Al's|11

328 16 0
                                    

Setibanya mereka di Flamingo hotel, mereka di sambut oleh seorang wanita. Cantik, elegan dengan gaya hijabistanya, berkarisma dan semestinya mempunyai aura yang mampu menarik mata-mata untuk melihat ke arah mereka. Sedari tadi dia perasan yang banyak mata-mata memerhati ke arah mereka dengan pelbagai pujian. 

Alis memandang sekeliling hotel mencuci mata sementara menunggu mereka berbual. 

"Alis meet AB." Dia beralih kepada gadis yang sedari tadi mendiamkan diri di belakangnya itu.

Alis tersenyum sambil menghulurkan tangan kepada wanita itu. "Alis."

"Hai Alis. How are you?"

"Alhamdullillah baik kak AB." Manis sekali wanita itu. Wajahnya lembut, berbudi bahasa tapi jelas terselit ketegasan di setiap pergerakkannya. 

"Panggil AB je la. You know what Alis, meeting harini macam cancel jadi I rasa you boleh lepak kat belakang hotel ni. Belakang ni ada laut."

"Seriously." Bersinar biji mata Alis kerana teruja.

"Yes. Alang-alang lecturer you dah bawak you datang sini, you healing puas-puas." Perwatakkan student sepupunya ini menarik dan sesungguhnya dia bisa menarik orang-orang untuk menyukai dirinya. Itu analisa yang dapat AB keluarkan.

"Auwwww, thank you kak."  Dia menoleh ke arah pensyarahnya itu dan kata-katanya termati di situ apabila mata mereka bertentangan.

Aldrey mengangkat keningnya menyoal 'apa'.

"Thank you Dr." Terlepas juga.

Aldrey menyorok senyumannya. "Dah jom check in dulu." 

Alis menganggukkan kepala dan mengikuti langkah mereka ke lif.

AB tersenyum. Sepertinya dia melihat sesuatu dari tingkah laku sepupunya itu.

"So, she the one?" Dia berbisik kepada Aldrey khuatir perbualan mereka didengari oleh gadis itu.

"Sorry?" Aldrey pura-pura tidak memahami.

"It's clear that your eyes hold a deep affection for her. You banyak senyum bila dengan dia which never happen before. Did you realize that?"

Aldrey hanya berdiam diri dengan wajah bekunya seperti biasa. Dia tahu dia tidak mampu menyorok apa-apa dari sepupu dari sebelah papanya itu. 

"Stop it. Better you conserve your energy and communication quota for your client tomorrow or we can called him your enemy." Aldrey tersenyum sinis kepada sepupunya itu dan jelas AB tidak berpuas hati.

"Shit. Kau rosakkan mood aku Dre." Wajah AB mula tegang apabila mengingati client yang selalu bergaduh dengannya itu. Ku Wafdan atau Kutu nama yang lebih manja adalah client AUData yang sememangnya annoying. Selalu mencari masalah dengannya.

Alis terkejut apabila melihat kak AB yang tiba-tiba marah itu. Tidak hanya dia yang selalu sakit hati apabila bersama pensyarahnya itu malah ramai lagi rupanya.

"Alis, ke sini sikit, gunung berapi nak meletus, bahaya duduk dekat." Aldrey memanggil Alis untuk mendekatinya. Sebenarnya dia ingin menyakat sepupunya itu.

Alis tidak bergerak dari tempatnya. Entah mengapa dia dapat rasakan yang mereka benar-benar rapat.

"Damn you man." AB memboloskan diri ke dalam lif setelah menghambur sepupunya. Namun wajah sepupunya seperti biasa, tidak beriak. Dasar iceberg.

Manakala Alis sedang sibuk berfikir pelbagai kemungkinan. 'Kalau diorang bertumbuk dalam lif apa aku nak buat? kalau diorang jalankan sesi pujuk-memujuk aku nak buat macam mana? Eh tapi aku rasa diorang akan bertumbuk.' Liar sekali imaginasinya.

********************************************************************

AB meninggalkan Aldrey dan Alis bersama untuk menyelesaikan urusan yang tergendala. Usai saja membuka pintu bilik, Aldrey terlebih dahulu masuk ke dalamnya. Alis terpaku di luar pintu. 

'Dah kalau dia masuk sini, bilik aku mana. Ke aku kena booked bilik sendiri?' Alis bermonolog sendirian.

"Dah kenapa awak kat luar tu Alis, masuk la." Aldrey menegur Alis yang kaku di muka pintu.

"Urmmmmmmmm." Alis serba salah. Apakah ini biliknya atau bilik lelaki itu. keluar la.

Aldrey yang sedang melihat sekitar bilik itu sekali lagi menoleh ke arah pintu. Alis masih di situ.

"Alis, cepat la masuk ke awak nak saya heret awak masuk." Aldrey memberi ancaman.

Alis melangkah masuk. Terasa berat kakinya untuk melangkah. 'Agak-agak ada tak pejabat agama tiba-tiba datang serbu bilik ni.' Alis membiarkan pintu terbuka berjaga-jaga.

"Ok, secure. Bilik ni bebas camera. Selamat untuk awak." Aldrey menoleh melihat Alis yang berdiri berdekatan pintu itu.

Alis terperasan akan peranti untuk mengesan camera berbentuk pen yang viral itu. Oh, check security rupanya. Even hotel mahal masih harus di periksa ya. Alis melepas nafas lega. Tindakkannya itu jelas ditangkap oleh telinga Aldrey.

"Kenapa awak fikir saya masuk bilik ni nak buat apa Alis?" Aldrey cuba menduga.

Alis hanya mengeleng perlahan menandakan yang dia tidak memikirkan apa-apa. 

Aldrey menghampiri Alis yang berdiri di muka pintu itu dan gadis itu di renung. 

"Sekarang saya bawa title pensyarah awak Alis. Saya kena jaga awak. Jangan risau and rest well. Apa-apa nanti saya maklumkan kemudian." Aldrey berlalu meninggalkan bilik itu. Tidak betah dia di sana lama-lama. Dia khuatir jika dia berada di luar kawalan. Dia tidak mahu gadis itu hilang kepercayaan kepadanya. Dia inginkan gadis itu tapi dia mempunyai caranya yang tersendiri.

Alis menghantar pensyarahnya itu dengan pandangan. Jujur hatinya terkesan, apakah dia sudah berburuk sangka? Apakah pensyarahnya itu terasa dengan tingkah lakunya. Tapi itu apa yang harus di lakukan. Dunia hari ini menakutkan and you cannot trust anyone. Jadi it's okay. Alis menepuk-nepuk bahu kanannya dengan tangan kiri tanpa rasa bersalah sebelum menutup pintu dan merasmikan biliknya untuk 3 hari itu.



Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now