MMC || E M P A T

115 6 1
                                    

Azalea memandang luar, suasana di Kuala lumpur sungguh jauh berbeza. Rindu Malaysia? Ya mestilah, walau bagaimanapun Malaysia tetap asal-usulnya.

Kereta yang di pandu oleh pemandu dato Zain terhenti di rumah banglo miliknya.

"Nad, kita dah sampai rumah." Azalea tersenyum manis.
'Home sweet home!'

Azalea terus sahaja keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah, benda pertama yang dia tujui ialah biliknya. Penat tau berjam-jam di atas kapal terbang.

Datin Zahirah tertawa kecil dan menggeleng kepala.

"Pergi bersihkan badan kamu dulu." Azalea hanya mengeliat.
"Kamu rehat-rehat dulu tau." Azalea hanya mengangguk. Azalea mengangkat tubuhnya.

Fikirannya ligat memikirkan tiga beradik yang mereka jumpai di lapangan terbang, siapa mereka? Mama dan papa macam kenal semacam je, budak perempuan tu pun siap usik-usik abang dia lagi.

Baik tanya mama!

"Mama!" Jerit Azalea

Datin Zahirah memandang anaknya.
"Kenapa Nad?" Azalea tersenyum.
"Err, siapa tiga beradik yang kita jumpa dekat airport tadi?" Soal Azalea ingin tahu.

"Oh, tadi tu anak-anak kawan baik mama dan papa." Azalea hanya sekadar mengangguk faham.
"Okey mama, you can go. Rapatkan pintu tau thank you mom I love you!" Datin Zahirah menggeleng kepala.

Ada-ada sahaja kerenah anak tunggalnya itu.

Datin Zahirah melangkah turun ke ruang tamu.
"Mana Nadhirah?" Soal dato Zain dengan majalah di tangannya.
"Dekat atas, nak rehat-rehat lah tu. Esok je lah kita pergi rumah diaorang Firdaus eh." Dato Zain hanya sekadar mengangguk.

iiiiiiiiiiiii

Mikhael menilik abangnya yang semakin mengurus itu.

"Bang, kau ke sana tak makan ke apa ni?" Soal Mikhael separuh mengusik. Zariel memandang tubuhnya.
"Apa hal pulak?"
Mikhael menggeleng kepala.
"Taklah, makin mengurus pula. Tu lah nak juga kerja jauh-jauh, tengokkan dah berjauhan dengan isteri." Zariel hanya tertawa.

"Aku balik bercuti pun rancang nak bina balik badan aku jadi sado macam kau barulah senang ngurat awek." Mikhael menggeleng kepala.
"Sedar-sedar diri sikit bang, kau tu dah kahwin." Sindir Mikhael, meskipun mata abangnya itu mata keranjang namun dia yakin abangnya itu setia. Kot.

Zariel ketawa terbahak-bahak.

"Yelah Mikha oi."
"Bila kau nak pergi Sabah jumpa isteri kau?" Zariel mengangkat bahu.
"Isteri aku nak datang sini katanya, tapi taktahu bila." Mikhael hanya sekadar mengangguk.

Motor berkuasa tinggi berhenti di perkarangan rumah agam milik tuan Firdaus. Zaquan membuka helmet motornya dan pergi ke arah abang-abangnya.

Zaquan menyalam Zariel dan Mikhael.

"Bila kau sampai bang?" Soal Zaquan dan meletak beg di ribanya.
"Baru je, Mikha yang ambil aku." Zaquan hanya mengangguk faham.
"Kau dari mana ni? Dating eh?" Usik Zariel. Zaquan menggeleng laju, dia tidak seperti abang sulungnya. Terlalu ramai peminat dan mudah untuk ganti-ganti pasangan, ya sejujurnya ramai peminat namun dia lebih tertarik dengan dunia persendirian.

"Astagafirullah al'azim bang, tak eh. Aku tak minat dengan dunia percintaan ni, bagi aku dunia percintaan ni susah untuk di kawal. Lagi-lagi aku ada masalah percaya dengan perempuan, jadi begitulah aku taknak dulu bercinta." Zariel hanya mengangguk faham, dia memandang pula ke arah Mikhael.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now