MMC || L A P A N B E L A S

64 2 0
                                    

Zaquan memandang Arisya yang tidur memulas di atas katil, gadis itu kelihatan penat sungguh. Dia mengusap lembut rambut gadis itu.

Kenapa kau mesti lalui semua ni Arisya, kau pun layak bahagia sayang. Maafkan aku sebab pernah lepaskan kau dan kali ni aku takkan lepaskan kau itu janji aku.

Arisya membuka matanya tatkala merasakan ada yang membelainya. Arisya memandang Zaquan.

"Zaquan.." Zaquan mengangguk dan tersenyum.
"Bangun, aku ada bawakan kau ubat dan makanan. Kau takde isi perut pun." Arisya menggeleng kepala.

"Saya takde selera lah Zaquan." Zaquan menggeleng kepala.
"Kau kena makan, nanti anak dalam perut tu lapar macam mana? Kau kena sihat, sebab kau tengah bawa anak kita." Air mata Arisya mula berlenangan di tubir matanya, ada juga lelaki yang sanggup menerimanya walaupun dia mengandung anak luar nikah.

"Eh kenapa ni little girl?" Soal Zaquan dan menarik Arisya ke dalam dakapannya.
"Terima kasih.. Kerana terima saya meskipun saya tengah mengandung anak luar.." Zaquan mencium bibir isterinya.

"Anak tu tak salah, yang salah ialah lelaki yang rogol kau. Aku terima kau apa adanya Arisya sebab aku ikhlas sayangkan kau, aku taknak gadis yang aku sayang di sakiti lagi. Biar aku jaga kau dan besarkan anak kita." Arisya tersenyum lebar.
"Tapi.."
"Shh.. Lepas ni aku taknak dengar kau sebut anak luar nikah, kecil hati anak kita sayang kau panggil dia anak luar nikah. Dia dah ada papa, papa dia dekat sini duduk di hadapan mama dia." Arisya memeluk erat lelaki itu, sungguh dia tidak sanggup kehilangan Zaquan sekali lagi.

Tiba-tiba telefon pintar Zaquan berbunyi. Zaquan memandang seketika.

Ace

"Kejap, kau boleh makan? Aku nak angkat panggilan Ace ni. Makan sayang, nanti anak kita kelaparan pula." Arisya tersenyum dan mengangguk.

Zaquan berjalan ke arah balkoni penthousenya.

Kenapa Ace?

Kau dah bawa lelaki tu pergi gudang kita?

Okok thanks dude.

Ah, isteri aku ok je. Dah tadi aku pujuk dia. Syukur dia dah nak makan.

haha thanks again dude

Panggilan di matikan, terukir senyuman di bibir Zaquan. Bersyukur dapat rakan seperti Ace, anak mata coklat itu memandang ke arah isterinya yang sedang duduk di atas katil queen sambil makan.

'Alhamdulillah dah mula berselera.' Desis hati Zaquan dan berjalan masuk ke arah isterinya.

"Lepas makan kita pergi rumah abang Mikha okey? Kalau tak pun terus pergi rumah umi dan abah." Arisya memandang lama ke arah suaminya.
"Mikha?" Zaquan mengangguk.
"Ex-crush kau sayang." Arisya memukul dada Zaquan.
"Itu dulu, lepas dia kahwin. Hati saya dah mati seratus peratus dekat dia, lagi-lagi saya tengah mengandung." Zaquan tersenyum dan di cium dahi Arisya.

"Lega aku dengar, jadi dengan aku macam mana? Kau dah tawar hati juga?" Soal Zaquan menduga gadis itu. Arisya terdiam, dia menggeleng lemah. Hatinya mula tertaut dengan Syed Zaquan Irzat.

Zaquan seakam faham jawapan isterinya dan tersenyum manis.

"Aku bagi kau masa, aku takkan paksa kau Arisya. Walau macam mana pun kau tawar hati dengan aku, hati aku. Diri aku, semua yang ada dengan aku semua milik kau." Arisya tersenyum kecil.

"Dan saya milik awak Syed Zaquan Irzat." Zaquan tersenyum lebar memandang isterinya.
"Bagi habis bubur tu, sedapkan?" Arisya mengangguk laju.
"Siapa masak? Pembantu rumah awak ke?" Zaquan menggeleng kepala.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now