MMC || E N A M B E L A S

68 3 1
                                    

"Hati-hati Mikhael." Mikhael hanya mengangguk dan melambai ibu bapanya. Azalea turut melambai mereka dan menutup tingkap cermin kereta.

"Sayang.." Azalea memandang suaminya.
"Ye abang?"

"Isnin nanti sayang dah turun pejabat?" Azalea mengangguk.
"Ya dah nak turun, Lea dah janji haritu dengan papa. Kenapa abang?" Mikhael tersenyum dan menggeleng.

"Kalau abang datang pejabat isteri abang okey? Sayang tak marah?" Azalea tersenyum dan menggeleng kepala.
"Kenapa Lea nak marah suami Lea kalau dia datang pejabat? Abang kan suami Lea." Mikhael tertawa kecil.

"Mana tahu sayang tengah tunggu cinta pertama sayang." Azalea menggeleng kepala.
"Abang.. Lelaki tu cuma kisah lalu untuk Lea. Lea dah lupakan dia, sekarang ni hanya abang yang di hati Lea." Mikhael tersenyum.

"Sayang tak cuba cari dia ke?" Azalea menggeleng kepala.
"Lea dah lupa macam mana wajah dia." Berkerut dahi Mikhael.
"Kata cinta pertama, kalau cinta pertama sayang mesti ingat ciri-ciri dia." Azalea tertawa dan menggeleng.

"Seingat Lea, muka dia sawo matang. Dia mempunyai mata hazel dan hidung mancung. Murah senyum pula tu. Tinggi dari Lea." Mikhael tertawa kecil.

"Ada ciri-ciri abang ke?" Azalea tertawa dan memandang suaminya.
"Ada iras-iras sikit. Tapi abang jauh lebih baik daei cinta pertama Lea, I love you so much my captain." Mikhael tersenyum lebar, dia memegang erat tangan isterinya dan di cium dengan penuh kasih.

"I love you too my flower."

iiiiiiii

Arisya berjalan bersendirian di sebuah lorong. Dia memandang kiri dan kanan terasa seram pun ada.

"Oi!" Arisya memandang ke arah suara itu, ayahnya telah datang.
"Datang juga kau." Arisya hanya diam.

"Bagi aku duit." Arisya mengeluarkan dompetnya dan memberi tiga ratus ringgit kepada ayahnya.
"Ni je? Aku nak lagi!" Arisya menggeleng laju.
"Itu je tinggal duit Risya ayah." Ayahnya menggeleng laju dan menolak Arisya sehingga sikunya berdarah.

"Bagi aku duit!"
"Takde!"
"Melawan engkau!" Jerit ayah Arisya dan memukul kepala Arisya sehingga berdarah.

Arisya memegang kepalanya, dia melihat darah ada di tangannya. Mata Arisya semakin pudar, namun sempat dia melihat ayahnya di belasah dengan terus oleh seorang lelaki.

Lelaki itu datang ke arah Arisya.

"Zaquan.. Kepala Mikaeyla berdarah." Zaquan berhenti memukul bapa Arisya dan berlari ke arah Arisya.
"Mikaeyla.."

Arisya tersenyum sebelum matanya tertutup dengan rapat.

"Zaquan.."
"Bertahan Mikaeyla, aku akan hantar kau ke hospital dengan secepat mungkin." Zaquan mengangkat gadis itu dan di letakkan di dalam kereta.

Setelah beberapa minit menempuhi perjalanan, Zaquan menghantar Arisya masuk ke dalam hospital untuk di berikan rawatan lanjut.

Habis satu baju Zaquan penuh dengan darah. Kebetulan dia memakai baju berwarna putih, Zaquan meraup kasar wajahnya.

"Sial!" Ace menenangkan Zaquan.
"Sabar, kita tunggu Mikaeyla keluar dari bilik rawatan." Zaquan mengetap rahang.

"Kali ni aku takkan lepaskan orang tua tu." Ace menggeleng kepala.

"Jangan Zaquan, kes kau ada yang belum selesai. Jangan buat kes baru." Zaquan mengetap rahang.
"Sial!"
"Nanti kalau bapa dia di luar kawalan baru kita selesaikan orang tua tu. Sekarang ni kau fokus dengan Mikaeyla." Zaquan hanya diam.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now