Al's | 1

533 16 0
                                    

Hujung minggu di utara jatuh pada hari jumaat tetapi tidak untuk negeri Perlis. Perbezaan cuti bagi Negeri Kedah dan Perlis itu membuatkan mereka bisa menikmati pasar jumaat di negeri Indera Kayangan itu.

Jam menganjak ke angka 10 pagi, pasar jumaat itu semakin sesak dengan pengunjung. Dengan kenderaan yang lalu lalang dan manusia yang mula membanjiri kawasan itu membuatkan Alis mula sesak dada.

"Saya rasa kita dah boleh balik kot." Alis mula bersuara kepada teman-temannya.

"Yelah, akak takdak nak beli apa dah, orang pon dah mula ramai." Kak syima turut bersetuju.

"Sara pon tak dak nak cari apa dah, jomlah kak kita balik, satgi singa betina ni bising pulak." Sara mula menyakat Alis dengan loghat Kedahnya. Anak jati Langkawi campak kemana pon memang tidak akan di tinggalkan loghatnya itu.

"Nak mati perempuan ni." Alis hanya mengerling temannya konon-konon memberi amaran. 

Sara dan Alis sebaya manakala kak syima lebih dewasa dari mereka. Perbezaan umur itu tidak membataskan mereka berteman rapat dengan kak syima kerana mereka tahu limit mereka untuk bergurau. Walaupun kadangkala melebihi had juga. Untungnya mereka tidak menyimpan dalam hati. Alis mengenali mereka dari mula dia menjadi pelajar pascasiswazah dan sehingga kini mereka rapat.

Oh! Tidak terlupa juga dengan kak ros. Cumanya kak ros selalu balik ke rumah keluarganya pada hujung minggu.

SREEETTTTTTTTTTTTT!! DUMMMM!!

Bunyi tayar terseret beserta hentakan itu membuatkan mereka tergamam. Kejadian seorang makcik di langgar oleh lelaki menaiki motor menjadi santapan mata.

"Ya, Allah." Alis berlari terlebih dahulu mendapatkan makcik yang sudah tertiarap di atas jalan raya itu.

"Blah oiii!" kedua-dua lelaki yang menaiki motor berasingan tersebut meninggalkan kawasan tersebut.

"Amboihhhh kurajaq ehhh." Sara mula memaki dua lelaki tersebut.

"Makcik ok?" Alis memangku bahu wanita tersebut dengan tangannya cuba membantu wanita tersebut untuk bangun. 

"Tangan dengan lutut makcik luka ni, jomlah saya bawa ke klinik." kak syima mula menawarkan bantuan. Dia menghulurkan tangan membantu makcik itu bangun.

"Eh tak apa, makcik ok. Luka sikit aja."

"Alis ok tak tu?" Kak syima tidak lupa akan adiknya yang seorang itu. Terlalu sibuk membantu orang lain hinggakan kadang-kadang dia tidak sedar yang dirinya juga tercedera. 

"Ok kak."

"Makcik datang dengan siapa ni?" Alis mengalihkan perhatiannya semula. Melihat wanita tua sebegitu membuatkan dia sentiasa ingatkan mamanya.

"Makcik datang seorang ja tadi, rumah makcik dekat depan sana ja."

"Mehlah kami hantar makcik balik." Sekali lagi kak syima menawarkan bantuannya.

Mereka membantu makcik tersebut masuk ke kereta. Untung saja kak syima tidak parking terlalu jauh. 

*********************************************************************

Alis dan sara memapah makcik tersebut ke kerusi yang terletak di luar rumah itu. Rumah makcik ini agak berjarak dengan rumah jiran yang lain. Mungkin kerana rata-rata orang kampung mendirikan rumah di atas tanah mereka sendiri. 

Tiba-tiba sebuah kereta Mazda CX-5 berwarna hitam meluncur masuk ke halaman rumah dan memarkir . Seorang lelaki berkaca mata hitam, dengan pakaian santai serba hitam keluar dari pintu pemandu.

"Assalammualaikum." Tangannya dihulurkan kepada wanita tua itu tanpa menoleh ke arah yang lain.

Alis menarik pelitup mukanya yang terbuka menutupi separuh dari wajahnya. Bukannya mengada, tapi kerana dia mudah sakit jadi dia harus berjaga-jaga. Walaupun memakai pelitup muka, namun wangian lelaki yang berdiri berhadapannya itu masih bisa di hidu. Baunya sangat maskulin tetapi lembut. Pastinya dapat mengetarkan hati wanita yang menghidunya.

"Kenapa tangan ibu luka ni? Apa jadi?" Lelaki itu membelek tangan wanita tua itu sambil melihat wajah ketiga gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu dengan wajahnya yang terkejut dan tegang.

"Ibu kena langgar."

