MMC || S E P U L U H

96 3 0
                                    

Azalea mencelik matanya apabila dia mendengar alunan bacaan ayat kitab suci bergema di biliknya. Dia menggosok matanya dan melihat siapa yang mengaji.

Mahu sahaja dia menjerit melihat lelaki yang sedang duduk di atas sejadah itu namun baru dia teringat yang dia telah berkahwin. Azalea memperbetulkan duduknya, selimut tebal di tarik bagi menutup pehanya yang terdedah kerana takut sejuk.

Terukir senyuman di bibir Azalea. Merdu!

Habis sahaja Mikhael mengaji dia berdiri dan terpandang ke arah isterinya, Mikhael melemparkan senyuman manis ke arah isterinya. Songkok di buka, lalu di letak di atas meja solek isterinya. Rambut di tolak ke belakang, Mikhael duduk di sebelah isterinya.

Tangan Mikhael gatal menolak rambut Azalea ke belakang telinga isterinya apabila rambut itu menutup wajah cantik isterinya.

"Dah bangun?" Azalea hanya mengangguk lemah.
"How's your sleep my flower? Good?" Soal Mikhael dengan penuh romantik.

Azalea tersenyum dan mengangguk laju.

"Sayang siap-siap, abang nak bawa isteri abang jalan-jalan. Sebab papa cerita sayang teringin nak pergi bercuti dalam Malaysia kan?" Mata Azalea bersinar-sinar.

"U nak bawa I pergi jalan-jalan? Dekat mana?" Mikhael tersenyum dan mengangguk.
"Langkawi?" Azalea tersenyum lebar.

"Kalau macam tu pergi mandi, abang kemas-kemas tilam. Lepastu sayang pergi kemas baju-baju kita boleh?" Azalea mengangguk lagi. Dia terus turun dari tilam.

"Azalea.." Azalea memandang suaminya. Mikhael datang ke arah isterinya, di ikat tali baju isterinya itu apabila hampir separuh tubuh Azalea terdedah kerana tali ikatan itu terbuka.

"Dah, pergilah." Azalea tersenyum manis, di hadiahkan satu ciuman kepada Mikhael dan terus berlalu pergi.

Wajah Mikhael sudah kemerahan, aduhai hati tak boleh ke kau bawa mengucap? Mikhael menggelengkan kepalanya dan terus mengemas katil mereka sebelum dia turun ke tingkat bawah.

Dia lihat belum ada sesiapa berada di tingkat bawah, barangkali ibu dan bapa mentuannya masih tidur. Mikhael terus melangkah menyiapkan sarapan untuk keluarga tersebut.

"Eh tuan Mikhael, buat apa ni?" Soal makcik Kiah risau.
Mikhael tersenyum manis.
"Saya masak sarapan je mak Kiah, tak payah risau lah. Saya dah biasa masak sarapan." Makcik Kiah tersenyum manis, untung Azalea kerana dapat suami yang rajin dan tidak pernah berkira.

"Makcik boleh buatkan air? Saya tak tahu air apa yang mereka suka." Soal Mikhael dengan mesra. Makcik Kiah mengangguk.

"Dato Zain dan datin Zahirah suka air kopi susu. Kalau Nadhirah dia tu minum je apa-apa asal bukan tea." Mikhael mengangguk faham.

"Kalau macam tu, air untuk isteri saya biar saya lah yang buat ye." Makcik Kiah mengangguk lagi.

Azalea memandang di ruang tamu. Kemana perginya encik suami kita ni?

"Eh hye sayang. Dah turun dah, jom makan abang dah masak. Sorry lah ye kalau tak sedap, abang masak simple-simple je sayang." Azalea seperti tidak menyangkakan, lelaki seperti Mikhael bukan sahaja kuat pegangan agama, hebat dalam medan perang malah suaminya ini hebat dalam memasak.

Ok rasa insecure sebab diri ini tidak bijak memasak.

Azalea duduk di meja makan. Dia lagi tergamam, masakan Mikhael bukan calang-calang. Masakan orang Itali, spagheti carbonara. Telur separuh masak dan roti bakar.

Azalea memandang suaminya. Mikhael memberi isterinya spagheti yang telah di masak.

"Kenapa sayang? Tak sedap ke?" Azalea menggeleng.
"Dari mana abang belajar semua ni?" Soal Azalea ingin tahu. Mikhael tersenyum.
"Abang main lempar-lempar ke dan jeng jeng jeng dah siap." Azalea tertawa kecil.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now