SINOPSIS

718 16 0
                                    

Rasa tidak selesa terus menyelubungi dirinya apabila terus-terusan ditenung dengan renungan tajam lelaki itu. Nak tegur risau dikatakan perasan. Nak diam, dia yang tidak senang duduk.

"Apa tengok-tengok?" Akhirnya Alis bersuara.

"Suka hatilah, mata saya." Aldrey tidak mengalah, dia tidak boleh memberi muka kepada pelajarnya itu.

Alis cuba untuk menghiraukan pensyarahnya itu. Jika dilawan mahu bertegang urat seperti selalu.

"Jangan ignore saya Alis, jangan cabar saya." Lelaki itu tidak senang duduk, dia merasakan dirinya di cabar. 

Alis menelan liur. Pandangan itu semakin tajam. Ibarat seekor kucing liar yang sedang memerhatikan mangsanya. Mata lelaki itu sangat menakutkan tambah-tambah lagi dipadankan dengan wajah bengisnya. Tanpa sedar Alis mencebikkan bibirnya. Alangkah terkejutnya apabila lengan kanannya dicengkam dengan kuat oleh lelaki di hadapannya itu.

"DR. Aldrey." Hanya nama itu yang terkeluar dari mulutnya.

"Saya dah bagi awak amaran tapi awak langgar Alis. Awak cabar saya Alis. Awak ingkar arahan saya." Semakin kuat dia mencengkam lengan pelajarnya itu hinggakan terpejam matanya menahan sakit. Namun pelajarnya itu harus tahu yang hatinya lebih sakit. Itu baru sedikit, dia mampu buat lebih dari itu.


*****Comment YES kalau nak saya publish first chapter.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now