MMC || L I M A

95 4 0
                                    

Mikhael memakai pin lambang PARA di bajunya sebelum dia mengambil topi merahnya. Di perbetulkan bajunya. Kemudian, mengambil beg belakangnya.

Nama tertera di bajunya tertulis Syed Umar.

Mikhael melangkah keluar dari biliknya, berkerut dahinya apabila rumahnya itu terlalu bising. Siapa yang datang?

Mikhael turun dari tingkat atas, dapat dia lihat uminya yang sedang bergelak-ketawa bersama datin Zahirah. Namun matanya lebih tertarik ke arah sebelah uminya itu, Azalea Nadhirah. Mikhael terus menggeleng dan pura-pura tidak menyedari akan kehadiran gadia itu, Mikhael sedikit mengangguk melihat pemakaian Azalea yang semakin tertutup walaupun belum bertudung.

"Eh Mikha! Dah nak pergi kerja?" Mikhael tersenyum dan mengangguk.
"Kamu bawa beg ni nak pergi mana?" Soal dato Zain dari belakang. Mikhael memusingkan tubuhnya untuk menyalam .

"Mikha ada tugas uncle dan mengambil masa seminggu." Dato Zain hanya mengangguk faham.
"Makanlah."

Dia terus duduk di kerusi yang biasa dia duduk, namun berhadapan dengan Azalea.

Azalea hanya tersenyum melihat lelaki itu, sebenarnya Azalea sedikit kagum melihat pekerjaan yang di miliki oleh Mikhael dan begitu kacak dan kemas dia bersama baju seragam tenteranya.

"Nad, makan bukan perhati anak orang." Usik datin Zahirah membuatkan satu meja ketawa.

Azalea hanya tersenyum malu, aduh kantoi.

"Zahirah, anak kau Nadhirah dah ada kekasih ke?" Datin Zahirah memandang anaknya seketika dan menggeleng.
"Tiada, kenapa?"

"Sama lah macam Mikha ni, takde kekasih. Kira ada peluang lah ni kita berbesan." Puan Fazylah dan datin Zahirah tertawa terbahak-bahak. Begitu juga dengan dato Zain dan tuan Firdaus.

Mata Mikhael membulat. Manakala Azalea sudah terbatuk-batuk.

Puan Fazylah menepuk-nepuk belakang Azalea.
"Kamu okey nak?" Azalea hanya mengangguk dan tersenyum.

"Err, ye lah abah umi. Uncle dan aunty. Mikha pergi dulu. Irzat, kau naik motor ke?" Zaquan mengangguk.

Mikhael menggeleng.

"Naik kereta, kau hantar aku." Zaquan hanya mengangguk faham.
"Umi, abah uncle aunty.. Irzat pergi dulu. Bye Assalamualaikum." Pamit Zaquan mengikuti abangnya.

Pelik, namun dia membiarkan sahaja persoalan itu bermain di fikirannya menunggu apabila mereka berdua berada di dalam kereta.

"Kau ni kenapa bang? Kekok semacam je?" Soal Zaquan pelik, abangnya bukan sedemikian apabila dia di perjodohkan seperti itu. Dia mesti akan bertenang dan buat seperti tiada apa-apa jadi.

"Takdelah." Zaquan tersenyum nakal.
"Ke kau dah tersuka dekat anak aunty Zahirah?" Usik Zaquan.

Mikhael menggeleng laju.

"Yang bukan-bukan je kau ni." Zaquan tertawa.
"Cantik apa anak aunty Zahirah tu, tapi tulah tak pakai tudung je. Tapi kau boleh pimpin dia bang untuk pakai tudung, insha Allah boleh." Mikhael terdiam sejenak.
"Dah dah, fokus dengan pemanduan kau, cepat sikit nanti kau lambat pula masuk kelas." Zaquan tersenyum dan mengangguk.

Apabila kereta honda civic Zaquan telah sampai di kem tentera, dia berhenti di depan kem tentera tersebut.

Mikhael turun dari kereta adiknya di ikuti dengan Zaquan.

"Hati-hati bawa kereta tu." Zaquan tersenyum dan mengangguk.
"Assalamualaikum bang. Jangan angaukan Nadhirah pula." Usik Zaquan dan dia kembali masuk ke dalam kereta.

Mencintaimu Mr. CaptainWhere stories live. Discover now