Al's|7

359 15 0
                                    

Setelah seminggu berlalu, tetapi Alis masih berkira-kira untuk menghubungi pensyarahnya itu. Kelas PJJ hanya akan diadakan pada sabtu dan ahad, manakala di utara bercuti pada jumaat dan sabtu. Secara logiknya, pensyarahnya itu akan mengajar pada sabtu dan ahad. Tapi untuk hari-hari biasa adakah dia akan melayan soalan dari student?

"Belum whatsapp ke Alis?" Kak syima menegur temannya itu yang termenung di ruang tamu.

"Belum kak, takut nak whatsapp. Karang tak pasal je kena sound kata tak ada common sense." Housemate nya sedia arif dengan kelakuan pensyarahnya itu. Bukannya dia tidak bercerita dengan mereka.

"Whatsapp ja Alis, lepastu hang doa serah kat Dia mintak lembut hati Dr. tu." Quyah menyahut.

Quyah, another housemate and another anak utara yang berasal dari Jitra. Baru perasan keliling aku ni banyak anak utara rupanya.

"Whatsapp ja Alis, lagipun harini dah jumaat, jadi kalau nak set temu janji pon logik la. Whatsapp cepat sementara masih awal, jangan tunggu malam, sat lagi, lagi teruk Alis kena." Kak Syima memberi cadangan.

"Adoi nak tulis pon rasa berat kak." Alis mula merengek seperti anak kecil. Dia sudah mengenali kak syima dari zaman degree dan tidak dinafikan dia selesa dengan temannya itu.

"Meh sini aku tulis rangka, nanti hang tengok pastu send." Quyah volunteer diri. 

"Boleh jugak, sebab aku pon tak tau nak cakap apa ni." Alis jujur mengaku.

Ting!

Alis mengambil telefon pintarnya untuk membuka pesanan ringkas yang diterima. Cepat betul Quyah rangka.

"No!" Alis menjerit sambil membaling telefon pintarnya ke atas sofa.

"Eh awat ni." Kak syima menegur.

"Kak, Dr. Aldrey whatsapp kak. Takut." Sumpah dia terkejut. 

"Laa, mudah kerja, tak payah Alis fikir nak whatsapp dia, dia dah whatsapp dulu dah. La ni Alis balas ja."

"Baik hang reply cepat, kalau dak satgi tak pasal ja hang kena." Quyah menambah.

Alis memberanikan diri untuk membaca pesanan ringkas yang diterima.

+How is your analysis? Is everything ok?

+Alhamdullillah Dr, ok. Cuma saya perlukan confirmation Dr. untuk beberapa perkara.

+Ok. Meet me on sunday dekat Starbucks at 8 in the morning.

+Noted Dr.

"Selesai?" Kak Syima kembali menyoal apabila melihat riak tenang wajah temannya itu.

"Ahad pagi meeting dekat Starbie at 8." Alis mencebir bibirnya.

"Tak pa la Alis, jumpa cepat, siap cepat, habis cepat. Tak lama dah Alis nak siapkan tesis Alis, Inshaa Allah."

"Amin." Alis dan Quyah menyahut serentak.

"Akak pakai lawa-lawa nak pergi mana?" Alis baru terperasan yang Quyah dan Kak Syima masing-masing bertudung dan berpakaian sopan seperti mahu keluar.

"Nak keluar makan KinKin, nak ikut dak?" Kinkin merupakan restoran masakan Siam yang boleh dikatakan famous di kawasan mereka. Almaklumlah, berdekatan Thailand kan.

"Nice jugak, boleh saya makan kek batik indulgence dekat Chua Cha Cafe." Alang-alang makan di Kinkin bolehlah dia makan dessert di cafe yang dibuka berdekatan itu. Bukannya selalu. Terliur Alis membayangkan kek yang kurang manis menepati cita rasanya itu.

"Ok, p siap. 5 minit nah." Kak Syima mengangkat 5 jarinya.

"Kak, nak londeh baju pakai balik pon ambik masa 5 minit. Pakai tudung 10 minit. So saya memerlukan 15 minit." Alis kekal di atas sofa.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now