MMC || D U A P U L U H S A T U

63 3 1
                                    

"Ya Allah Nad, dah lah tu menangis sayang. Suami kamu pergi kerja je." Pujuk datin Zahirah. Azalea hanya diam dan mengeratkan lagi pelukannya.

Mikhael hanya tersenyum lebar.

Azalea memperbetulkan tudung sarungnya. Manakala Mikhael menggosok belakang isterinya untuk menenangkan Azalea.

"Abang janji abang akan usaha call dan text isteri abang okey? Sayang kena sabar tunggu abang, abang pergi sana nak bekerja." Azalea hanya mengangguk di dalam pelukan suaminya.

Mikhael memandang seketika ke arah Faizul, dia hanya mengangguk faham. Dia terus sahaja meleraikan pelukan isterinya dan di pandang lama wajah isterinya, di usap perlahan pipi isterinya.

"Dah tak cantik isteri abang nangis. Dah tak mau nangis-nangis nanti siapa nak pujuk sayang kalau abang takde hm?" Pujuk Mikhael, Azalea hanya menggeleng kepala.

"Jaga makan minum sayang ye? Kalau ada apa-apa pergi cari Irzat." Bisik Mikhael, Azalea mengangguk lagi.
"Abang jaga diri." Mikhael tersenyum dan mengangguk.
"Abang kena pulang dengan selamat, Lea taknak besarkan anak kita sorang-sorang." Mikhael memandang lama ke arah isterinya.

"Sayang.." Azalea mengangguk.
"Lea mengandung, abang." Mikhael tersenyum lebar. Di cium dahi isterinya lama.
"Janji dengan Lea abang akan pulang dengan selamat, abang akan ada di sisi Lea masa Lea nak bersalin. Janji abang?" Mikhael mengangguk dan di peluk erat isterinya.

Seperti tidak mahu meninggalkan isterinya apabila dia mengetahui isterinya mengandung.

Uyaina dan keluarga mereja hanya tersenyum melihat kebahagiaan suami dan isteri itu. Tidak sedikit pun hendak menganggu kenangan terakhir mereka sebelum mereka berpisah untuk waktu yang lama.

"Abang janji abang akan pulang dengan selamat jaga anak kita sama-sama ye sayang. Sayang kena sabar tunggu abang. Sayang tunggu abang ye?" Azalea mengangguk laju.

"Lea akan tunggu suami Lea, sampai suami Lea pulang." Datin Zahirah dan puan Fazylah berdiri di sebelah Azalea.

Mikhael melepaskan pegangan tangan mereka. Dia memandang ke arah mak dan ibu mentuanya.
"Mikha jalan dulu." Pamit Mikhael.

Mikhael mengambil begnya dan berjalan ke arah Faizul yang tersenyum lebar ke arahnya, faham akan perpisahan dengan keluarga. Sebelum dia menaiki kapal terbang, Mikhael kembali memandang isterinya yang melambainya sambil menangis.

Tersenyum kecil Mikhael di buatnya. Jaga diri isteriku, abang janji abang akan pulang dengan cepat.

"Umar.." Mikhael memandang Faizul dan mengangguk. Kaki terus sahaja melangkah naik masuk ke dalam kapal terbang.

Azalea hanya mampu memerhati suaminya.

Uyaina memegang tangan kakak iparnya.
"Aina ada teman akak okey?" Azalea tersenyum dan mengangguk.
"Nad, jom sayang kita pulang. Kita pergi rumah mama dan papa ye." Azalea menggeleng kepala.
"Takpe lah mama. Nad nak pulang rumah Nad dan abang Mikha, nanti ada masa Nad datang rumah mama boleh?" Datin Zahirah tersenyum dan mengangguk faham.

"Kalau macam tu, Aina teman akak boleh? Aina nak tengok rumah korang." Azalea tersenyum dan mengangguk.
"Aina drive boleh? Akak rasa penatlah." Uyaina mengangguk laju.

"Bila kamu datang rumah?" Soal puan Fazylah pula.
"Esok Nad datang rumah umi dan abah boleh?" Puan Fazylah mengangguk.
"Hati-hati, Aina jaga kakak kamu bagus-bagus. Dia tengah mengandung." Uyaina mengangguk laju.

"Kak jom kita pulang." Azalea hanya mengangguk dan terus berlalu pergi.
"Sebelum tu, akak nak tanya Aina."
"Apa dia kak?"

Azalea memandang seketika ke arah adik iparnya.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now