Al's|13

332 17 1
                                    

Hampir sepuluh minit mereka duduk di restoran hotel itu,namun client yang perlu mereka temui masih belum menunjukkan batang hidung.

"Shit, 10minit dah kot, berapa lama nak tunggu ni." AB mula berang.

"Dia kata dia lambat sikit sampai sebab tadi meeting dekat Johor habis lambat." Aldrey tenang namun wajahnya masih beku.

"Kau nasihatkan kutu tu, apa yang benak sangat, janji macam sampah sama macam dia."

Alis menelan liur, garang sekali AB apabila marah. Almaklumlah business woman, pasti dia akan marah kerana setiap saat adalah wang. Tapi Alis lebih kagum dengan pensyarahnya. Lelaki itu sedikit pon tidak marah walaupun client mereka lambat.

"Bro sorry aku lambat." Ku wafdan yang baru tiba menegur temannya terlebih dahulu. 

"Sokay bro, aku faham. Sorang je ke." Dre berjabat tangan berlaga bahu gaya lelaki dengan teman merangkap clientnya itu.

"Sorang bro, Brian pergi urus bilik, aku suruh dia check-in terus. Member dari semalam tak rehat follow aku." Wafdan mengambil tempat di sofa berhadapan dengan temannya itu.

"Nasib ada Brian kalau tidak tunggang langgang hidup kau." Dre sedia maklum betapa busy hidup temannya itu. 

Wafdan hanya tersenyum. Hilang kepenatannya seketika apabila terpandang akan wanita di sebelah sahabatnya yang sedang masam mencuka itu. Dia membuat membuat isyarat mata kepada Dre menyoal 'asal'.

Dre yang memahami menjawab dalam bahasa isyarat. Dre menunjukkan jamnya, Wafdan, AB, dan isyarat leher dipotong atau berbunyi 'kau lambat, dia nak bunuh kau'.

Wafdan mengaru kening kanannya yang tidak gatal cuba bersedia mental dan fizikal.

"So, boleh kita mula sekarang." Dre terlebih dahulu bersuara membuka perbincangan mereka.

"Sure." Wafdan memberi persetujuan.

"Sebelum tu, Dan kenalkan Alis, staff baru aku dan ni kau dah kenalkan?" Aldrey mengarah kepada AB.

'Sejak bila aku setuju jadi staff dia'. Alis hanya menganggukkan kepala kepada client pensyarahnya itu dan dibalas dengan anggukkan oleh Ku Wafdan. 

Manakala kepada AB, Wafdan hanya tersenyum sinis dan AB langsung tidak memandang lelaki itu.

"AB, silakan." Dre mengeluarkan arahan.

"Before that, this meeting will be formal or informal?" AB menoleh ke arah Dre meminta kepastian.

"Dan, how?" Dre meminta keputusan dari clientnya itu.

"Aku ok je informal Dre, kalau dia nak meeting berdua dengan aku pon lagi aku suka." Wafdan mulakan serangannya.

Alis terkejut dengan penyataan itu. It can be considered as sexual harrassment. Alis menoleh melihat pensyarahnya, dan lelaki itu hanya menggaru kening kanannya dengan jari sambil memejam mata. Jelas wajahnya menunjukkan yang dia penat dengan situasi itu.

"Good, since this meeting is informal so saya bebaslah. Before saya mulakan, Ku Wafdan, I would be thankful if you could be punctual. Respect others' time if you want to be respected." Mata AB menikam mata Ku Wafdan dengan wajah yang serius langsung tidak gentar dengan kata-katanya yang berbaur lucah sebentar tadi.

"Saya dah inform yang saya akan lambat dekat your boss." Wafdan tidak mengalah. Dia bukannya sengaja. Dia sendiri berkejaran ke sana ke mari.

"You should inform at least 1 hour before bukan 10 minutes before meeting. Ku Wafdan, common sense tu tak perlu beli pon untuk you berfikir." Lelaki itu teman baik sepupunya bukan temannya. Meeting ini juga informal jadi dia bebas untuk menyekolahkan lelaki itu sebagai teman sepupunya.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now