"What? Siapa yang langgar? Awak ke?" Lelaki itu melihat tepat ke arah gadis yang berdiri paling dekat dengannya itu.

Alis kaget namun mulutnya terkunci tidak dapat membalas pertanyaan tersebut. Dia hanya merenung wajah tegang lelaki itu.

"Saya tanya, jawab!" Suara yang memetir itu pastinya dapat mengejutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

"Awak ke yang langgar ibu saya." Pergelangan gadis itu direntap kasar membuatkan badannya sedikit terdorong ke hadapan.

"Auwww auwww auwwww." Alis cuba menahan tekanan dari genggaman tersebut dengan sokongan tangan yang satunya. Tapi apakan daya, dia tidak mampu melawan rasa sakitnya genggaman itu. Ingin merespon kepada soalan yang di ajukan juga dia tidak mampu kerana terlalu sakit.

Alis! Sara dan kak syima serentak menjerit kecil. Masing-masing panik dengan kejadian tersebut.

"Eh Encik, amboih. Lepas dulu tangan tu." Sara mula panik dan memegang bahu kanan Alis memberi sokongan.

"Dre, lepas tangan Alis. Dia dengan kawan-kawan dia cuma tolong ibu. Ibu kena langgar dengan budak motor masa nak berjalan balik tadi."

Tangan Alis dilepaskan kasar, sedikit terdorong badannya. Tenaga lelaki semestinya lebih kuat dari wanita. Untung saja cepat disambut kak syima dan sara di kiri dan kanannya, jika tidak mungkin dia sudah landing di atas lantai 

"Siapa budak-budak tu ibu? Bagi tau Dre, biar Dre cari diorang" Sungguh hatinya panas. Akan dibunuh orangnya jika mereka disitu.

"Ibu tak sempat tengok pon Dre. Alis dengan kawan-kawan dia cuma tolong ibu. Kalau tak ada diorang mungkin ibu tak balik lagi." Wanita tua itu tersenyum melihat gadis-gadis di depannya itu.

"Lain kali kalau ibu nak ke pasar pagi bawak la sesiapa temankan. Bahaya la macam ni." Terlepas juga kerisauannya.

"Oh ada hati rupanya mamat ni." Sara berbisik kepada Alis.

Alis menjegilkan matanya. Nak mampos budak ni, karang aku kena genggam tangan, kau kena sagat mulut kat jalan raya tu haaaa.

"Ibu tunggu sekejap Dre pergi ambikkan ubat nak cuci luka ibu tu. Kejap lagi kita pergi klinik." Dia segera berlalu masuk tapi matanya sempat mengerling ke arah mangsa kekejamannya sebentar tadi. Mata mereka saling bertentang tetapi hanya seketika apabila pihak yang satu lagi mengalihkan pandangannya.

"Alis, makcik mintak maaf ya bagi pihak anak makcik." Tangan Alis dipegang lembut. Bukannya dia tidak tahu angin anaknya itu. 

"Tak apa makcik, Alis faham. Makcik pon ibu dia mesti la anak makcik lebih risau. Kalau Alis dekat tempat anak makcik mungkin Alis akan buat benda yang sama." Alis cuba menyedapkan hati tua itu.

"Alis, syima, sara jadi la anak ibu, panggil ibu je, ibu tak ada anak perempuan." 

Ahhhhhh! ghisau. Gelaran dah bertukar dah tu. Mereka bertiga hanya mampu tersenyum dengan pelawaan itu.

"Kamu semua makan tengah hari di sini ya, nanti ibu suruh Dre belikan makanan."

Sara menyinggul lengan Alis dengan lenggannya. Alis pula menarik belakang baju kak syima. Harap-harap kak syima memahami.

"Maaf makcik, kami ada janji, jadi ada baiknya kalau kami mintak diri dulu. Risau kejap lagi jalan sesak dengan orang nak ke solat jumaat bagai." Pantas Kak Syima mengoreng. Terasa janggal untuk menyebut perkataan ibu itu, akhirnya dia kekal dengan panggilan makcik itu. sementara nak biasa kan hahaks!

Auch! Bijak kak syima goreng. Alis dan sara sudah tersenyum-senyum antara satu sama lain.

"Ok lah kalau macam tu, nanti kalau datang Perlis, singgah la rumah ibu."

"Inshaa Allah, kami mintak diri dulu ya." Tangan dihulur untuk bersalaman. Diikuti oleh sara dan Alis. Pantas mereka bergerak.

"Kami balik dulu, assalammualaikum." Alis berpamitan.

Pantas mereka bertiga berjalan menuju ke kereta terutamanya Alis. Tidak mahu dia berjumpa dengan anak makcik yang seperti manusia jadian itu. Sakit di tangan juga masih ada. Trauma dia ingin berhadapan dengan lelaki itu. Pasti nanti tangannya lebam. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa, apalah nasib.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now