii

Zaquan di salah satu meja terpencil, dia memerhati Arisya yang sedang duduk beersendirian.

Ace datang ke arah Zaquan.

"Cepatnya kau pulang dari Langkawi." Zaquan hanya sekadar mengangguk.
"Orang yang aku perhatikan tu pulang awal, so aku pun pulang awal jugalah nak perhatikan pula Arisya." Ace menggeleng kepala.

"Kau tak penat ke? Dah lah kerja kau jaga mangsa kau, lepastu kau jaga lagi Arisya. Baik kau masukkan je terus Arisya dalam senarai di bawah pemerhatian kau." Zaquan menggelemg kepala.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now